Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi
Assalamualaikum
semua,
Jemaah
haji sudah beransur pulang selepas selesai mengerjakan ibadah rukun islam
kelima. Alhamdulillah kakak saya dan suaminya juga selamat pulang disambut
penuh kesyukuran seluruh sanak keluarga. Anak-anaknya lah paling teruja
lantaran lama terpisah.
Wajah-wajah ceria di KLIA |
Sessi perjumpaan keluarga besar Abd Hadi |
Pada
bulan Disember nanti juga akan diadakan majlis aqiqah ahli baru keluarga besar
ini. Insya Allah akhir November ini, bayi comel tersebut akan pulang ke kampung
halaman dari Perth, Australia. Adik saya melahirkan cahayamata pertama di sana baru-baru ini.
Perjumpaan
keluarga seumpama ini sering diadakan dari semasa ke semasa, berkenaan pelbagai
hal dan isu dalam keluarga. Seingat saya, sejak saya sekolah rendah lagi sudah
ada perjumpaan keluarga ini. Ketika itu hal yang dibangkitkan dan dibincangkan
ialah prestasi setiap anak. Seiring dengan putaran masa, lebih banyak perkara yang dibincangkan dalam setiap perjumpaan ini.
Doa
saya semoga keluarga besar ini dilimpahi barakah, kasih sayang, kebahagiaan
berpanjangan hingga ke syurga, amin.
Hingga
bertemu lagi di entry seterusnya, wassalam.
No comments:
Post a Comment