Teks: Norhafizah Abd Hadi
Gambar: Google
Salam Jum'ah Mubarakah buat semua,
Hari Jumaat datang lagi, alhamdulillah masih diberi peluang meneruskan kehidupan, semoga setiap saat dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Oh ya hari Jumaat adalah hari yang boleh dikatakan sibuk juga bagi saya. Saya harus menyiapkan urusan di SOHO dan urusan rumahtangga lebih pantas kerana anak-anak akan pulang sekolah lebih awal. Hari ini agak kelam kabut juga kerana anak kedua tidak bersekolah lantaran tidak sihat, banyak yang harus diuruskan.
Alhamdulillah sempat masak nasi tomato untuk juadah kami sekeluarga hari ini. Selepas siap urusan di dapur, saya baru perasan ada panggilan telefon dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia semasa bersilat di dapur. Oh rupanya ada tugas terjemahan untuk saya, tetapi tugas tersebut sudah diserahkan kepada penterjemah lain kerana saya tidak menjawab panggilan telefon.
Memang bukan rezeki saya untuk hari ini, semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik. Sesungguhnya Allah mengatur sesuatu itu penuh hikmah, dengan berfikiran positif saya fikir lebih baik menggandakan usaha di butik online saya https://www.facebook.com/butikalizzah?ref=hl dan juga tugas di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Bukankah Allah suka hambanya yang rajin berusaha, pepatah juga ada mengatakan "Man Jadda Wajada". Hasilnya mungkin bukan hari ini tetapi waktu yang hanya Allah mengetahui.
No comments:
Post a Comment