Friday, 28 November 2014

SAYA SUKA LABUH

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi



Alhamdulillah pagi ini rezeki untuk akses internet Allah mudahkan. Tidak pasti kenapa internet sangat bermasalah sejak cuti sekolah ini. Memang banyak kerja saya tertunggak. Tengahari hingga ke malam tidak tahulah bagaimana nasibnya nanti, harap-harap internet terus ok.

Semalam saya dikejutkan satu berita dari pembekal tudung, pihaknya mengeluarkan selendang segera (instant shawl) yang labuh dari biasa. Instant shawl saiz xl. Julung kali pihak pembekal ini buat atas permintaan peminat tudung labuh. Memang saya sendiri ternanti-nanti kemunculan seumpama ini. Berita tersebut memang buat saya teruja. Apatah lagi instant shawl ini dijahit bersama awning lembut (soft awning), sesuai untuk saya yang kurang rajin menjaga awning, lebih mudah penjagaannya.

Beberapa hari lalu, saya ada menjual tudung twist xl, julung kali juga pembekal ini buat atas permintaan ramai, alhamdulillah sambutan luar biasa dan sekejap sahaja habis licin. Tambahan pula ada hadiah kerongsang bunga percuma, pembeli tudung twist mengambil kesempatan untuk membeli lebih dari sehelai. InsyaAllah masa akan datang pihak pembekal akan terus keluarkan tudung labuh, sambutannya memang luar jangkaan.

Bagi anda yang gemarkan instant shawl labuh, nantikan di Butik Al-Izzah. Insya Allah. Saya akan muat turun semua warna pilihan bila tiba masanya nanti. Jom singgah di butik online saya.

Friday, 21 November 2014

PELUANG BELAJAR BLOG & BISNES ONLINE

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Arkib ABDR

Assalamualaikum,

Berita baik untuk semua, para suri, pelajar serta yang berminat untuk menjana pendapatan, kini Akademi Bekerja Di Rumah turun padang mengadakan kelas secara offline di beberapa lokasi terpilih. 

1- KOTA BHARU


2- JOHOR BAHRU



3- KOTA KEMUNING SHAH ALAM



 Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com    

BAHASA SYURGA

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google



Dingin malam ini masih terasa meskipun saya mengenakan telekung usai solat maghrib. Sela waktu menanti isyak saya isikan dengan bacaan al-quran. Agak susah juga untuk duduk tenang membaca al-quran kerana sering berebut dengan si kecil. Kadangkala membaca sambil berdiri kerana hanya cara itu Hariz tidak dapat mencapai dan merampas. Alhamdulillah kali ini dapat membaca dengan fokus sekali kerana anak-anak sedang dilayan oleh babanya.

Air mata bertakung di kelopak mata tidak dapat ditahan lagi, turun membasahi pipi. Sama lebat dengan titisan hujan di luar sana. Entah kenapa ayat yang dibaca malam ini sangat menyentuh hati. Kisah Nabi Yusuf dengan adik beradiknya juga ayahnya yang tercinta. Sedih membayangkan darah daging sendiri membuang Nabi Yusuf kerana kedengkian terhadapnya lantaran kasih bapa mereka lebih tertumpah padanya. Mendalamnya derita hati si ayah terlalu sedih kehilangan anaknya hingga menyebabkan kebutaan. Semakin saya baca semakin ingin habiskan sehingga ke akhir cerita. Pertemuan semula Nabi Yusuf dengan adik beradiknya sangat mengharukan, lebih memilukan lagi pertemuan dengan ayahnya, dengan izin Allah penglihatannya kembali seperti sediakala ketika diberikan baju Nabi Yusuf. Kuasa Allah yang Maha Berkehendak, sudah tertulis bertemu jua mereka akhirnya setelah sekian lama terpisah, kala Nabi Yusuf sudah bergelar menteri. 

Cantiknya isi al-kitab ini, sambil baca boleh menghayati cerita dari kalam Allah. Subhanallah, mukjizat yang teragung. Bukan taraf kitab biasa-biasa, sangat luar biasa.

Untungnya menjadi bangsa Arab kerana lebih memahami al-quran. Menangis, meratap, merintih ketika mengalunkan bacaan ayat suci yang mulia.

Untuk memahami isi al-quran, tidak perlu kita menjadi orang arab dahulu, baru boleh faham. Al-quran untuk semua, tidak mengira bangsa dan warna kulit. Hanya dengan mempelajari Bahasa Arab, insyaAllah kefahaman itu akan datang. Sungguh, mempelajari Bahasa Arab itu satu keperluan bagi setiap muslim, jika ia tidak dipelihara, hilanglah syiar Islam. Dengan mempelajari antara bahasa paling susah ini, insyaAllah membantu memahami ajaran Islam yang kita anuti, kerana itu adalah anak kunci segala khazanah ilmu.

