Friday, 12 September 2014

BERTATIH SEBELUM BERLARI

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Arkib Akademi Bekerja Di Rumah



 








Langkah awal memulakan bisnes tak semestinya kita perlu buka butik bertaraf 5 bintang di kompleks beli belah yang hebat. Memadai dengan kedai kecil. Nak lebih kecil lagi pun boleh, kedai dalam talian (online) sahaja melalui blog yang tidak memerlukan modal untuk tapak dan sewa. Malah ia mampu menjimatkan ribuan atau puluhan ribu ringgit.

Untuk mereka yang baru mahu mula belajar berbisnes, sertai kelas online blog mula bisnes. Belajar hasilkan blog kedai online.

-suri belajar membuat tempahan
-suri belajar menerima transaksi
-suri belajar mengurus pelanggan
-suri belajar skrip jualan
-suri belajar dan tahu produk fizikal atau produk digital

Bagi yang tiada produk, boleh mula dengan dropship ABDR. Boleh pilih pilihan produk dropship makanan sunnah, telekung solat, produk makanan atau produk islamik.

Mendaftar hari ini, setiap hari kami menerima pendaftaran.

Hubungi saya,
Facebook  https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9
SMS/WA 0193991809

SAMBUTAN HANGAT - BAHAGIAN 2

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi




Assalamualaikum semua,

Saya ada berkongsi kisah tentang pai roti berdaging ini beberapa hari yang lalu, dan hari ini saya tunaikan janji untuk berkongsi resepinya kepada anda di luar sana. Resipi ini saya ambil dari internet dan saya pun sudah lupa sumbernya. Ada sedikit versi derhaka kerana saya ubah mengikut citarasa kami sekeluarga.

PAI ROTI BERDAGING

5 keping roti putih - dipotong dadu
3 biji telur
2 batang sosej
1 genggam daging kisar
1 sudu besar sos tiram
sedikit daun sup - cincang
1 biji cili merah - cincang 
1/2 biji bawang besar - cincang
lada hitam

1- Potong sosej kecil-kecil, goreng dan angkat.
2- Tumis bawang besar, kemudian masukkan daging cincang, sos tiram, lada hitam. Kacau. Kemudian masukkan pula sosej tadi.
3- Ratakan campuran daging dan sosej, curah telur atasnya.
4- Tabur daun sup, cili merah.
5- Tabur roti putih tadi menutupi telur, tekan-tekan sedikit. Tutup dan tunggu biarkan sehingga masak.
6- Siap dan hidangkan. Hiaskan dengan sos dan mayonis.

* Biasanya menu ini dimasak menggunakan periuk 'non stick', jadi sesiapa ada periuk ajaib ke atau Tefal, Belva dan seumpamanya bolehla gunakan itu.

Anda boleh mengubah resepi ini mengikut citarasa anda, saya juga menambah keju di atas lapisan paling atas, menjadikan pai ini lebih sedap dan berkhasiat. Selamat mencuba!


URUS KEWANGAN KITA

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Arkib Akademi Bekerja Di Rumah



Masalah Rutin Usahawan Bisnes Kecil
-Tidak tahu menjejaki kos, untung, aliran tunai bisnes
-Terlalu banyak kos tersembunyi kos tersembunyi yang mengecilkan keuntungan (dilakukan dari awal mula bisnes)
-Mencampur aduk wang syarikat dan wang sendiri
-Menggunakan wang syarikat/bisnes dengan bebas tanpa rasa bersalah
-Membeli banyak stok pada awal bisnes menyebabkan 0 keuntungan
-Jualan meningkat setiap bulan, akan tetapi tidak ada rekod kewangan yang tepat, menyebabkan tidak ada wang keuntungan
-Tidak memasukkan kos pengurusan, kos minyak menyebabkan 'bahagian wang untung' semakin mengecil dan hampir tidak ada untung
-Selepas setengah tahun beroperasi, bisnes masih pada tahap sama, jualan tidak konsisten dan tidak tahu keuntungan yang tepat
-Bisnes seperti maju, produk laris tetapi tidak ada 'aliran tunai' yang banyak di dalam tangan.

Bagi usahawan yang tidak tahu semua asas di atas, boleh sertai kelas akaun di bawah.

1.Grup Coaching (4-6pax)
23/9/14, Selasa
2/10/14, Khamis
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Damansara Damai, Sungai Buloh (Easy access dari MRR2 dan NKVE)

2. Kelas online - 21 Sept 2014, Ahad
Sesi online selama 3 jam

3. Bengkel bagi grup besar (15-30pax)
Harga PROMOSI RM199 di Melaka 13 Sept, Sabtu.


Hubungi saya untuk pertanyaan dan pendaftaran
FACEBOOK -  https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9
SMS/WA - 0193991809

AYUH KITA MULAKAN

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Arkib Akademi Bekerja Di Rumah 



Alhamdulillah atas segala nikmat rahmat kasih sayang-Nya
Selamat datang pelajar September.

Bergabung dengan kami 830 blog, kami mara 1000 penyertaan akhir tahun ini. Insya Allah.

Ramai yang tercari-cari idea untuk mula bisnes dari rumah. Masih bekerjaya tak semestinya kalian tidak boleh memulakan bisnes secara sambilan. Sepatutnya itulah jalan terbaik sebelum betul-betul memilih untuk menjadi WAHM sepenuh masa. Supaya kita tidak ribut di kemudian hari.

