Wednesday, 29 October 2014

GANJARAN UNTUK DIRI SENDIRI

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google




Alhamdulillah, baru pulang dari  salun spa tika ini. Badan rasa segar sedikit, rasa lebih selesa. Pemilik salun menawarkan khidmat lain memandangkan tiada pelanggan ketika itu, saya menolak dengan baik kerana hari sudah lewat. Harus pulang segera kerana esok peperiksaan si kakak bermula. 

Sebenarnya sudah lama hasrat ingin berurut tetapi asyik tertangguh dengan pelbagai aral. Terasa sakitnya seluruh badan, siang malam gunakan kudrat yang ada tanpa henti, wahm lah katakan. 

Terapi seluruh tubuh ini amat perlu bagi semua suri tidak kira suri bekerja di luar atau suri bekerja di rumah. Isteri dan ibu perlu kekal sihat dan cergas untuk mengekalkan kebahagiaan seisi keluarga. Bayangkan jika isteri jatuh sakit, boleh pincang sedikit perjalanan harian rumahtangganya. Suami dan anak-anak turut terkesan. 

Sessi terapi ini juga adalah satu ganjaran untuk diri sendiri. Peruntukkan masa untuk diri sendiri dibelai dan dimanja dengan urutan yang menyegarkan. Setelah bekerja 7 hari seminggu, 24 jam sehari, sekali sekala mencari ketenangan di luar tentu mencetuskan perasaan yang berlainan. Jika kalian sudah lama tidak berurut, cuba lah! Pasti lebih nyaman dan mood lebih bahagia.


No comments:

Post a Comment

DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014