Saya belum boleh berpuas hati dengan penguasaan Bahasa Arab saya kini, masih banyak yang perlu ditambah dan dilipat gandakan. Apatahlagi menjadi penterjemah walau secara sambilan, terasa ilmu masih sekelumit. Lebih bahagia lagi jika dapat menghalusi ayat-ayat dalam kalam Ilahi, menghayati seperti bangsa Arab sebenar meskipun hanyalah Arab celup.

Jom belajar bahasa syurga!




Wednesday, 19 November 2014

PELUANG BELAJAR BISNES DAN DROPSHIP

Teks : Norhafizah Abd Hadi

Perkongsian puan N
Mahu kenal siapa puan N?

Pada permulaan, apa yang saya nampak, hanya sebuah kedai yang menjadi target utama. Kertas kerja untuk membuat pinjaman hampir siap. Tiba-tiba segalanya bagai terhenti seketika, apabila suami menghadiahkan sebuah buku 'Biar Kecil Asalkan Berhasil'. Buku ini banyak memberikan panduan dan semangat untuk mula berniaga tanpa modal dan saya suka pada kata-katanya "...perniagaan yang memerlukan kita berhutang untuk berkembang adalah perniagaan yang kurang bagus." Pokok pangkalnya, kita mulakan dengan apa yang kita ada.

Saya mula mengubah pandangan tentang bisnes, saya mencari sesuatu yang saya minat dan tidak memerlukan modal yang besar. Bisnes yang saya mula-mula terlibat ialah 'mutiara dan kristal'. Saya memang peminat tegar kristal, saya mula mengenali mutiara dan kristal swarovski. Ramai yang cakap bisnes ini memerlukan modal yang besar, sebab harganya yang agak mahal. Tetapi terpulang bagaimana anda bermula. Saya hanya memulakan dengan beberapa design gelang dan rantai, kemudian saya sertakan dengan carta warna kristal. Dengan ini, apabila pelanggan memilih design dan warna, baru saya akan mendapatkannya. Sehingga kini, hasil daripada jualan tersebut saya mampu untuk menambah stok jualan.
Disebabkan suami sering keluar kawasan, dan saya sebagai pembantu peribadi yang setia bersamanya, menyebabkan saya mempunyai beberapa masalah untuk menguruskan penghantaran barang. Saya terfikir untuk mencari satu lagi bisnes, yang tidak memerlukan saya untuk menguruskan barang. "Dropship", itu yang saya cari. Sehingga saya berjumpa dengan ABDR. Saya mula belajar "dropship" untuk telekung solat, dan saya mencari beberapa pembekal lain untuk mempelbagaikan produk. Alhamdulillah, setiap hari kita belajar untuk menimba ilmu baru. Saya mula mencuba sesuatu yang baru, saya belajar untuk mendapatkan produk terus dari Vietnam. Dengan ini, apabila saya keluar kawasan, saya masih boleh menguruskan penghantaran dengan 'dropship' dan saya juga boleh menguruskan stok sendiri.

Berminat untuk belajar mula bisnes? Boleh mulakan dengan apa yang kita ada. Saya buka pendaftaran bagi yang ingin belajar asas bisnes online dan belajar memulakan bisnes secara dropship menggunakan medium percuma seperti blog dan facebook. Pendaftaran adalah setiap hari. 

Boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com    


KEKUATAN NETWORKING

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google




Baru-baru ini saya dihubungi sahabat lama sewaktu sama-sama menuntut di UIAM dahulu. Setelah sekian lama terpisah, kini kami ditakdirkan tinggal di daerah yang sama, malah suaminya mengajar satu sekolah dengan suami saya. 

Sahabat saya bertanya tentang tudung-tudung yang dijual di Butik Al-Izzah, nampak seperti berminat. Satu persatu saya layan persis pelanggan istimewa. Akhirnya dia meminta izin untuk melihat stok tudung yang ada, suaminya lah posmen kami, he he. Beberapa hari kemudian dia bertanyakan harga tudung tersebut dan bercadang untuk mempromosikan kepada rakan-rakan di sekolahnya. Bahkan ibu saudaranya juga turut melahirkan hasrat yang sama untuk membuat promosi di tempat kerjanya. Alhamdulillah, cantiknya talian hayat yang Allah berikan. Hadirnya insan-insan berhati mulia, tanpa saya pinta. 

Dalam bisnes, selain pelanggan setia yang membantu melebarkan jaringan bisnes kita, sahabat dan kenalan juga tidak ketinggalan. Ini kerana masing-masing punya jaringan yang tersendiri dari pelbagai latarbelakang. Kelompok kecil di sana dan sini membawa mesej tentang produk yang sama, tidak mustahil akan diketahui ramai juga di suatu masa. Sebagai peniaga, jasa mereka ini harus dihargai dengan sebaiknya. Misalnya bagi pelanggan setia, saya akan berikan harga istimewa atau hadiah, dalam keadaan lain pula saya akan berikan komisyen kerana sokongan dan bantuan yang diberikan. Memang pada zahirnya nampak kurang untung dari segi wang ringgit, namun sebenarnya kita untung. Pelanggan akan suka membeli dengan kita, jaringan yang ada juga suka menjual produk kita. Cantik kan sifirnya.

