Friday, 31 October 2014

TUDUNG AMANDA

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi




Assalamualaikum,

Khas buat peminat tudung saiz L, akan datang di Butik Al-Izzah, Tudung Amanda. Tudung 3 lapis yang sangat cantik dan menarik, istimewanya tudung ini menggunakan material lycra dan chiffon. Lebih menarik lagi, tambahan ropol chiffon di keliling tudung.

Nantikan di Butik Al-Izzah, hanya RM60 tidak termasuk pos.

KELAS AKAUN ABDR

Teks : Norhafizah Abd Hadi

Kesalahan biasa pemula wahm
-tidak ada rekod
-tidak tahu aliran kewangan
-tidak pandai jejak sumber
-tidak tahu menyimpan rekod
Proses merekod setiap transaksi secara daily basis
BOOK KEEPING....
DAILY TRANSACTION
RECORDING IN CHRONOLOGICAL ORDER


Ahad ini akan berlangsung lagi satu sesi kelas online
Masih ada 2 tempat kosong lagi ya.

2 Nov 2014, Ahad
9.30am-12.30pm
Sesi online selama 3 jam


Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - untuk 2 modul

 Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook: https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9

SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com  

Thursday, 30 October 2014

LEMPENG KESUKAAN KAMI

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi




Alhamdulillah terjaga dari tidur rasa segar sedikit walaupun melelapkan mata buat seketika. Menidurkan si kecil, ibu turut sama belayar. Susah nak elakkan tertidur tu, asalkan tidurkan anak ibu pun tumpang mata sekali, jika menidurkan sambil menyusukan lagi lah sampai ke bulan jawabnya.

Bangkit dari katil terus menuju ke dapur, mencari idea apa nak dimasak untuk juadah petang. Teringin pula nak makan lempeng, rasanya sudah beberapa tahun tidak buat lempeng. Lempeng memang kesukaan kami sekeluarga, namun proses membuatnya yang agak lama, saya kalah dengan keadaan. Tidak larat mahu membuat satu persatu, menikmatinya memang laju cepat sahaja habis. Alhamdulillah kebetulan bahan semua ada ditambah kerajinan datang bertandang, saya masak lempeng cicah sambal ikan bilis petang ini. Oleh kerana sambal agak pedas, anak-anak lebih suka cicah susu pekat.

Terpancar wajah girang gembira anak-anak ketika menikmati lempeng, memang sudah lama ibunya tidak buat, masing-masing melepas gian. Saya terpaksa menghadkan makan lempeng petang ini kerana anak-anak makan dengan penuh selera. Tidak mengapalah ibu utamakan perut anak-anak dahulu.

Alhamdulillah anak-anak suka, ibu turut gembira. Bahagia dapat menggembirakan anak-anak dan suami hari ini. Kami tidak mengambil nasi hari ini untuk hidangan malam, cukup kenyang makan lempeng air tangan ibu. Selesai bersilat, berlari, kami siap-siap bersihkan diri dan bersedia untuk solat maghrib bersama. Usai solat, anak-anak dan suami terus ke surau sekolah untuk kelas mengaji pula bersama anak didik di kawasan sini. Saya menghela nafas lega sambil menyudahkan tugas-tugas si SOHO tanpa gangguan 3 budak kenit.

Alhamdulillah, hidup ini bahagia bila membahagiakan orang lain.


Wednesday, 29 October 2014

GANJARAN UNTUK DIRI SENDIRI

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google




Alhamdulillah, baru pulang dari  salun spa tika ini. Badan rasa segar sedikit, rasa lebih selesa. Pemilik salun menawarkan khidmat lain memandangkan tiada pelanggan ketika itu, saya menolak dengan baik kerana hari sudah lewat. Harus pulang segera kerana esok peperiksaan si kakak bermula. 

Sebenarnya sudah lama hasrat ingin berurut tetapi asyik tertangguh dengan pelbagai aral. Terasa sakitnya seluruh badan, siang malam gunakan kudrat yang ada tanpa henti, wahm lah katakan. 

Terapi seluruh tubuh ini amat perlu bagi semua suri tidak kira suri bekerja di luar atau suri bekerja di rumah. Isteri dan ibu perlu kekal sihat dan cergas untuk mengekalkan kebahagiaan seisi keluarga. Bayangkan jika isteri jatuh sakit, boleh pincang sedikit perjalanan harian rumahtangganya. Suami dan anak-anak turut terkesan. 

Sessi terapi ini juga adalah satu ganjaran untuk diri sendiri. Peruntukkan masa untuk diri sendiri dibelai dan dimanja dengan urutan yang menyegarkan. Setelah bekerja 7 hari seminggu, 24 jam sehari, sekali sekala mencari ketenangan di luar tentu mencetuskan perasaan yang berlainan. Jika kalian sudah lama tidak berurut, cuba lah! Pasti lebih nyaman dan mood lebih bahagia.