Ramai yang sudah dan mahu dan teruja mahu bekerja di rumah. Menyatakan sudah tidak sabar mahu bekerja di rumah dan mahu menjaga sendiri anak-anak. Ok, baik matlamat mahu bekerja di rumah itu secara jujurnya ramai ibu bapa yang mahu. Akan tetapi persediaan ke arah itu masih lagi samar-samar. Ramai yang mahu terjun secara tirus sahaja. Buat persediaan terutama sekali merancang kewangan untuk 3 tahun pertama selepas berhenti kerja.

Wajib ada :
1) Tabung modal (khusus untuk bisnes)
2) Tabung simpan dan lupakan (tabung ini mulakan dari awal ketika kalian merancang untuk berhenti). Katakanlah 3 tahun lagi, jadi mula buat simpan dan lupakan secara konsisten setiap bulan. Tidak boleh usik-usik ya.
3) Tabung penyelarasan kewangan (iaitu hutang piutang, kereta, rumah dan sebagainya) berbincanglah dengan suami akan hal ini)

Pakej ini khas untuk mereka yang sedang mencari idea untuk mula bisnes secara sambilan atau sepenuh masa. Baca dulu dalam ebook 101 idea home based bisnes. Gali dan cari apa minat dan kemahiran yang kalian ada, melalui ebook ini. Dapatkan tip-tips sebelum bermula. Dengan hanya secara sambilan, mula promosi secara atas talian. Gunakan ebook belajar asas blog untuk mula membina blog bisnes kalian.

Harga biasa RM100 untuk 2 ebook. Harga promosi sekarang, RM50. Jadi dapatkan dua ebook ini sebelum tamat promosi. Cari apa idea yang sesuai untuk bermula dari rumah dan mulakan jejak pelanggan melalui blog.


Jika sudah bersedia untuk bermula boleh hubungi saya,
  SMS/WA: 0193991809
facebook : https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9

Thursday, 11 September 2014

TERHANGAT DI PASARAN - TUDUNG TWIST DELISHA

Teks - Norhafizah Abd Hadi
Gambar - Butik Al-Izzah




Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ini keluar tudung baru di butik online saya https://www.facebook.com/butikalizzah?ref=hl. Rasa sangat teruja kerana tudung ini adalah antara yang terhangat di pasaran. Saya sedar banyak pengusaha tudung mengeluarkan tudung seumpama ini, namun masing-masing punya rekaan dan citarasa yang tersendiri. 

Istimewanya Tudung Chiffon Twist Delisha ini kombinasi 2 warna menarik dan segar dengan 2 lapis kain dari material chiffon. Awningnya yang teguh berpengeras membuatkan penampilan wajah lebih kemas dan cantik terbentuk. Didatangkan dalam 2 saiz iaitu L dan XL, memberi peluang pembeli menggunakan lebih kuasa memilih.

Memandangkan sebelum tudung ini dilancarkan ramai sudah yang bertanya dan berkenan, pastinya akan tudung ini bakal meletup di https://www.facebook.com/butikalizzah?ref=hl. Jika anda berminat, mohon hubungi saya dengan segera ya! 

Jemput singgah di butik online saya, insya Allah anda akan dilayan sebaiknya. 










Wednesday, 10 September 2014

PENCARIAN RAKAN NIAGA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH

Teks : Norhafizah Abd Hadi



Alhamdulillah, kini dengan seriusnya Akademi Bekerja Di Rumah mencari calon-calon berdedikasi untuk menjadi Rakan Niaga ABDR. Dengan memanfaatkan internet dan laptop, rakan niaga tidak perlu keluar rumah untuk menguruskan A hingga Z. Semuanya hanya atas talian. Dengan usaha yang konsisten, insyaAllah dapat menambah wang poket atau balik modal dengan hanya sekali yuran.


Apa yang kalian dapat jika mendaftar bersama kami?

Anda akan mendapat '1 Blog Bisnes' yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja.
Hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah kesungguhan, fokus dan komited serta yang utama komputer atau laptop dan talian internet.

Blog tersedia dengan pautan:

1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHO directory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5. Ruang Periklanan

InsyaAllah,kita sama-sama belajar dan keluar dari zon selesa. Pada masa yang sama berusaha menambah pendapatan TANPA PERLU KELUAR DARI RUMAH. HANYA DI HUJUNG JARI SAHAJA.

Mudahkan. Bahan promosi semua disediakan. InsyaAllah usaha agar kejayaan kita raih bersama.

Antara pakej ebook ABDR :





Antara Kelas-kelas Online ABDR:




Itu hanyalah sebahagian yang sempat saya kongsikan, daftar sebagai rakan niaga untuk menjana pendapatan. Jika sudah bersedia untuk bermula boleh hubungi saya,

sms / wtsapp : 0193991809
facebook : https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9

Monday, 8 September 2014

SAMBUTAN HANGAT


Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi




Assalamualaikum,
Minggu lalu suami saya menyediakan sarapan pai roti berdaging kesukaan kami sekeluarga. Kami mula mencuba resepi ini sewaktu bermastautin di Sabah. Dengan keenakan lapisan daging, telur, roti dan keju, memang pasti licin setiap kali membuatnya.

Alkisahnya, anak-anak bawa bekal pai tersebut ke sekolah. Masing-masing pulang dengan bekas kosong. Habis! Mendengar pula cerita anak-anak makan bekal di sekolah, masing-masing dikerumuni rakan-rakan. Semua nak mencuba dan merasa keenakannya. 

Sebenarnya sudah dua kali suami membuat pai tersebut dalam bulan ini, setiap kali itulah anak-anak mahu bawa bekal. Kali pertama membawanya, anak sulung pulang dengan pesanan ringkas, "Mama, ada kawan nak order pai roti RM4". Terkedu mendengarnya. Lantas saya bertanya, sama ada dia berjualan ke di sekolah tadi, rupanya rakannya tidak puas makan.