Semoga Allah membalas jasa mereka dengan kebaikan.




Tuesday, 18 November 2014

JUALAN AKHIR TAHUN

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google




Assalamualaikum,

Pagi ini matahari seperti segan-segan untuk memancarkan sinarnya, membuatkan saya teragak-agak untuk menjemur pakaian. Nantilah tunggu sekejap lagi, bisik hati saya. Memandangkan pakaian untuk dijemur pada hari ini banyak, mudah-mudahan cuaca baik saja lah.

Semalam anak kedua membawa pulang fail, buku dan alatulisnya dari sekolah, menandakan sessi persekolahan tahun ini hampir tamat. Berkali-kali dia bertanya, "Nuhaa dah habis sekolah ke?". Dia belum faham, fikirnya selepas ini dah tak boleh sekolah lagi. Baginya mahu belajar dan belajar lagi, tidak mahu habis belajar.

Oh ya, berceloteh tentang akhir tahun, kebanyakan peniaga akan mengadakan jualan akhir tahun. Saya suka dengar jualan begini, he he. Selain boleh menikmati penjimatan, pilihan juga boleh tahan banyak jika kita antara pembeli terawal. Memang boleh buat stok atau persiapan untuk masa depan. Saya masih ingat akhir tahun lepas, saya dan anak-anak ada membeli baju kurung di Jakel. Ketika itu baju kurung kanak-kanak berharga RM10 sahaja sepasang. Murah kan! Memang teruja. Kami beli dan simpan untuk dipakai pada hari raya tahun ini.

Begitu juga peniaga-peniaga online, tidak ketinggalan turut serta mengadakan jualan harga istimewa. Saya agak gemar juga jika ada pembelian kombo, biasanya saya akan bergabung dengan ahli keluarga untuk satu pembelian. Jika waktu biasa harganya jauh lebih tinggi dan kami berfikir banyak kali untuk membeli, waktu inilah yang sesuai untuk memilikinya, memang jimat dari segi harganya dan juga kos penghantaran.

Bila kita nampak di sana sini ada jualan murah, memang suka lagi-lagi orang macam saya, he he. Namun sebagai pembeli bijak, kita harus berbelanja dengan berhemah, apabila harga barang boleh dibeli dengan murah tidak bermakna semuanya harus kita beli ketika jualan berlangsung. Apa pun mengikut kadar keperluan dan kemampuan. Kualiti juga harus dititikberatkan, begitu juga barang yang ada tarikh luput, berawas ya. 

SELAMAT MEMBELI BELAH, JOM JADI PENGGUNA BIJAK!



* Insya Allah Butik Al-Izzah akan mengadakan jualan istimewa tidak lama lagi. Nantikan ya.

TIP UNTUK BAPA

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Arkib ABDR







Tip untuk bapa

· Memastikan bajet yang mencukupi sama ada untuk bersalin di hospital kerajaan atau swasta.
· Tahu dan peka segala keperluan bayi dan keperluan ibu semasa berpantang.
· Sokongan kepada isteri, semasa berada di bilik bersalin. Ketika menemani isteri di bilik bersalin, saranan cara pernafasan yang betul kepada isteri. Bersama-sama berzikir semasa isteri menghadapi tempoh kesakitan kritikal.
· Tahu apa keperluan isteri semasa berpantang
· Jika perlu, bapa mengambil cuti untuk menjaga isteri semasa berpantang.
· Mencari pembantu selama isteri berpantang, untuk mengambil alih tugas urusan rumah tangga dan menjaga anak-anak yang lain.
· Tidak panik apabila berdepan banyak situasi semasa isteri berpantang seperti bentan, tumpah darah, tidur terganggu, keletihan, bayi kerap terjaga dan menangis.
· Dapatkan informasi jagaan pantang daripada ibu dan ibu mertua.
· Hargai isteri dengan menghadiahkan set bersalin, buku, bunga atau apa sahaja sebagai menghargai perngorbanan isteri melahirkan anak.

Senarai kelengkapan untuk berpantang
· Kelengkapan berpantang untuk ibu
· Kelengkapan untuk bayi
· Kelengkapan ubatan, peralatan semasa berpantang
· Senarai resipi sihat semasa berpantang
· Informasi melalui buku, pantang larang semasa berpantang, mitos yang boleh dan tidak boleh
· Senarai rawatan, berdasarkan bajet (termasuk bajet keseluruhan bersalin dan persediaan lain)

Baca lagi dalam ebook panduan lengkap 44 hari berpantang. Hanya RM30.


