Wednesday, 19 November 2014

KEKUATAN NETWORKING

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google




Baru-baru ini saya dihubungi sahabat lama sewaktu sama-sama menuntut di UIAM dahulu. Setelah sekian lama terpisah, kini kami ditakdirkan tinggal di daerah yang sama, malah suaminya mengajar satu sekolah dengan suami saya. 

Sahabat saya bertanya tentang tudung-tudung yang dijual di Butik Al-Izzah, nampak seperti berminat. Satu persatu saya layan persis pelanggan istimewa. Akhirnya dia meminta izin untuk melihat stok tudung yang ada, suaminya lah posmen kami, he he. Beberapa hari kemudian dia bertanyakan harga tudung tersebut dan bercadang untuk mempromosikan kepada rakan-rakan di sekolahnya. Bahkan ibu saudaranya juga turut melahirkan hasrat yang sama untuk membuat promosi di tempat kerjanya. Alhamdulillah, cantiknya talian hayat yang Allah berikan. Hadirnya insan-insan berhati mulia, tanpa saya pinta. 

Dalam bisnes, selain pelanggan setia yang membantu melebarkan jaringan bisnes kita, sahabat dan kenalan juga tidak ketinggalan. Ini kerana masing-masing punya jaringan yang tersendiri dari pelbagai latarbelakang. Kelompok kecil di sana dan sini membawa mesej tentang produk yang sama, tidak mustahil akan diketahui ramai juga di suatu masa. Sebagai peniaga, jasa mereka ini harus dihargai dengan sebaiknya. Misalnya bagi pelanggan setia, saya akan berikan harga istimewa atau hadiah, dalam keadaan lain pula saya akan berikan komisyen kerana sokongan dan bantuan yang diberikan. Memang pada zahirnya nampak kurang untung dari segi wang ringgit, namun sebenarnya kita untung. Pelanggan akan suka membeli dengan kita, jaringan yang ada juga suka menjual produk kita. Cantik kan sifirnya.

Semoga Allah membalas jasa mereka dengan kebaikan.




No comments:

Post a Comment

DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014