Monday, 8 September 2014

SAMBUTAN HANGAT


Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi




Assalamualaikum,
Minggu lalu suami saya menyediakan sarapan pai roti berdaging kesukaan kami sekeluarga. Kami mula mencuba resepi ini sewaktu bermastautin di Sabah. Dengan keenakan lapisan daging, telur, roti dan keju, memang pasti licin setiap kali membuatnya.

Alkisahnya, anak-anak bawa bekal pai tersebut ke sekolah. Masing-masing pulang dengan bekas kosong. Habis! Mendengar pula cerita anak-anak makan bekal di sekolah, masing-masing dikerumuni rakan-rakan. Semua nak mencuba dan merasa keenakannya. 

Sebenarnya sudah dua kali suami membuat pai tersebut dalam bulan ini, setiap kali itulah anak-anak mahu bawa bekal. Kali pertama membawanya, anak sulung pulang dengan pesanan ringkas, "Mama, ada kawan nak order pai roti RM4". Terkedu mendengarnya. Lantas saya bertanya, sama ada dia berjualan ke di sekolah tadi, rupanya rakannya tidak puas makan.

Kali kedua si anak pulang dengan kisah lain pula, dia meminta resipi dan minta saya salin di kertas. Sekali lagi saya terkejut, untuk apa? Oh rupanya ada seorang rakannya meminta resepi tersebut. Saya ketawa kelucuan, tak sangka pun ada, kanak-kanak zaman sekarang lebih bijak. Sudah pandai 'order' dan pandai minta resepi. Jika nak banding dengan saya sewaktu umur begitu, saya hanya pandai pesan, "esok bawa lagi ya!".

InsyaAllah saya akan kongsikan resepi ini untuk para suri di luar sana di entri akan datang. 



No comments:

Post a Comment

DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014