Kali kedua si anak pulang dengan kisah lain pula, dia meminta resipi dan minta saya salin di kertas. Sekali lagi saya terkejut, untuk apa? Oh rupanya ada seorang rakannya meminta resepi tersebut. Saya ketawa kelucuan, tak sangka pun ada, kanak-kanak zaman sekarang lebih bijak. Sudah pandai 'order' dan pandai minta resepi. Jika nak banding dengan saya sewaktu umur begitu, saya hanya pandai pesan, "esok bawa lagi ya!".

InsyaAllah saya akan kongsikan resepi ini untuk para suri di luar sana di entri akan datang. 



Saturday, 6 September 2014

BISNES + ILMU

Teks : Norhafizah Abd Hadi


Assalamualaikum,

Saya masih ingat lagi sewaktu menuntut di Universiti Islam Antarabangsa dahulu ada satu servis penghantaran makanan ke kolej-kolej kediaman pelajar. Servis tersebut dibuat oleh restoran-restoran yang berdekatan dengan kampus tersebut. Waktu itu jika teringin ubah selera, saya dan kawan-kawan akan memesan makanan menerusi khidmat sms. Sampai waktunya, pekerja kedai akan menghubungi kami untuk mengambil makanan.

Itu hanyalah cara yang ada waktu itu selain perlu keluar sendiri ke restoran tersebut. Setelah zaman berubah, saya pasti kini cara pemasaran restoran tersebut ada peningkatan, mungkin sudah ada page atau blog, cara mengambil pesanan juga mungkin sudah berubah. 

Zaman sekarang lebih mudah sebenarnya, bisnes dengan bangunan fizikal dan online sekali. Hanya perlu menadah ilmu dari mentor atau sifu untuk ilmu yang pelbagai. Bukan bisnes sahaja boleh online, belajar pun boleh secara online, di mana dan bila-bila masa sahaja. Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ada jawapannya. 

Uniknya akademi ini hanya wujud secara maya sahaja, kami bergabung menawarkan kelas-kelas online dan menawarkan perkhidmatan. Berikut adalah kelas yang diadakan. Boleh daftar mana-mana kelas berikut:

1.Kelas blog penulisan
2.Kelas blog bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship telekung solat
- dropship projek lepas raya
- dropship islamik
- pengurus online akademi

3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas akaun online/offline

Kami juga menawarkan perkhidmatan:
1. Tempahan blog bisnes
2. Beriklan dengan kami di pautan 830 blog

 Bagi yang berminat untuk sertai ABDR boleh hubungi saya,

Email : pn.norhafizahabdhadi@gmail.com
sms/ wtsapp : 0193991809
add saya di facebook :  https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9


MINYAK ZAITUN DAN KULIT BAYI

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google


Assalamualaikum,

Alhamdulillah tahun ini saya bakal menerima kelahiran beberapa orang anak saudara, adik-adik dan kakak sedang dalam fasa kehamilan. Bertambah besar dan meriah la nanti. Kami saling berbincang dan berkongsi dari A-Z tentang penjagaan ibu, bayi dan persediaan untuk kehidupan baru selepas kelahiran bayi.

Antara yang kami kongsikan penggunaan minyak zaitun sebagai pengganti losyen bayi. Saya sendiri berpengalaman menggunakan losyen untuk anak pertama, tetapi untuk anak kedua dan ketiga lebih banyak menggunakan minyak zaitun. Saya perhatikan ada perbezaan penggunaan kedua-duanya itu. Sebenarnya banyak kebaikan minyak zaitun untuk kulit bayi, bukan setakat pengganti losyen, lebih banyak cara kita guna, lebih banyak manfaat yang akan dapat.

Kulit bayi sangat halus dan sensitif, amat memerlukan penjagaan yang rapi. Dengan sifatnya yang asli (tanpa bahan kimia) dan khasiatnya yang hebat, minyak zaitun mampu memberikan yang terbaik untuk kulit si manja dengan penggunaan yang optimum. 

Antara kelebihan minyak zaitun ialah:

* Sebagai minyak urut
Sangat bagus mengurut bayi sejak awal kelahirannya untuk merangsang tumbesarannya. Bayi akan terasa nyaman, tidak mudah kembung, aktif malah cepat membesar.

* Campuran mandian
Titiskan minyak zaitun dalam air mandian bayi, untuk melembabkan kulit bayi. Kadangkala kulit bayi akan menjadi kering kerana menggunakan sabun yang kurang sesuai, penggunaan minyak zaitun dalam mandiannya sedikit sebanyak dapat mengelakkan iritasi atau kekeringan.

Bayi yang baru dilahirkan tidak elok mandi dengan kerap, apa yang penting adalah menitikberatkan kebersihannya. Bagi 1-2 bulan pertama, boleh diselang selikan dengan hanya mengelap bayi menggunakan tuala lembab. Untuk membersihkan kawasan yang berlipat, boleh gunakan kapas lembab dan titiskan sedikit minyak zaitun, selain kotoran dapat disingkirkan kulit juga akan menjadi sihat dan cantik.

* Untuk penjagaan kulit kepala
Minyak zaitun digunakan untuk menyapu kepala bayi yang sudah dibotakkan untuk memberi kelembapan dan menyuburkan kulit kepala. Ia juga digunakan sebagai agen untuk melembabkan kerak di kepala agar mudah disingkirkan.