Untuk pembelian, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com    

Monday, 17 November 2014

CIPTA KEJAYAAN

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi




Pantasnya masa berlalu, kini anak-anak sudah berada di minggu akhir persekolahan, masing-masing sudah tidak sabar untuk bercuti panjang. Sebelum menutup tirai sessi persekolahan tahun ini, masing-masing sibuk mengingatkan saya dan suami tentang majlis penyampaian hadiahnya. Anak sulung akan mengambil hadiah di sekolah kebangsaan dan sekolah agama, manakala anak kedua akan menyertai persembahan di majlis graduasi PASTI, tidak pasti kedudukan Nuhaa di tempat ke berapa dalam kelasnya kerana tiada peperiksaan untuk 4 tahun, hanya ada penilaian sepanjang tahun. Tunggu dan lihat sahaja khabar di hari yang amat dinanti itu.

Seawal semalam saya sudah mula menyediakan pakaian untuk anak sulung di hari anugerahnya. Serba lengkap dari hujung rambut ke hujung kaki. Ketika itulah kenangan lama menerpa di fikiran, dulu-dulu saya juga sangat semangat untuk ambil hadiah. Seronok naik pentas! Pakaian akan digosok selicin boleh, kasut sekolah biarpun tidak baru tetapi yang penting bersih dan putih melepak. Hati kembang setaman, gembira tidak terkira, jiwa budak-budak lah katakan.

Paling tidak boleh lupa kenangan dalam perjalanan ke sekolah, tatkala mengayuh basikal tiba-tiba ada sebuah kereta melanggar lecak lalu terpercik ke kasut saya, sudah tidak melepak lagi rupanya. Sedih rasa di hati namun apa boleh buat, ambil hadiah dengan kasut comot lah hari itu.

Kini sudah bertahun-tahun kenangan itu berlalu, giliran anak-anak pula merai kejayaan. Bukan kejayaan sebenar itu diukur dengan naik pentas semata-mata, itu hanya juzuk kecil sahaja. Yang penting ilmu yang dimanfaatkan, baik akhlak, menghormati guru dan mengasihi orang lain. Namun mencipta kejayaan kecil akan mendorong untuk mencipta kejayaan besar di masa depan. Semoga anak-anak berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

Saturday, 15 November 2014

RAHSIA OAT UNTUK KULIT

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google




Sebelum masuk tidur biasanya saya akan membersihkan diri terlebih dahulu, namun sejak beberapa hari ini ada petua baru yang saya amalkan, saya akan mencuci muka menggunakan oat. Oat? Ya, memang oat yang saya makan setiap hari itulah saya tepek dan oles di wajah. Bukan sebelum tidur sahaja, malah saya juga melakukannya di siang hari.


Aktiviti baru ini bermula ketika saya dapati oat yang dalam simpanan sudah berkutu. Saya agak geli untuk memakannya kerana bukan setakat kutu, saya terasa seperti ada telur-telur kutu dalam bungkusan tersebut. Sayang juga untuk dibuang, dengan pantas saya mencari maklumat rahsia oat di internet. Baru saya tahu khasiat oat untuk kulit.

Seperti yang kita tahu, oat mengandungi serat larut yang mampu menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan. Rupanya kebaikan oat pada kulit ia mampu menyerap minyak di wajah dan melembabkan kulit secara semulajadi. Oat amat sesuai untuk kulit kering hinggalah berminyak. Wow, ilmu baru yang saya dapat. Bila saya amalkan beberapa hari ini, terasa juga kurang berminyak kulit muka saya berbanding biasa. Saya juga gunakan oat sebagai skrub untuk bahagian kulit yang lain. Caranya mudah sahaja, ambil satu sudu oat dan letak beberapa titisan air, bila oat sudah kembang dan basah sapukan pada wajah dan bahagian kulit yang dikehendaki. Jika ada madu atau yogurt, boleh tambahkan pada bahan sapuan tadi, itu lebih baik.

Seronok juga mencuba petua baru ini, kos tidak banyak, kulit pun terasa selesa. Mudah-mudahan saya konsisten, kalau hangat-hangat tahi ayam mana nak nampak hasil kan. Apa-apa pun jika kita konsisten insyaAllah ada kebaikannya.

KUMPULAN SOKONGAN PARA SURI -ABDR

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar :Arkib ABDR







AKADEMI BEKERJA DI RUMAH [ABDR]
Kumpulan sokongan untuk suri rumah dan suri bekerjaya
Kumpulan latihan suri belajar berbisnes online
Belajar mula menggunakan blog sebagai salah satu cara memperkenalkan diri pada pembaca dan bakal pelanggan
Mula belajar bisnes secara dropship

> ABDR landasan untuk suri rumah belajar berbisnes secara online tanpa perlu tinggal urusan anak dan keluarga
> ABDR landasan untuk suri bekerjaya berbisnes secara sampingan
> ABDR landasan untuk suri yang mahu bergelar wahm

Kami buka peluang untuk kalian bersama keluarga besar ABDR. 860 Blog alumni. Mara 1000 penyertaan.

