Monday 2 February 2015

JOM BELAJAR BUAT BLOG

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Koleksi ABDR



2 kelas popular sepanjang tahun di akademi bekerja di rumah (ABDR):
1. kelas asas blog penulisan
2. kelas asas blog mula bisnes 

Apakah matlamat utama kelas ini :
1. Memberi pencerahan dan ruang kepada suri yang baru mengenal dunia online, terutama fan page, blog dan sebagainya.
2. Untuk kelas asas blog dan fan page, khusus kepada 'sasaran' yang zero tentang urus niaga online. Sebagai permulaan awal, membina kedai online dan latihan urus niaga. Selepas boleh berdikari dengan belajar dengan pakar-pakar pemasaran yang lain yang lebih 'meluas' dan bina 'rangkaian bisnes' sendiri. Kami adalah sebagai trek pemula, sebagai 'langkah awal' bagi yang benar-benar 'zero' tentang bisnes dan urus niaga online'.
3. Kelas asas blog dan penulisan, matlamatnya untuk memberi pendedahan dan cara bagaimana membina blog yang disukai pembaca, membina jaringan dan pengaruh penulis blog dan juga penjenamaan dalam carian google.

Bagaimana kelas ini dijalankan?
Kelas berbentuk toturial ini dijalankan sepenuhnya secara online (atas talian). Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook belajar asas blog. Protege akan dimasukkan dalam group kelas di facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui pm di facebook atau group kelas. Nota dan toturial bergambar disediakan di dalam group kelas tersebut.

Jadual kelas adalah fleksibel, ikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya dan berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.
Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Mula daftar hari ini

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com       


No comments:

Post a Comment

DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014