* Pelembab semulajadi
Minyak zaitun boleh digunakan sebagai pelembab kulit bayi menggantikan losyen. Kulit tidak mudah naik ruam dan lebih lembab terutama bahagian-bahagian yang berlipat. Minyak tersebut membentuk lapisan pada kulit, yang mengekalkan kelembaban kulit sekaligus melindungi dari iritasi.

Selain digunakan untuk luaran, bayi juga mendapat khasiat luaran dan dalaman jika ibunya mengambil minyak zaitun setiap hari. Dia mendapat khasiat tersebut menerusi susu ibunya. Jika ada yang belum pernah mengamalkannya, mulakanlah sekarang, sejak bayi masih kecil. Tidak akan rugi mengamalkannya bahkan lebih sihat dan bertambah berkat.

Dari Abu Hurairah, Nabi S.A.W. bersabda, “Makanlah MINYAK ZAITUN dan berminyaklah dengannya, kerana ada PENAWAR untuk tujuh puluh (70) penyakit dan salah satu daripadanya adalah kusta”.



Monday, 1 September 2014

BAHAGIA DI HUJUNG MINGGU

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi



Assalamualaikum,

Cuti hujung minggu kali ini agak panjang sedikit kerana bersambung hingga hari Isnin lantaran ulangtahun kemerdekaan jatuh pada hari Ahad. Ramai juga yang mengambil kesempatan mengadakan kenduri kendara menyempurnakan hajat masing-masing.

Saya turut menerima undangan ke majlis perkahwinan sekitar Klang, Shah Alam dan kawasan tempat tinggal saya. Jalan raya sentiasa penuh dengan kenderaan di kedua-dua arah menuju destinasi masing-masing. Ternyata cuti hujung minggu yang panjang sedikit kali ini dimanfaatkan sebaiknya, ada yang pulang ke kampung, ada yang mengadakan kenduri, walau apa pun aktiviti yang dilakukan melibatkan pertemuan dan mengeratkan silaturrahim. 

Hari ini saya berpeluang membuat dadih untuk keluarga tersayang. Anak-anak memang gemarkannya, terutama yang sulung, dia kerap membeli di sekolah sewaktu menunggu van untuk pulang. Apabila melihat air tangan ibunya, anak-anak sangat teruja dan memuji-muji lagaknya seperti masakan chef hebat. Alhamdulillah nikmat menjadi seorang ibu dapat memberi kegembiraan pada anak-anak.

Anak sulung turut melahirkan hasrat ingin menjual dadih di sekolah, anak yang seorang ini memang gemar bisnes, tetapi saya nyatakan juadah tersebut untuk dimakan seisi keluarga sahaja. Mungkin lain kali boleh dijual demi melayan kesungguhannya untuk berjualan. Mana tahu dari minatnya itu boleh digilap lagi menjadi lebih sukses di masa hadapan. InsyaAllah.

Saturday, 30 August 2014

WAHM/SURIRUMAH INSAN TAK SEMPURNA

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar :Google




Assalamualaikum semua,

Wahai suri di rumah dan WAHM sekelian, pernah kah singgah di telinga kalian ayat seperti ini,

"Jahitlah baju awak dan anak-anak sendiri, kan duduk rumah kan"
"Kenapa rumah bersepah? Kan duduk rumah, tak kemas ke?"
"Beranaklah banyak-banyak, awak duduk rumah, senang"
"Tak masak ke? Awak duduk rumah pun beli makanan luar ke?"
"Eh, duduk rumah pun guna khidmat pembantu ke?"

Banyak lagi contoh ayat yang lain, saya selitkan di sini hanya sebahagian ayat kurang best yang biasa WAHM atau surirumah hadapi. Walau apa pun tanggapan orang terhadap diri kita, hanya kita dan Allah sahaja yang mengetahui, kelebihan dan kekurangan yang kita ada. Namun kadangkala sebahagian orang meletakkan bahawa WAHM atau surirumah itu harus sempurna dalam segala hal rumahtangganya. Alasannya kerana golongan tersebut berada di rumah 24jam. Manakala golongan bekerjaya pula boleh menggunakan alasan banyak yang mereka tidak sempat lakukan kerana bekerja.

Apa pun tanggapan orang harus kita tangani dengan baik, sama ada belajar berlapang dada, memberi penjelasan dengan sebaiknya atau pun diam sahaja. Kadangkala cara kita menjawab tohmahan orang itu bukanlah melalui lisan sahaja, malah dengan tindakan positif yang akan membuka mata banyak pihak. Sememangnya kata-kata dari lidah yang tidak bertulang itu mampu mencederakan emosi, malah mencalar hati. Teruskan berbuat baik dan berdoa kepada Allah sebanyaknya mudah-mudahan menjadi insan lebih sabar dan tabah.

WAHM dan surirumah bukanlah robot, malah bukanlah hamba abdi, golongan ini insan biasa seperti yang lain juga. Bukanlah segalanya harus sempurna tetapi tetap mencari kesempurnaan dalam kesederhanaan. Menjadi sempurna juga tidak memakan sehari dua.

Bagi yang bergelar WAHM tugasnya lebih berat kerana menguruskan suami, anak-anak dan rumahtangga serta kerja yang dilakukan di rumah. Pembahagian masa, tenaga, tugas dan sebagainya harus diurus dengan bijaksana agar keadaan tidak menjadi kelam kabut. Tidak salah menggunakan khidmat luar seperti dobi, pembantu harian, membeli makanan kedai, mengguna khidmat pengangkutan untuk menghantar dan menjemput anak dan sebagainya. Tidak perlu menjadi supermom tetapi segalanya lintang pukang, berusahalah menjadi super hebat yang lebih efisyen.