Pendaftaran ke kelas abdr setiap hari.

Friday, 14 November 2014

TUDUNG MURAH

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi

ASSALAMUALAIKUM,

BERITA BAIK UNTUK SEMUA, SAYA SEDANG MENGADAKAN JUALAN PENGHABISAN STOK. HARGA MEMANG SANGAT MURAH. CEPAT! TIADA RESTOCK.











REMINDER: Sila basuh berasingan dari pakain lain
kerana warna awning corduroy mungkin luntur apabila dibasuh

HARD awning
Material:
Body: Lycra Korea + Renda
Awning: Corduroy
Size: XL

Measurements:
Labuh depan: 20-22"
Labuh belakang: 29.5-31"
Lebar bawah: 37-39"
Saiz muka: 11-11.5"

Please expect some differences from the measurements given
Actual colour may vary from photo due to lighting & screen settings

RM59 ----> RM30 (tidak termasuk pos)
SMS/ WA 0193991809



BELAJAR PROMOSI

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar :  Arkib ABDR


Tips asas blog, meninggalkan nama kita pada jejak google dan memudahkan carian pelanggan. Pelanggan suka beli melalui usahawan online yang dikenali, ini sangat penting bagi suri yang sangat baru dan baru membina tapak untuk jualan online.

Tips jejak google
1. Nama kita sebagai penjenamaan
2. Email juga penjenamaan
3. Blog

Tiga perkara di atas sangat penting membina tapak kita dalam carian google
sekarang letak nama masing-masing, sudah timbul atau belum
jangan letak nama pelik-pelik, nama kitalah yang perlu kita jenamakan dan pasak dalam carian google
Perkara pertama sebelum create blog, daftar dahulu email berdasarkan nama sendiri mengikut ic.

Networking juga sangat penting dalam jaringan bisnes, dan penulisan di blog
Belajar membina blog berpengaruh dalam kelas online blog ABDR
Kami terima pendaftaran setiap hari. Mula daftar belajar bagaimana blog sangat mempengaruhi jualan produk kita.


Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com    

JOM BELAJAR AKAUN

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Arkib ABDR




Pendaftaran bagi bulan November sudah dibuka!

Belajar urus akaun bisnes kecil atau akaun sendiri.
Grup Coaching.

Tarikh: 27 Nov 2014, Khamis.
Topik:
1. Asas Bisnes
2. Asas Dokumen Bisnes
3. Asas Merekod Akaun

Hari pilihan: Isnin- Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00tgh
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com   

KASIH IBU BARU

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google




Dingin sungguh pagi ini, kedinginan hujan semalam masih tersisa. Menjelang akhir tahun begini hujan turun hampir setiap hari, menandakan musim tengkujuh bakal menjelma lagi. Anakanda Hariz setia menemani mama di SOHO, awal pagi dia sudah mencelikkan mata, menyambung kerjanya yang tidak sudah-sudah.

Alhamdulillah masih diberi peluang mendidik dan membesarkan anak-anak sendiri. Bukan sikit-sikit sabar yang diperlukan, malah segunung kesabaran perlu ada untuk memikul amanah ini. Kasih ibu itu unik, walaupun seorang ibu itu marah, tetapi itu marah-marah sayang. Ada masa anak dimanja, dipuja, ada masa juga anak ditegur dan dimarah tetapi masih dalam sempadan kasih seorang ibu. Proses membesarkan anak memberi pelajaran baru buat ibu setiap hari.

Namun kata-kata anak di dua situasi membuat mamanya tersenyum simpul. Ternyata si anak mahukan ibu baru menggantikan ibunya sedia ada. 

*SITUASI 1
Ketika duduk-duduk bersama baba, si anak berkata, "Kawan kakak kat sekolah nak dapat mak baru, ayah dia kawin lagi, kakak pun nak mak baru la baba".

*SITUASI 2
Saya sungguh letih dengan pelbagai ragam anak hingga akhirnya saya buat-buat ayat, "Biarlah mama pergi ye, best tak kalau dah takde mama?". Si anak menggelengkan kepala, kemudian menyambung lagi, "Boleh dapat mak baru!". 

Aduhai anak, tidak kau mengerti luasnya kasih ibumu melebihi apa yang kau fikirkan, dalamnya kasih buatmu melebihi lautan. Manakan sama kasih ibu baru dengan kasih ibu yang telah mengandungkan, melahirkan, menyusukan dan membesarkan dan mengajar erti kehidupan. 

Ibumu tidak mengambil hati atas kata-katamu itu lantaran kau masih belum upaya membezakan kaca dan permata. Namun ibumu mengambil pengajaran agar perkemaskan lagi ilmu keibubapaan seiring dengan pertambahan usia cahaya-cahaya hati dan perubahan cabaran masakini. Semuanya cabaran buat seorang ibu. Doa dari nurani mama, semoga semua anak-anak sentiasa dalam lembayung rahmat Allah dan bahagia dunia akhirat. Ya, mama terus berdoa kerana mama tahu doa ibu lah antara doa mustajab.

