Tuesday 9 February 2016

TRACKING NUMBER - NILAI KEPERCAYAAN

Teks: Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google

Assalamualaikum,

Pagi-pagi lagi kakak saya sudah mengomel, barangnya yang dipesan melalui 'online' tidak sampai lagi. Ini sudah kali kedua si penjual mengepos barangnya kerana penghantaran kali pertama tidak sampai ke tangan. 

Saya ada bertanya tentang nombor rujukan (tracking number) barang tersebut, malangnya tiada pula. Ah, tak mungkin begini, detik hati saya. Sebagai tanda urusniaga yang telus, penjual tersebut sepatutnya memberitahu nombor rujukan tersebut sebagai tanda barang tersebut sudah dihantar. Pembeli juga boleh mengesan sendiri barang tersebut di mana ia berada. 

Nilai kepercayaan dalam urusniaga amat bernilai, terutamanya perniagaan online. Sekali pelanggan percaya dan berpuashati dengan satu-satu penjual, insya Allah akan ada pembelian seterusnya. Bahkan lebih menarik lagi, pelanggan tersebut akan menjual cerita yang baik-baik tentang barang yang dibelinya serta etika yang ditunjukkan oleh penjual sepanjang berurusniaga. Penjual yang mementingkan nilai kepercayaan pelanggan ini secara tidak langsung berjaya mengikat hati pelanggan untuk terus membeli dengannya. 

Cara penjual kedai fizikal dan penjual online mengikat pelanggan dengan cara yang berbeza, namun masing-masing dengan matlamat untuk membina keyakinan pelanggan demi kelangsungan perniagaannya. Jika kita sebagai pelanggan dalam kisah kakak saya di atas, tentu serik kan untuk membeli dengan penjual tersebut. 

Nombor rujukan (tracking number) mungkin perkara yang kecil, tetapi kesannya besar. Jom ubah untuk perubahan yang lebih baik.


DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014