Friday, 29 August 2014

BUKAN REZEKI HARI INI

Teks: Norhafizah Abd Hadi
Gambar: Google



Salam Jum'ah Mubarakah buat semua, 

Hari Jumaat datang lagi, alhamdulillah masih diberi peluang meneruskan kehidupan, semoga setiap saat dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Oh ya hari Jumaat adalah hari yang boleh dikatakan sibuk juga bagi saya. Saya harus menyiapkan urusan di SOHO dan urusan rumahtangga lebih pantas kerana anak-anak akan pulang sekolah lebih awal. Hari ini agak kelam kabut juga kerana anak kedua tidak bersekolah lantaran tidak sihat, banyak yang harus diuruskan. 

Alhamdulillah sempat masak nasi tomato untuk juadah kami sekeluarga hari ini. Selepas siap urusan di dapur, saya baru perasan ada panggilan telefon dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia semasa bersilat di dapur. Oh rupanya ada tugas terjemahan untuk saya, tetapi tugas tersebut sudah diserahkan kepada penterjemah lain kerana saya tidak menjawab panggilan telefon.

Memang bukan rezeki saya untuk hari ini, semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik. Sesungguhnya Allah mengatur sesuatu itu penuh hikmah, dengan berfikiran positif saya fikir lebih baik menggandakan usaha di butik online saya https://www.facebook.com/butikalizzah?ref=hl dan juga tugas di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Bukankah Allah suka hambanya yang rajin berusaha, pepatah juga ada mengatakan "Man Jadda Wajada".  Hasilnya mungkin bukan hari ini tetapi waktu yang hanya Allah mengetahui.




Thursday, 28 August 2014

HARI INI PUNYA CERITA


Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar :  Norhafizah Abd Hadi

Hari ini akan berlangsung majlis raptai untuk kovokesyen sijil taranum suami bertempat di Masjid Negeri, Shah Alam. Awalnya saya masih berkira-kira untuk mengikutnya memandangkan majlis tersebut akan diadakan pada waktu malam dan juga pada hari bekerja. Saya perlu menimbang kerana harus membawa sekali anak-anak. Akhirnya nekad kami semua pergi.

Rindu sungguh untuk ke masjid itu, sudah lama tidak ke sana. Pada masa yang sama saya dan suami sedang bersungguh-sungguh menyiapkan diri untuk membawa anak-anak menunaikan umrah dalam masa terdekat jika diizinkan olehNya. Di samping mengajar anak-anak adab di tempat ibadah, kami juga membiasakan diri beribadah bersama ragam anak kecil yang aktif dan riang.

Alhamdulillah anak lelaki saya agak terkawal bersama suami sepanjang masa. Hati juga tidak gusar semasa solat kerana dia duduk diam sahaja. Dalam beberapa pemerhatian kami, alhamdulillah si bujang itu 'behave' dengan syarat tidak bersama 2 kakaknya.

Sementara 2 anak perempuan saya pula asyik bermain tanah liat yang dibawa dari rumah. Saya melayan mereka berdua dengan memberi idea merekabentuk itu dan ini menggunakan tanah liat. Sekali sekala jika bosan, mereka akan berjalan sekitar saya atau bergaul dengan kanak-kanak berdekatan mereka.

Kami pulang lebih awal sebelum majlis berakhir. Anak-anak gembira dengan aktiviti malam ini. Banyak yang kami kongsikan bersama semasa dalam kereta, berkisar adab, etika, ibadah umrah dan seumpamanya. Sedikit sebanyak anak-anak sudah faham apa yang saya dan suami sampaikan dan yang penting sebagai persediaan menunaikan umrah.



 





Wednesday, 27 August 2014

PELANGGAN YANG BAIK ADALAH REZEKI

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi






Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ini butik online saya bersiaran seperti biasa, atau dengan kata lain buka kedai, he he. Ketika saya sedang tekun di SOHO menyiapkan kerja-kerja harian, ada order masuk di WhatsApp. Saya layan pelanggan tersebut sebaik mungkin, hajatnya ingin membeli tudung.

Semasa berbalas mesej, pelanggan tersebut ada meminta nombor akaun saya untuk urusan pembayaran, tidak lama kemudian beliau maklumkan bahawa bayaran sudah pun dibuat. Wah! Pantasnya. Jarang-jarang saya dapat pelanggan begini, biasanya mereka akan mengambil masa untuk membuat pembayaran malah ada juga yang harus saya ingatkan. 

Memang benar rezeki itu dari berbagai punca, Allah anugerahkan saya pelanggan yang baik etikanya juga rezeki. Alhamdulillah. Tidak semua pelanggan sama perangai dan etikanya, ada yang baik dan sebaliknya. Sebagai peniaga saya harus professional, semua itu asam garam dalam perniagaan. Jika kita bermuamalah dengan baik, Allah akan balas dengan kebaikan juga, jika ada sebarang kekurangan itu adalah ujian. Yang penting, hari ini pelanggan tersebut telah melonjakkan aura positif saya 100%, alhamdulillah.

Bagi yang belum berkesempatan memiliki busana muslimah dari Butik Al-Izzah, jemput jenguk ke page https://www.facebook.com/butikalizzah?ref=hl. Saya menjual tudung, baju, t shirt muslimah, shawl dan yang lain-lain nak tahu jom pakat serbu butik saya. He he. Harga yang mampu milik dan kualiti setanding butik.


