Gambar : Norhafizah Abd Hadi
Muslimah hari ini sudah pandai menilai mana lebih baik dan mana yang terbaik. Meskipun limpahan fesyen yang datang, namun mereka bijak memilih mana yang sesuai untuk menutup aurat mereka. Ini termasuklah tudung, baju, skirt, dan sebagainya. Nampaknya fesyen pakaian yang selari dengan syariah lebih digemari ramai.
Kini Butik Al-Izzah menampilkan baju kurung moden Raisya terbaru yang merupakan keluaran kedua selepas menempa jualan laris pada keluaran pertama. Baju yang disertakan dengan kain skirt ini sangat selesa, kerana menggunakan material yang sejuk dan tidak melekap. Potongan yang kembang di bawah (A cut) menjadikan ia beralun bila dipakai dan kelihatan longgar.
Istimewanya baju ini sesuai bagi ibu-ibu menyusu kerana disertakan zip bagi memudahkan bukaan untuk menyusu. Lengan baju juga direka beserta cekak untuk memelihara aurat dengan lebih sempurna. Meskipun bercekak, lengan baju mudah diregangkan ketika berwudhu'. Baju kurung moden Raisya didatangkan dalam 5 saiz iaitu S, M, L, XL dan XXL, dan keluaran terbaru ini menampilkan 50 rekaan untuk dipilih.
Bagi yang belum memiliki baju ini, inilah masanya untuk mencuba di Butik Al-Izzah. Ramai yang sudah membeli dan memberikan respon yang sangat positif malah membuat pembelian lagi. Baru beberapa hari baju ini dilancarkan, beberapa kod sudah habis terjual dan stok menyusut dengan laju. Jika anda berminat, jangan berlengah lagi ya!
HARGA LEBIH ISTIMEWA UNTUK SEMUA, KINI RM139 UNTUK SEMUA SAIZ (TIDAK TERMASUK POS). TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.
SMS/WHATSAPP
0193991809
PM
No comments:
Post a Comment