Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google
Assalamualaikum semua,
Entry yang lepas saya ada berceloteh sedikit tentang penjagaan anak menggunakan buaian dan walker. Sedikit penambahan di entry ini tentang keburukan penggunaan buaian.
Sudah banyak bukti menunjukkan bahawa bahaya menidurkan anak menggunakan buaian. Pakar kesihatan dan pakar kanak-kanak juga tidak menyarankan cara yang demikian. Antara keburukan yang biasa diketengahkan ialah:
- Kanak-kanak berpotensi untuk jatuh dan terkeluar dari buaian, seterusnya menyebabkan kecederaan di kepala.
- Buaian tidak memberi sokongan yang mencukupi bagi tulang belakang bayi
dan bahu bayi selalunya membongkok. Di samping itu, terdapat juga
lain-lain aspek keselamatan: Risiko untuk jatuh adalah tinggi dan
kadang-kala buaian dibuai dengan terlalu kuat. Ini akan
meningkatkan risiko bayi jatuh keluar atau ditolak ke dinding.
- Buaian adalah satu alat yang boleh menjadi punca kecederaan dan kerosakan pada otak bayi. Penggunaan buaian untuk menidurkan bayi boleh mengakibatkan sindrome
gegaran otak bayi dan sekaligus penyebab pendarahan pada otak bayi.
Kadangkala bayi akan menangis sekuatnya ketika mahu tidur, ini
menyebabkan emosi seorang ibu agak terganggu. Jika bayi tersebut
ditidurkan dengan buaian, hayunan tersebut akan menjadi semakin kuat
mengikut kuatnya tangisan si bayi.Hayunan pun akan bertukar manjadi goncangan. Goncangan yang kuat memberi kesan yang lebih buruk kepada bayi.
Biasa kita dengar pengalaman ibu-ibu dahulu menggunakan buaian, tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan, tugas di rumah pun dapat dibereskan kerana bayi tidur lena. Namun aspek keselamatan perlu dititikberatkan. Saya juga suatu masa dulu ditidurkan dalam buaian. Namun saya pernah melihat beberapa kali kejadian kayu tempat menyangkut spring buaian terjatuh lalu bayi pun turut sama jatuh. Dalam kejadian lain, spring buaian putus. Sangat membahayakan, bukan.
Namun sesetengah ibu terpaksa menggunakan buaian atas sebab tersendiri. Beberapa tips berguna untuk dikongsi di sini:
- Sentiasa memantau dan mengawasi anak terutama bayi yang sudah boleh berpusing dan meniarap.
- Letakkan tilam di bawah buaian supaya apabila bayi terjatuh dia tidak akan terhentak ke lantai.
- Pastikan kedudukan buaian tidak terlalu tinggi dari lantai.
- Tidak meletakkan bantal atau selimut di dalam buaian.
- Letakkan bayi dalam keadaan telentang dan bukan meniarap.
Sebaiknya latih anak perlahan-lahan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada buaian. Kebaikannya bukan sahaja untuk dirinya, malah ibu turut merasa.
Hingga bertemu lagi di entry seterusnya, wassalam.
No comments:
Post a Comment