Thursday, 12 February 2015

ORANG YANG BAIK DIBALAS KEBAIKAN

Teks : Norhafizah Abd Hadi

Baru-baru ini saya menghubungi salah seorang pelanggan untuk bertanyakan status barang yang dipesan. Alhamdulillah sudah sampai. Lewat petang, beliau bertanya tentang tudung yang dipesan, rupanya saya tersilap hantar. Saya meminta maaf dan berjanji akan menghantar tudung yang dimaksudkan. Sebenarnya sewaktu beliau memesan tudung, beliau bertukar-tukar kod hingga saya terkeliru, akhirnya saya tersilap hantar. Mulianya hati pelanggan ini kerana beliau turut meminta maaf dan tidak marah-marah dengan melulu. Saya terus menguruskan penghantaran tudungnya tanpa bayaran dan sebagai hadiah sahaja. 

Keesokan harinya, beliau sekali lagi menghubungi saya kerana ada 2 pasang baju dipos bersama tudungnya. Beliau baru perasan kerana bungkusan tersebut dipos ke rumah ibunya seperti yang diminta. Bersungguh-sungguh beliau mahu menghantar semula 2 pasang baju tersebut kepada saya kerana beliau tidak membelinya. Agak jarang berlaku kes begini, mungkin terlalu banyak barang sebelum cuti Thaipusam yang lalu, staf tersilap bungkus. Insya Allah pihak pengurusan akan lebih berhati-hati selepas ini. 

Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah sikap pelanggan yang amat terpuji. Alhamdulillah dengan sikap jujurnya, hak orang lain dapat dikembalikan. Orang yang baik Allah balas jua dengan kebaikan, dengan rasa besar hati, saya dan team bisnes memberinya hadiah istimewa kerana terhutang budi pada kebaikannya. Semoga Allah membalas dengan sebesar-besar ganjaran.


~ JEMPUT KE PAGE BUTIK AL-IZZAH
~ JEMPUT KE BLOG BUTIK AL-IZZAH

No comments:

Post a Comment

DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014