Tuesday, 26 August 2014

NIKMAT YANG DISYUKURI

Teks: Norhafizah Abd Hadi
Gambar: Norhafizah Abd Hadi



Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah pagi ini hujan turun mencurah-curah, membasahi alam yang sekian lama gersang. Terasa sejuk hingga ke tulang, terasa ingin menarik selimut tetapi sudah terbit fajar tanda hari menjelang siang. 

Saya segera ke dapur untuk menyediakan air panas untuk anak-anak mandi sebelum ke sekolah. Dahulunya saya tidak menitik beratkan hal tersebut, tetapi satu ketika anak sulung batuk panjang dan agak teruk, sudah bermacam ubat saya cuba tidak juga sembuh. Akhirnya satu persatu eksperimen saya jalankan, saya dapat kesimpulan anak saya tidak tahan sejuk. Jika tidur malam juga saya akan mengawal suhu penghawa dingin atau kelajuan kipas angin. Saya pastikan anak berselimut dan sejak itu saya akan sediakan air suam untuk mandi jika cuaca sejuk.

Baru-baru ini saya mencuba produk Qaseh keluaran Ana Edar untuk seisi keluarga saya. Anak-anak saya akan makan Qaseh Junior setiap hari dan alhamdulillah mereka tidak kerap selsema terutama anak sulung saya. InsyaAllah saya akan teruskan pengambilan Qaseh untuk kami semua, mudah-mudahan khasiat makanan sunnah yang terkandung di dalamnya menjadikan kami lebih sihat. Lebih sihat lebih nikmat hidup ini.


***********************************************************************

INGIN BERGELAR WAHM?

Pertimbangkan 10 perkara penting ini sebelum mengambil keputusan untuk berhenti bekerja :

1. Kenalpasti samada kewangan sudah stabil atau tidak
2. Kenal pasti juga punca kewangan untuk pendapatan aktif dan pasif
3. Merancang kewangan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang
4. Tentukan jenis bidang atau industri yang mahu diceburi
5. Berunding dan mendapat persetujuan pasangan sebleum membuat keputusan.
6. Yakinkan diri sendiri, sebelum dapat menerima pandangan keluarga, sahabat dan masyarat.
7. Yakin dan berani membuat keputusan kerana cabaran selepas bergelar WAHM SOHO adalah lebih mencabar.
8. Tahu apa matlamat dua tahun, tiga tahun dan 10 tahun
9. Bersedia fizikal dan mental
10. Bersedia apaila usaha menambah pendapatan di rumah gagal anda ada perancangan lain.

Bagi yang sedang merancang untuk bergelar WAHM, bisnes online adalah salah satu cara untuk memulakan bisnes. Untuk yang masih tiada produk, boleh bersama kami di Akademi Bekerja Di Rumah, sebagai rakan niaga /pengurus online akademi. Atau sertai dropship abdr untuk bermula

Bagaimana cara, boleh hubungi saya untuk pendaftaran.

Facebook :  https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9
SMS/WA : 019-3991809

Sunday, 24 August 2014

ALHAMDULILLAH GRAD

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi dan Google

Saya bersama anak-anak dan suami tercinta yang banyak membantu menjayakan penyusuan susu ibu









Assalamualaikum semua,

Pantasnya masa berlalu, masuk bulan Ogos dah, akhir Julai lalu genaplah anak bujang saya berumur 2 tahun dan genaplah penyusuan 2 tahun sepenuhnya dengan susu ibu. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki dapat melengkapkan penyusuan anak ketiga seperti kakak-kakaknya dahulu.

Saya tidak nafikan saya adalah penyokong tegar penyusuan susu ibu. Kerana mementingkan itu juga, anak saya tidak berderet laju seperti sesetengah orang lain. Jika orang lain marathon untuk ramai anak dan berbangga dengannya, saya pula berusaha keras untuk menjayakan misi yang satu itu.

Tidak semudah ABC melengkapkan penyusuan 2 tahun, oleh kerana itu ramai yang kecundang di tengah jalan dan ada juga yang tidak meletakkannya sebagai keutamaan dek kerana kurang ilmu. Bagi saya, kejayaan ini bukanlah atas faktor saya seorang, bahkan yang utama sokongan dan bantuan suami tersayang. Oleh kerana saya memberikan anak susu ibu sahaja, banyak masa saya diperuntukkan untuk menyusu, perkara-perkara lain suami akan sedaya upaya membantu.

Seawal pagi suami akan bangun dan menyiapkan sarapan, menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah, berganti memegang anak jika saya mahu solat atau hal lain dan pendek kata suami harus banyak masa di rumah membantu isteri. Tidak dinafikan tidak banyak aktiviti luar suami yang dapat disertai oleh suami walaupun untuk solat berjemaah atau kenduri dan tahlil di masjid. Ini kerana di samping perlu membantu saya semasa penyusuan, suami juga turut membantu menjaga dan memenuhi keperluan anak-anak yang lain.

Nampak kan, besarnya nilai bantuan seorang suami ketika penyusuan. Kejayaan penyusuan tidak terletak pada mahalnya pam susu sahaja, bukan juga pada set penambah pengeluaran susu sahaja, malahan merangkumi semua aspek fizikal dan mental. Jika seorang ibu berada dalam suasana tertekan, pengeluaran susu akan terganggu dan merudum. Kata-kata dari mulut sekeliling untuk menggagalkan penyusuan juga harus ditangani dengan baik  oleh suami isteri, kerana itu turut memberi kesan kepada emosi si ibu seterusnya mengganggu penyusuan.