Monday, 10 November 2014

DARI KERANA MINAT

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google








Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Isnin yang cerah dan ceria bersama sinar mentari. Syukur masih diberi peluang meneruskan kehidupan, mengumpul bekalan dan saham untuk ke sana. Saya selalu terkenangkan hari kiamat, hari kematian, menakutkan bukan. Namun itu benar-benar pasti, janji dari Allah. Semoga kita semua dikurniakan husnul khotimah. Amin.

Saya dahulunya pelajar Bahasa Arab UIAM, sangat sukakan subjek Bahasa Arab sejak di bangku sekolah, menyambung ke peringkat Master juga dalam jurusan yang sama, cuma pengkhususan Terjemahan. Saya juga sangat suka bidang terjemahan. Dalam sela waktu sakit mata ini, saya ada menolak tugas terjemahan kerana tidak dapat memberi komitmen dengan baik. Namun dari hari ke hari saya menyelak helaian kamus dan merujuk kamus di internet untuk rujukan sendiri. Seronok bermain dengan perkataan, dari satu patah perkataan boleh bercambah menjadi berbagai bentuk dan berbeza maksudnya. 

Sepanjang tempoh menjadi penterjemah sambilan, saya tertarik dengan nama-nama yang tertera dalam dokumen. Nama tersebut saya harus tulis ke tulisan jawi dan perlu merujuk beberapa kamus untuk kesahihan dari segi ejaan dan maksudnya. Pencarian yang unik kerana beberapa nama yang biasa diguna dan sedap didengar tidak saya temui maksudnya. Bertitik tolak dari itu, saya semakin rajin meneliti perkataan dan nama-nama untuk menambah pengetahuan saya di samping mendapatkan kesahihan maksud dan ejaan sebenar.

Hari ini saya masih dengan kamus-kamus saya, setiap hari ada penemuan baru. Alhamdulillah, memang benar semakin banyak kita belajar, semakin banyak rupanya yang kita tidak tahu. Suami memberi cadangan agar saya menulis buku panduan nama-nama yang betul ejaan dan maksudnya. Saya perhatikan sudah banyak buku nama di pasaran namun sejauh mana kesahihannya saya belum habis kaji. Insya Allah saya akan lawati kedai-kedai buku untuk berkenalan lebih lanjut tentang isi buku nama yang ada. Mana tahu ada kelompongan yang boleh saya isi dengan ilmu sekelumit ini, setidak-tidaknya boleh dimanfaatkan bersama orang lain. 

Saya masih mengkaji, mudah-mudahan Allah mudahkan kajian saya. 

Thursday, 6 November 2014

TERJEMAHAN ARAB OH TERJEMAHAN ARAB

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google



Semalam anak kedua tidak ke sekolah kerana sakit mata, saya kuarantin di rumah. Hari ini saya dan anak bujang pula menerima nasib yang sama. Berjangkit lah ni. Sejak malam tadi mata terasa tidak selesa, bangun pagi mata bertukar menjadi mata zombi he he.

Tika di dapur, saya dapat panggilan masuk dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, alhamdulillah ada kerja terjemahan untuk saya. Saya memang suka! Biasanya saya terjemahkan dokumen seperti sijil lahir, kad pengenalan, sijil peperiksaan, lesen tetapi kali ini surat rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya suka mencuba, sambil belajar dan menimba pengalaman. Maka tugas tersebut saya terima, saya fikir ia tidak banyak dan benda baru bagi saya. 

Usai menyiapkan tugas wajib di rumah, saya mula menyemak emel dan meneliti bahan terjemahan. Nampak ok pada pandangan pertama, namun kudrat saya semakin terbatas, sakit mata dan kelesuan semakin terasa. Saya berfikir semula tugasan tersebut, mahu teruskan atau batalkan, akhirnya saya akur dengan keupayaan waktu ini. Segera saya mencapai telefon dan batalkan niat untuk teruskan tugas tersebut. Jauh di sudut hati terasa terkilan, namun yakinkan diri insyaAllah ada rezeki di lain kali. Bukan wang semata-mata yang saya cari, saya cintakan dunia terjemahan, tambahan pula tugasan seumpama hari ini belum pernah saya buat.

Internet pula meragam di sebelah petang, satu kerja pun tidak menjadi. Maka saya ambil peluang merehatkan diri, mengurangkan kelesuan yang melanda. Semoga sakit ini segera sembuh, pergi bersama dosa-dosa yang lalu. Sesungguhnya Allah Maha Memberi dan Maha Menyembuhkan.

