Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Arkib Akademi Bekerja Di Rumah
Assalamualaikum,
Alhamdulillah tugasan saya selamat dihantar pagi ini, lega ada berdebar pun ada. Berdebar menanti respon dari pihak editor. Biasanya hasil suntingan akan dihantar melalui kotak emel.
Teringat saat menghantar hasil terjemahan tadi, anakanda Hariz sakan menangis mahukan saya baring bersamanya, tambahan pula ada 'isi' di lampinnya menyebabkan dia tidak selesa. Saya fikir saya harus hantar tugasan untuk beberapa minit sahaja dan akan terus menguruskannya, namun terasa seperti beberapa jam proses penghantaran emel. Saya cuba pekakkan telinga dan menahan perasaan untuk seketika ketika saat yang genting ini kerana tempoh untuk menghantar tugasan sudah tamat.
Teringat pesanan Puan Masayu, pengasas ABDR, urus emosi dan kawal emosi, sangat dituntut bagi yang bekerja di rumah seperti saya. Jika anda belum berkesempatan membacanya, anda masih boleh dapatkannya melalui saya. Antara petikan menarik untuk dikongsi,
- Tips urus masa/tekanan suri kerja dari rumah
Kata suri K
"Saya kelam kabut tidak tahu mahu fokus yang mana. Anak-anak mula menangis kelaparan, kerja banyak yang mahu buat tetapi tidak selesai. Pendapatan juga turun dan naik. Saya hilang fokus."
-Ada lima check point harian untuk kita berhenti lelah dan bertenang sekejap
-Sebelum anak-anak bangun, kita perlu bangun dahulu. Mulakan apa boleh selesai.
-Sebelum bagi anak-anak makan, kita dahulu perlu kenyang
-Sebelum beli untuk anak-anak, reward diri sendiri dahulu
-Buat senarai malam hari 1 hingga 20
-Pilih yang berat untuk diselesaikan pada jam awal pagi
- Kisah inspirasi WAHM
"Tidak
mempunyai majikan bukanlah bermakna saya tidak perlu berdisiplin.
Tetapi bekerja sendiri memerlukan lebih disiplin daripada kerja-kerja
lain yang ada, terutamanya bila kita memegang jawatan "SURIRUMAH SEPARUH
MASA" dan "IBU SEPENUH MASA" dan "USAHAWAN"." - Norhanita Bahrom.
"Ramai merasakan rugi kerana tidak bekerja makan gaji, membazir masa dan wang ringgit, belajar tinggi hingga ke peringkat ijazah tetapi duduk di rumah. Kepada kebanyakan orang mereka merasakan bekerja dari rumah itu sesuatu yang remeh dan lekeh. Sedangkan sebenarnya, masa dan tenaga yang diperah untuk menjayakan perniagaan itu adalah lebih berat berbanding bekerja makan gaji." - Farah Hafizah.
''Tak kira apa pun pekerjaan kita, asalkan niat betul saya percaya kita dipermudahkan. Ramai yang membuat tanggapan saya tak perlu bersusah payah kerana berkahwin dengan suami yang bergelar doktor. Namun sebagai hamba Allah kita perlu menyumbang kemahiran yang ada untuk membantu orang lain''. Pn. Norazizah Ruslan, Bisnes & Health Advisor.

Banyak lagi yang menarik dalam ebook ini, tidak rugi anda memilikinya. Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook ini, boleh hubungi saya melalui:
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com
No comments:
Post a Comment