Bagi saya, sangat besar ertinya dapat memberi susu ibu kepada anak-anak saya seperti yang ditekankan dalam Al-Quran. Tentu besar hikmahnya sehingga Allah meletakkan itu antara keutamaan dalam hak anak. Saya menyeru bakal-bakal ibu carilah ilmu penyusuan dan mintalah kepada Allah agar dimudahkan segalanya, dari Allah saranan tersebut maka kepadaNya lah kita sandarkan harapan. Koreksi diri, hiasi peribadi, hingga berjumpa lagi di entri seterusnya. Wassalam


Friday, 22 August 2014

BERKONGSI RASA

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google




Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah Jumaat Sayyidul Ayyam datang lagi, membawa keberkatan dan penuh keistimewaan. Namun hari ini agak berlainan sedikit perasaan saya dan seluruh rakyat Malaysia kerana hari ini 20 jasad mangsa tragedi MH17 akan dibawa pulang untuk disemadikan di tanahair.

Seawal pagi saya sudah membuka siaran televisyen untuk mengikuti perkembangan semasa, tidak berkesempatan untuk duduk lama di depan kaca tv kerana sibuk menguruskan rumahtangga dan anak kecil, jadi saya asyik berulang alik ke depan kaca tv sahaja lah pagi ini. Mood memang sedih dan sayu.

Air mata dah tak tertahan lagi, laju menitis sambil melihat setiap siaran. Ya Allah, cucurilah rahmatMu ke atas roh saudara-saudara kami, ampunilah dosa-dosa mereka. Tabahkanlah hati insan-insan yang telah ditinggalkan. Amin.


**********************************************************************

INGIN BELAJAR BUAT BLOG? INGIN BELAJAR HASILKAN BLOG YANG BERKESAN? JOM SERTAI KAMI DI AKADEMI BEKERJA DI RUMAH

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.

a.Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih kurang 800 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh hubungi saya jika berminat.


sms / wtsapp : 019-3991809
add saya di facebook : https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9

Thursday, 21 August 2014

MUDAHAN PANJANG UMUR

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ini masih diberi peluang meneruskan kehidupan harian, namun saya hari ini agak ralat tidak dapat berpuasa seperti yang dirancang. Ini kerana gara-gara terlambat sedikit bangun, saya dan suami tidak sempat bersahur. Kami terjaga ketika waktu hampir subuh.

Saya awal-awal lagi 'surrender' untuk berpuasa kerana takut tidak tahan sementelahan menyusukan anak. Anak saya pula sering menyusu dalam jangka waktu masa yang lama. Mungkin bukan rezeki berpuasa hari ini kan.

Syawal sudah hampir sangat ke penghujungnya, ada satu hari lagi untuk kami lengkapkan puasa 6. Mudah-mudahan Allah beri kesempatan dan peluang. Amin.


----------------------------------------------------------------------

Bergabung bersama kami, 800 blog di akademi bekerja di rumah, kami menuju 2000 penyertaan untuk tahun ini. AKADEMI BEKERJA DI RUMAH, Kumpulan sokongan para suri untuk bergelar WAHM dan tambah duit poket hasil usaha sendiri.

Berikut adalah kelas yang diadakan. Boleh daftar mana-mana kelas berikut:

1.Kelas blog penulisan
2.Kelas blog bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship telekung solat
- dropship projek lepas raya
- dropship islamik
- pengurus online akademi

3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas asas wordpress
7. Kelas akaun online/offline

Kami juga menawarkan perkhidmatan:
1. Tempahan blog bisnes
2. Beriklan dengan kami di pautan 800 blog



Untuk pertanyaan/ pendaftaran/ tempahan, sila hubungi saya:


SMS/WA: 019-3991809

PM di FB:https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9

Wednesday, 20 August 2014

INGIN SERTAI ABDR?

Teks : NORHAFIZAH ABD HADI
Gambar : Koleksi Rakan Niaga ABDR

Assalamualaikum semua,

Saya doakan kalian sihat dan bahagia selalu. Cuaca sekarang ini sudah mula sejuk dan nyaman, anak saya ada yang sudah menunjukkan tidak sihat, batuk dan diiringi selsema. Kalian jaga diri dan kesihatan ya!

Saya seperti biasa dengan tugas-tugas WAHM, sebelum mulakan kerja, saya singgah dulu ke blog rakan-rakan di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Alhamdulillah semakin berkembang keluarga besar ini. Sekiranya anda berminat untuk menyertai ABDR, jangan malu-malu untuk hubungi saya selaku Pengurus Online ABDR. Kami menerima pendaftaran setiap hari.

Berikut adalah senarai Pakej Yuran Kelas yang ditawarkan di Akademi Bekerja di Rumah :











Selain itu ABDR turut menawarkan kelas :
- Kelas penulisan ebook pertama
- Kelas asas wordpress
- Kelas akaun online/offline

Untuk pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi saya di:


SMS/WA: 019-3991809
PM di FB: https: https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9

Tuesday, 12 August 2014

HIDUP SEKALI BIARLAH BERERTI

Assalamualaikum, 


MENULIS ITU MEMBERI KEPUASAN,
MENULIS ITU MENZAHIRKAN ILMU YANG MENDALAM,
MENULIS...KELAK MENINGGALKAN SESUATU YANG BERMANFAAT SEBAGAI SEDEQAH JARIAH

Berkenalan dengan penulis: Wan Anie
Singgah di blog http://wanrohaniismail.blogspot.com/2014/08/menyantuni-anak-anak.html
Kelas asas blog dan penulisan.