ADELIA YANG ISTIMEWA

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hari ini bersiaran seperti biasa di SOHO, rumah tercinta. Kudrat agak terbatas hari ini kerana sakit mata. Rasa tak lalu nak buat apa-apa kerana seluruh anggota terasa sakit, rasa macam demam. Tapi, apakandaya pada siapa nak diharap, diri yang sakit harus kuat untuk menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Anak-anak turut sakit mata berjangkit dari anak kedua, maka berkurunglah kami buat sementara waktu.

Walaupun mata dan badan sakit, Alhamdulillah Butik Al-Izzah tetap sihat. Hari ini ada tudung baru lagi, istimewa buat peminat denim. Biasa lah citarasa kita berbeza, ada yang suka lycra, chiffon, cotton dan juga denim. Istimewanya kali ini ada saiz L dan XL. Nampak eksklusif tudung ini dengan gandingan beberapa warna denim dan dihiasi lapisan tambahan denim di hujung tudung. Sesuai untuk majlis rasmi atau aktiviti santai. Harga bagi L ialah RM50 manakala XL RM55 tidak termasuk pos.








Untuk album penuh, boleh layari page Butik Al-Izzah atau blog Butik Al-Izzah. Dibuka untuk pembelian runcit dan borong. Istimewanya anda boleh borong campur di Butik Al-Izzah, campur pelbagai koleksi tudung dengan harga istimewa.

Stok adalah terhad, hubungi saya sekarang ya. 
SMS/WA 0193991809

Tuesday, 4 November 2014

PENGALAMAN BISNES TANPA MODAL

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi

Tika ini saya sedang mengemaskini fanpage bisnes saya, memang menjadi satu rutin harian, adat orang berbisnes kan, kedai harus dibuka setiap hari. Namun dalam seminggu dua ini jadual harian agak terganggu kerana komitmen dan tugasan lain yang lebih memerlukan saya. InsyaAllah tidak lama lagi rintangan ini akan berakhir dan saya akan fokus semula seperti biasa. 

Menyingkap kembali pembabitan saya dalam bisnes ialah sebagai ejen dropship sahaja dan berterusan sehingga kini. Jika dahulu saya bermula dengan baju muslimah, kini kian bertambah dengan busana muslimah yang lain seperti tudung, shawl, jubah dan baju kurung moden. Alhamdulillah hampir lengkap lah koleksi muslimah di Butik Al-Izzah, memberi lebih pilihan bagi pelanggan yang singgah. 

Kenapa saya pilih dropship?
Suka untuk saya nyatakan bahawa saya sudah jatuh cinta dengan cara bisnes ini. Tanpa perlu mengeluarkan modal, tanpa mengurus stok dan boleh dikatakan kurang lelah berbanding membangunkan bisnes yang baru. Hanya perlu kuasai pemasaran dan promosi menggunakan medium yang ada. Berbekalkan ilmu yang dikutip dan kerjasama kumpulan sokongan pembekal, saya belajar sedikit demi sedikit tentang dunia bisnes.

Ada beberapa kriteria yang saya pertimbangkan sebelum menjadi ejen dropship, antaranya memilih pembekal yang menawarkan komisyen agak tinggi, pembekal yang aktif dan produktif serta menyenangkan hati untuk saling bekerjasama dalam banyak keadaan. Alhamdulillah Allah mudahkan laluan untuk itu, tinggal hanya saya untuk fokus dan konsisten dengan bisnes yang ada. 

Dalam indahnya menguruskan bisnes dropship di Butik Al-Izzah, terselit juga pengalaman duka, namun saya terima sebagai rencah dunia bisnes. Saya pernah dilemparkan kata-kata tidak enak oleh pelanggan kerana barang yang diterima tidak sempurna di matanya. Benar, sebagai ejen dropship saya tiada kuasa untuk memilih bagi pihak pelanggan saya, namun saya masih boleh suarakan permintaannya kepada pembekal. Tetapi cabaran tetap ada kerana tahap kecerewetan manusia terlalu subjektif, di sini lah masalah utamanya. Jika elok di mata pembekal, di mata pelanggan belum tentu lagi. Sedaya upaya saya tangani meskipun mengalami kerugian sedikit asalkan hati pelanggan dapat dibeli. 

Adakalanya, barang yang ditempah oleh pelanggan sudah dibayar, tetapi pembekal lewat memberitahu bahawa barang tersebut tiada dalam stok. Masalah ini adalah disebabkan dari sistem yang kadangkala agak terganggu terutama ketika membeli belah di waktu kemuncak. Masalah ini juga boleh terjadi jika pihak pembekal tersilap mengira kuantiti sebenar sesuatu produk, faham sahaja lah kuantiti bagi satu produk sahaja beratus-beratus, mungkin ada khilaf di situ. Bagi saya tentu memahami keadaan tersebut, tetapi sukar untuk memahamkannya kepada pelanggan. Sedikit demi sedikit saya belajar menangani situasi di luar jangkaan seperti ini.

