Friday, 12 September 2014

SAMBUTAN HANGAT - BAHAGIAN 2

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi




Assalamualaikum semua,

Saya ada berkongsi kisah tentang pai roti berdaging ini beberapa hari yang lalu, dan hari ini saya tunaikan janji untuk berkongsi resepinya kepada anda di luar sana. Resipi ini saya ambil dari internet dan saya pun sudah lupa sumbernya. Ada sedikit versi derhaka kerana saya ubah mengikut citarasa kami sekeluarga.

PAI ROTI BERDAGING

5 keping roti putih - dipotong dadu
3 biji telur
2 batang sosej
1 genggam daging kisar
1 sudu besar sos tiram
sedikit daun sup - cincang
1 biji cili merah - cincang 
1/2 biji bawang besar - cincang
lada hitam

1- Potong sosej kecil-kecil, goreng dan angkat.
2- Tumis bawang besar, kemudian masukkan daging cincang, sos tiram, lada hitam. Kacau. Kemudian masukkan pula sosej tadi.
3- Ratakan campuran daging dan sosej, curah telur atasnya.
4- Tabur daun sup, cili merah.
5- Tabur roti putih tadi menutupi telur, tekan-tekan sedikit. Tutup dan tunggu biarkan sehingga masak.
6- Siap dan hidangkan. Hiaskan dengan sos dan mayonis.

* Biasanya menu ini dimasak menggunakan periuk 'non stick', jadi sesiapa ada periuk ajaib ke atau Tefal, Belva dan seumpamanya bolehla gunakan itu.

Anda boleh mengubah resepi ini mengikut citarasa anda, saya juga menambah keju di atas lapisan paling atas, menjadikan pai ini lebih sedap dan berkhasiat. Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014