Aisyah menyatakan, "Tiada seorang pun yang lebih mirip Nabi Muhammad selain Fatimah binti Rasulullah dalam perkara berkaitan sifat, sikap, dan tingkah laku semasa duduk ataupun berdiri. Apabila Fatimah datang kepada Nabi Muhammad, baginda akan berdiri dan menyambutnya, menciumnya lalu mendudukkannya di tempat baginda duduk. Apabila Nabi Muhammad datang kepada Fatimah, beliau akan berdiri menyambut ayahnya, menciumnya, lalu mendudukkan baginda di tempat beliau duduk tadi." Hadis dicatat oleh Tarmizi, Hakim dan Ibnu Hibban.
Lihat betapa baginda Rasulullah menyantuni anakanda Fatimah. Menunjukkan penghormatan yang sangat tinggi di antara anak dan bapa. Bagaimana baginda menyantuni Fatimah, begitu juga Fatimah menyantuni baginda Rasulullah.
Maka benarlah seperti yang kita semua maklum bahawa anak mengikut seperti apa yang dilihat. Apa yang dilihat dan didengar seperti pita rakaman yang melekat di minda bawah sedar anak.
Aisyah berkata, "Pada suatu hari, kami para isteri sedang berkumpul bersama kekasih Allah. Tiada seorang pun yang tidak hadir. Pada masa itu Fatimah datang. Beliau berjalan dengan cara jalan yang sama, saling tidak tumpah seperti cara jalan Nabi Muhammad. Semasa beliau melihat Fatimah, beliau segera menyambutnya dan berkata, "Selamat datang, anakku." Beliau mendudukkan Fatimah di sebelah kanan ataupun kirinya. Kemudian, beliau membisikkan sesuatu kepada Fatimah, lalu Fatimah menangis dan sedih. Apabila melihat Fatimah menangis, beliau kembali membisikkan sesuatu kepadanya. Tiba-tiba Fatimah tertawa.
Saya bertanya kepada Fatimah, Kekasih Allah hanya berbisik kepadamu dan tidak kepada isteri yang lain, lalu kamu menangis? Selepas Nabi Muhammad pergi, saya bertanya kepada Fatimah, "Apakah yang pesuruh Allah bisikkan kepadamu?" Fatimah menjawab, saya tidak boleh ,membuka rahsianya.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad, saya bertanya kepada Fatimah sekali lagi, "Kamu perlu beritahu saya apa yang dibisikkan pesuruh Allah pada masa itu." Fatimah menjawab, "Baiklah, Saya boleh beritahumu sekarang. Kali pertama beliau berbisik, beliau berkata malaikat Jibrail selalunya datang sekali ataupun dua kali setahun menyemak bacaan Qurannya. Tetapi tahun ini ia datang dua kali. Pesuruh Allah mengagak beliau akan dipanggil mengadap Allah tidak lama lagi. Beliau berkata, 'Taatlah kepada perintah Allah dan bersabarlah. Saya adalah penghulu terbaik buatmu.' Pada masa itulah saya menangis seperti yang kamu lihat pada masa itu. melihatkan tangisanku, Nabi Muhammad kembali berbisik kepadaku. Beliau berkata, 'Wahai Fatimah, sukakah kamu menjadi ketua para wanita yang baik Islamnya di kalangan umatku?' lalu saya tertawa sebagaimana yang kamu lihat." Kisah ini dicatat oleh Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Ibnu Majah.
Tidak mampu menjadi ibubapa sebaik baginda, namun itulah contoh teladan sepanjang zaman. Lihat bagaimana Rasulullah menceritakan hal baginda kepada Fatimah, kemudian menggembirakan hati Fatimah yang sedih.

PM SAYA https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9 untuk mendaftar

SMS/WHATSAPP : 019-3991809
PENGURUS ONLINE AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR)

Wednesday, 6 August 2014

NIAT NAN SATU





Assalamualaikum,

Belum terlambat saya ucapkan selamat hari raya buat semua, kullu 'am wa antum bikhair. Semoga amalan kita diterima dan dosa-dosa diampunkan. Amin.

Hari ini ada sedikit debaran di hati saya dan suami kerana kami harus menghantar nama dan butiran yang diperlukan untuk menunaikan ibadah umrah yang dirancang pada cuti sekolah akhir tahun nanti. Kami merancang membawa bersama 3 orang anak yang masing-masing berumur 7, 4 dan 2 tahun. Niat untuk pergi bersama anak-anak sudah lama termaktub dalam doa kami anak beranak. Anak-anak juga sering berdoa kerana teruja melihat kaabah di televisyen.

Namun niat itu tidak disenangi beberapa pihak, berbagai kata dan sangkaan bukan-bukan menjengah pendengaran kami suami isteri, terus menusuk di hati. Saya dan suami terus berbincang dan banyak berdoa terutama di bulan Ramadhan. Saya banyak bertanya dan merujuk rakan-rakan yang berpengalaman membawa anak-anak semasa mengerjakan umrah, masing-masing tidak menghalang malah sangat menyokong. 

Tidak cukup dengan itu saya menjengah pula blog-blog yang memaparkan tulisan pengalaman tetamu Allah membawa 'haji/hajjah kecil' bersama. Apa yang saya dapat masih sama, mereka juga tidak menghalang, malah sangat seronok membawa anak masing-masing. Alhamdulillah, datang kekuatan dalam diri saya. Hanya tinggal mencari kekuatan untuk menghadapi mulut dan lidah yang 'tiada insurans' sahaja lagi. He he.

Dalam meniti waktu menuju niat nan satu, saya terus berdoa semoga Allah kabulkan hajat kami dan mudahkan segala urusan. Buat para pembaca budiman, doa kalian saya dambakan. 

Koreksi diri, hiasi peribadi, hingga bertemu lagi di entry seterusnya, wassalam.

DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014