Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi
Assalamualaikum,
Baru-baru ini saya kehabisan stok cili kering, mati kutu juga dibuatnya kerana saya tidak dapat memasak masakan yang menggunakan cili kering sebagai bahannya. Ini kerana biasanya saya menggunakan cili kering yang bersaiz lebar dan rasanya tidak sepedas cili kering jenis lain, memang cili kering mesra kanak-kanak. Alhamdulillah hari ini saya sudah ada stok baru yang dikirim melalui adik ipar ketika dia pulang ke kampung halamannya di Kelantan.
Kebetulan cuti hujung minggu kali ini kami tidak pulang ke kampung, saya mengambil peluang menyediakan bahan-bahan asas untuk memasak bagi stok seminggu. Selain lauk-pauk sudah disiang dan dipek mengikut kuantiti setiap masakan, saya menyediakan bawang kisar, cili kering kisar dan bahan yang siap diperap. Alhamdulillah memang cara ini banyak membantu memudahkan urusan di dapur. Tambahan pula saya tidak memperuntukkan masa yang lama di dapur kerana menguruskan anak-anak, rumahtangga dan tugas di SOHO. Tips ini bukan sahaja efektif bagi suri bekerja, malah bagi WAHM juga yang tidak kurang sibuknya.
Alhamdulillah, selesai sudah urusan penyediaan bahan, kami sekeluarga bersiap-siap keluar mengambil angin di pantai berhampiran rumah. Undur diri dulu, semoga bermanfaat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
20 Oktober 2014 (Isnin)
9.30am-12.30pm
Sesi online selama 3 jam
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
-Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - untuk 2 modul
Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:
Facebook: https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
-Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - untuk 2 modul
Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:
Facebook: https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com
No comments:
Post a Comment