Monday, 1 September 2014

BAHAGIA DI HUJUNG MINGGU

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi



Assalamualaikum,

Cuti hujung minggu kali ini agak panjang sedikit kerana bersambung hingga hari Isnin lantaran ulangtahun kemerdekaan jatuh pada hari Ahad. Ramai juga yang mengambil kesempatan mengadakan kenduri kendara menyempurnakan hajat masing-masing.

Saya turut menerima undangan ke majlis perkahwinan sekitar Klang, Shah Alam dan kawasan tempat tinggal saya. Jalan raya sentiasa penuh dengan kenderaan di kedua-dua arah menuju destinasi masing-masing. Ternyata cuti hujung minggu yang panjang sedikit kali ini dimanfaatkan sebaiknya, ada yang pulang ke kampung, ada yang mengadakan kenduri, walau apa pun aktiviti yang dilakukan melibatkan pertemuan dan mengeratkan silaturrahim. 

Hari ini saya berpeluang membuat dadih untuk keluarga tersayang. Anak-anak memang gemarkannya, terutama yang sulung, dia kerap membeli di sekolah sewaktu menunggu van untuk pulang. Apabila melihat air tangan ibunya, anak-anak sangat teruja dan memuji-muji lagaknya seperti masakan chef hebat. Alhamdulillah nikmat menjadi seorang ibu dapat memberi kegembiraan pada anak-anak.

Anak sulung turut melahirkan hasrat ingin menjual dadih di sekolah, anak yang seorang ini memang gemar bisnes, tetapi saya nyatakan juadah tersebut untuk dimakan seisi keluarga sahaja. Mungkin lain kali boleh dijual demi melayan kesungguhannya untuk berjualan. Mana tahu dari minatnya itu boleh digilap lagi menjadi lebih sukses di masa hadapan. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014