Assalamualaikum,
MENULIS ITU MEMBERI KEPUASAN,
MENULIS ITU MENZAHIRKAN ILMU YANG MENDALAM,
MENULIS...KELAK MENINGGALKAN SESUATU YANG BERMANFAAT SEBAGAI SEDEQAH JARIAH
Berkenalan dengan penulis: Wan Anie
Singgah di blog http://wanrohaniismail.blogspot.com/2014/08/menyantuni-anak-anak.html
Kelas asas blog dan penulisan.
Aisyah menyatakan, "Tiada seorang pun yang lebih mirip Nabi Muhammad
selain Fatimah binti Rasulullah dalam perkara berkaitan sifat, sikap,
dan tingkah laku semasa duduk ataupun berdiri. Apabila Fatimah datang
kepada Nabi Muhammad, baginda akan berdiri dan menyambutnya, menciumnya
lalu mendudukkannya di tempat baginda duduk. Apabila Nabi Muhammad
datang kepada Fatimah, beliau akan berdiri menyambut ayahnya,
menciumnya, lalu mendudukkan baginda di tempat beliau duduk tadi." Hadis
dicatat oleh Tarmizi, Hakim dan Ibnu Hibban.
Lihat betapa baginda
Rasulullah menyantuni anakanda Fatimah. Menunjukkan penghormatan yang
sangat tinggi di antara anak dan bapa. Bagaimana baginda menyantuni
Fatimah, begitu juga Fatimah menyantuni baginda Rasulullah.
Maka
benarlah seperti yang kita semua maklum bahawa anak mengikut seperti apa
yang dilihat. Apa yang dilihat dan didengar seperti pita rakaman yang
melekat di minda bawah sedar anak.
Aisyah berkata, "Pada suatu hari,
kami para isteri sedang berkumpul bersama kekasih Allah. Tiada seorang
pun yang tidak hadir. Pada masa itu Fatimah datang. Beliau berjalan
dengan cara jalan yang sama, saling tidak tumpah seperti cara jalan Nabi
Muhammad. Semasa beliau melihat Fatimah, beliau segera menyambutnya dan
berkata, "Selamat datang, anakku." Beliau mendudukkan Fatimah di
sebelah kanan ataupun kirinya. Kemudian, beliau membisikkan sesuatu
kepada Fatimah, lalu Fatimah menangis dan sedih. Apabila melihat Fatimah
menangis, beliau kembali membisikkan sesuatu kepadanya. Tiba-tiba
Fatimah tertawa.
Saya bertanya kepada Fatimah, Kekasih Allah hanya
berbisik kepadamu dan tidak kepada isteri yang lain, lalu kamu menangis?
Selepas Nabi Muhammad pergi, saya bertanya kepada Fatimah, "Apakah yang
pesuruh Allah bisikkan kepadamu?" Fatimah menjawab, saya tidak boleh
,membuka rahsianya.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad, saya bertanya
kepada Fatimah sekali lagi, "Kamu perlu beritahu saya apa yang
dibisikkan pesuruh Allah pada masa itu." Fatimah menjawab, "Baiklah,
Saya boleh beritahumu sekarang. Kali pertama beliau berbisik, beliau
berkata malaikat Jibrail selalunya datang sekali ataupun dua kali
setahun menyemak bacaan Qurannya. Tetapi tahun ini ia datang dua kali.
Pesuruh Allah mengagak beliau akan dipanggil mengadap Allah tidak lama
lagi. Beliau berkata, 'Taatlah kepada perintah Allah dan bersabarlah.
Saya adalah penghulu terbaik buatmu.' Pada masa itulah saya menangis
seperti yang kamu lihat pada masa itu. melihatkan tangisanku, Nabi
Muhammad kembali berbisik kepadaku. Beliau berkata, 'Wahai Fatimah,
sukakah kamu menjadi ketua para wanita yang baik Islamnya di kalangan
umatku?' lalu saya tertawa sebagaimana yang kamu lihat." Kisah ini
dicatat oleh Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Ibnu Majah.
Tidak mampu
menjadi ibubapa sebaik baginda, namun itulah contoh teladan sepanjang
zaman. Lihat bagaimana Rasulullah menceritakan hal baginda kepada
Fatimah, kemudian menggembirakan hati Fatimah yang sedih.
PM SAYA https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9 untuk mendaftar
SMS/WHATSAPP : 019-3991809
PENGURUS ONLINE AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR)
No comments:
Post a Comment