Friday, 3 October 2014

CERAH YANG DINANTI

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Jumaat sayyidul ayyam datang lagi.

Hari ini cuaca cerah, matahari bersinar dengan cerianya. Saya juga bertambah ceria kerana berpeluang mencuci banyak pakaian setelah beberapa hari menangguh untuk mencuci. Dari sehari ke sehari hujan turun, matahari juga tidak kelihatan, apa lagi, pakaian kotor pun menimbun lah.

Sementara menunggu cucian kering di ampaian, saya mengemas keperluan yang akan dibawa pulang ke kampung. Kami sekeluarga akan pulang ke kampung untuk menyambut aidiladha bersama keluarga. Anak-anak sudah tidak sabar, malah ada yang menangis menanti saat bertolak ke kampung. Aduhai anak, banyak yang perlu dibereskan sebelum pulang.

Setelah semuanya selesai, kami bertolak dengan rasa girang. Sebelum itu saya pastikan beberapa perkara telah dipantau, antaranya:

1- Suis elektrik telah dipadam.
2- Plug mesin basuh, termos elektrik dan plug yang lain sudah dicabut.
3- Keperluan anak-anak sekolah sudah dibereskan.
4- Kebersihan rumah.
5- Mengunci pintu dan tingkap.

Selamat menyambut aidiladha buat semua. Semoga amalan dan korban diterima serta bertambah dekat kepada Allah SWT.


No comments:

Post a Comment

DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014