Dingin malam ini masih terasa meskipun saya mengenakan telekung usai solat maghrib. Sela waktu menanti isyak saya isikan dengan bacaan al-quran. Agak susah juga untuk duduk tenang membaca al-quran kerana sering berebut dengan si kecil. Kadangkala membaca sambil berdiri kerana hanya cara itu Hariz tidak dapat mencapai dan merampas. Alhamdulillah kali ini dapat membaca dengan fokus sekali kerana anak-anak sedang dilayan oleh babanya.
Air mata bertakung di kelopak mata tidak dapat ditahan lagi, turun membasahi pipi. Sama lebat dengan titisan hujan di luar sana. Entah kenapa ayat yang dibaca malam ini sangat menyentuh hati. Kisah Nabi Yusuf dengan adik beradiknya juga ayahnya yang tercinta. Sedih membayangkan darah daging sendiri membuang Nabi Yusuf kerana kedengkian terhadapnya lantaran kasih bapa mereka lebih tertumpah padanya. Mendalamnya derita hati si ayah terlalu sedih kehilangan anaknya hingga menyebabkan kebutaan. Semakin saya baca semakin ingin habiskan sehingga ke akhir cerita. Pertemuan semula Nabi Yusuf dengan adik beradiknya sangat mengharukan, lebih memilukan lagi pertemuan dengan ayahnya, dengan izin Allah penglihatannya kembali seperti sediakala ketika diberikan baju Nabi Yusuf. Kuasa Allah yang Maha Berkehendak, sudah tertulis bertemu jua mereka akhirnya setelah sekian lama terpisah, kala Nabi Yusuf sudah bergelar menteri.
Cantiknya isi al-kitab ini, sambil baca boleh menghayati cerita dari kalam Allah. Subhanallah, mukjizat yang teragung. Bukan taraf kitab biasa-biasa, sangat luar biasa.
Untungnya menjadi bangsa Arab kerana lebih memahami al-quran. Menangis, meratap, merintih ketika mengalunkan bacaan ayat suci yang mulia.
Untuk memahami isi al-quran, tidak perlu kita menjadi orang arab dahulu, baru boleh faham. Al-quran untuk semua, tidak mengira bangsa dan warna kulit. Hanya dengan mempelajari Bahasa Arab, insyaAllah kefahaman itu akan datang. Sungguh, mempelajari Bahasa Arab itu satu keperluan bagi setiap muslim, jika ia tidak dipelihara, hilanglah syiar Islam. Dengan mempelajari antara bahasa paling susah ini, insyaAllah membantu memahami ajaran Islam yang kita anuti, kerana itu adalah anak kunci segala khazanah ilmu.
Saya belum boleh berpuas hati dengan penguasaan Bahasa Arab saya kini, masih banyak yang perlu ditambah dan dilipat gandakan. Apatahlagi menjadi penterjemah walau secara sambilan, terasa ilmu masih sekelumit. Lebih bahagia lagi jika dapat menghalusi ayat-ayat dalam kalam Ilahi, menghayati seperti bangsa Arab sebenar meskipun hanyalah Arab celup.
Jom belajar bahasa syurga!

No comments:
Post a Comment