Setia saya masih di sini, bisnes tanpa modal. Esok-esok belum tahu lagi. Saya bersyukur dengan cara ini saya dapat memulakan langkah pertama dalam bisnes. Yang penting niat, minat dan ilmu harus seiring. Bukan namanya hidup jika tidak dilanda ujian, apa pun harus bersabar. Pada pendapat saya tetapi mungkin berbeza dengan orang lain, tidak perlu mengejar gah dengan kedai fizikal dan produk yang pelik-pelik, bermula dengan apa yang ada sahaja. InsyaAllah mampu lebih melangkah lebih jauh.











Monday, 3 November 2014

PESANAN DOKTOR GIGI

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google



Alhamdulillah hajat untuk ke klinik pergigian akhirnya tercapai selepas beberapa kali tertunda. Hajat lebih besar kali ini ingin membawa anak-anak berjumpa doktor gigi. Meskipun tiada kerosakan gigi yang teruk, namun itu sebagai persediaan untuk anak-anak di masa hadapan. Memberi pendedahan awal kepada mereka tentang penjagaan gigi serta memberi keyakinan agar tidak perlu takut pada doktor gigi.

Doktor gigi berkenaan adalah adik ipar saya, satu bonus besar kerana tidak perlu bersusah payah memujuk anak-anak memeriksa gigi kerana umpama perjumpaan biasa bersama ibu saudara mereka, cuma lokasinya sahaja berbeza. Gigi anak pertama dan kedua saya perlu ditampal untuk memberi lebih ketahanan sementara menunggu gigi kekal, gigi anak ketiga memuaskan dan hanya diperiksa sahaja. Alhamdulillah semuanya memberi kerjasama yang sangat baik, membuang persepsi awal doktor tentang kanak-kanak tersebut.

Giliran ibu mereka pula diperiksa, alhamdulillah ok. Saya minta satu gigi ditampal kerana rasa tidak selesa. Selama ini saya rasa gigi saya perlu dicuci kerana sudah lama tidak dicuci lantaran banyak kali tertangguh untuk membuat pemeriksaan rutin. Rupanya saya tersilap, menurut doktor gigi tersebut, gigi tidak perlu dicuci selalu, hanya mengikut keperluan dan keadaan gigi seseorang. Tetapi jika diminta oleh pesakit, doktor akan tunaikan. Wah, jika di klinik swasta sudah tentu menjadi bonus bagi doktor gigi kerana bayaran untuk cuci sahaja sudah mahal.

Sebelum pulang, beliau memberi penerangan tentang cara menggosok gigi yang boleh memberi kesan terhadap gigi seseorang. Antaranya gigi boleh menjadi haus jika menggosok gigi dengan kuat dan jika menggunakan berus gigi yang keras. Amat bahaya jika gigi menjadi haus, lambat laun gigi akan patah kerana sudah tidak stabil bentuknya.

Alhamdulillah dapat ilmu baru hari ini. Setiap hari gosongkan gelas untuk menimba ilmu baru. Begitu juga di Akademi Bekerja Di Rumah, dengan jaringan sudah 890 ahli, setiap hari sungguh mengujakan. Walaupun hanya di alam maya, kebersamaan sungguh terasa, masing-masing saling berkongsi nasihat, tips, ilmu kepakaran dan kemahiran. Bayangkan setiap hari ada sahaja mutiara-mutiara ilmu dititip melalui blog, kayanya saya punya rakan jemaah seramai ini, kaya juga dengan ilmu.

Bagi yang ingin menyertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah, ayuh mulakan langkah pertama hari ini. Siapa yang boleh sertai ABDR?

Sasaran utama untuk 3 golongan suri ini, insya Allah.
1. Suri rumah yang mahu jana pendapatan
2. Suri yang berhenti kerja, mahu bergelar wahm
3. Suri bekerjaya yang mahu pendapatan sampingan


Kami bantu, beri sokongan dan galakan bagaimana hendak mula. Mula dengan yang paling asas. Dengan modal paling minima, belajar timba ilmu dan belajar pula untuk dapat semula modal, dan untung bersih.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com  

Saturday, 1 November 2014

BENGKEL AKAUN ABDR (OFFLINE)

Teks : Norhafizah Abd Hadi

Tarikh: 8 November 2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Masa: 9.15pg -5.15 petang

Yuran hanya RM199 seorang
Harga biasa RM220
Tempat sangat terhad.

Makan tengahari dan air mineral disediakan.
Sijil akan diberikan kepada setiap peserta.

Modul
1. Pengenalan Buku Kira-kira and Perakaunan
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh usahawan
3. How to do record keeping yang betul (Lejar, untung, rugi dan balance sheet)
4. Pengenalan kepada Asas Kos dan Meletakkan Harga pada satu-satu produk.
5. Akaun untung atau Rugi. Syarikat anda UNTUNG atau RUGI????
6. Case Study (Merangkumi penyediaan akaun penuh) - hands on task.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com  
DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014