Saturday, 25 October 2014

BUAT SEBELUM TERLAMBAT

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google


Suatu pagi sedang saya menyapu ruang tamu, mata dan telinga menangkap mutiara-mutiara yang jatuh dari bibir seorang ustazah di televisyen. Sangat menarik topik itu, santapan lazat rohani untuk hari itu, tentang harta pusaka. Teringat dulu sewaktu menetap di Sabah, pernah juga mendengar seorang ustaz mengupas topik ini. Sangat terkesan di hati mendengarnya, terutama bahagian harta bagi seorang isteri yang kematian suami. 

Baru-baru ini suami ada menceritakan kisah seorang wanita yang kematian suami dan nasib malangnya bersama anak-anak selepas ditinggal pergi. Sungguh sayu. Wanita tersebut menjadi mangsa kejahilan ipar-iparnya. Harta yang sepatutnya dia dan anak-anak dapat, hanya tinggal angin sahaja. Walaupun beliau ada kelebihan bekerja tetap, namun gajinya masih dikira kecil untuk menampung segala perbelanjaan seorang diri. 

Kisah penuh tragis ini tidak harus berhenti di sini, semua pihak harus mengambil pengajaran dan dilanjutkan dengan tindakan. Nasib seperti wanita ini boleh menjadi lebih baik dan lebih beruntung jika semasa suami masih hidup sudah merancang pembahagian harta untuk insan-insan tersayang selepas ketiadaannya. Dengan konsep hibah, insyaAllah kehidupan lebih harmoni dan ikatan kekeluargaan juga erat terjalin. Tidak ada istilah merampas hak orang lain kerana pemberian (hibah) sudah dibuat awal dan dengan kerelaan hati yang memberi.



Para suri tentu maklum,
---> bahagian harta seorang isteri yang ditinggalkan bersama anak-anak (anak lelaki/ anak perempuan/ anak lelaki dan anak perempuan)

--->  bahagian harta seorang isteri yang ditinggalkan dalam keadaan bermadu

--->  bahagian harta seorang isteri yang ditinggalkan sedangkan adik beradik suami dan ibu bapa mertua masih hidup

Banyak lagi keadaan yang timbul atas nama pembahagian harta pusaka, namun beberapa keadaan di atas cukuplah menjadi contoh menggambarkan urusan yang rumit tanpa wasiat semasa hidup. Sungguh rumit. Tambahan pula jika pasangan ada mengambil anak angkat atau mempunyai kerabat yang duduk serumah yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.



Apa yang boleh kita lakukan ialah dengan wasiat dan merancang pembahagian harta dengan berkesan, bukan hanya para suami, malah setiap yang masih berpeluang melakukannya. Menyingkap bonus hibah (pemberian harta semasa hidup tetapi hanya berkuatkuasa apabila pemiliknya meninggal dunia), bukan sahaja harta tersebut dapat diberi kepada anak, isteri dan ahli keluarga, malah sesiapa sahaja atau menyumbang kepada badan kebajikan. Dari satu sudut tanggungjawab sudah dilunaskan dan dalam masa yang sama menjadi sedeqah jariah bagi pemilik harta tersebut.

Sungguh benarlah kehidupan di alam sana berkait rapat dengan kehidupan di dunia, bukan sahaja amal dan bekalan bahkan apa yang ditinggalkan. Harapan kita, siapa yang akan kita tinggalkan dan apa yang bakal ditinggalkan akan menjadi saham di akhirat sana. Jika kita mampu senyum pada hari ini, kita juga berdoa dan berharap agar kelak lebih bahagia abadi. Peringatan buat diri dan yang sudi menerima peringatan, BUAT SEBELUM TERLAMBAT.

Selamat tahun baru 1436H.
Suri di rumah.



Friday, 24 October 2014

PELANGGAN SUKA!

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Arkib Akademi Bekerja Di Rumah


Alhamdulillah masih diberi peluang meneruskan kehidupan, menambah saham di akhirat sana. Semalam adalah hari cuti umum, Deepavali. Walaupun cuti, peniaga online seperti saya tetap buka kedai, cuma bersifat lebih santai dan fleksibel. Ada tudung baru di Butik Al-Izzah semalam, alhamdulillah saya sudah kemaskini fanpage dan blog untuk tatapan semua. 

Tidak lama selepas mengemaskini fanpage, saya dihubungi seorang pelanggan yang pernah membeli tudung sebelum ini. Beliau berkenan dengan tudung keluaran terbaru tersebut dan cuba membeli hati saya untuk dapatkan harga istimewa. Iya, siapa tidak mahu harga istimewa kan, dan siapa tidak suka pelanggan tetap datang lagi dan lagi.

Sudah menjadi satu kemestian setiap pelanggan yang membuat pembelian ulangan akan saya beri diskaun, jika beli lebih banyak, lebih banyak diskaun. Selepas memberi penjelasan, beliau sangat teruja dan terus memberi kod-kod tudung yang menjadi pilihannya. Beliau juga mahu mengajak rakan-rakan lain membeli tudung secara borong di butik online saya, alhamdulillah, bonus untuk dirinya dan juga saya.

Nampak kan, jika kita menghargai pelanggan, pelanggan akan suka. Tips ini ada disebut dalam ebook terbaru Puan Masayu Ahmad, RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN, USAHAWAN ONLINE bahkan lebih banyak lagi yang boleh digali untuk dijadikan sebagai panduan. Perkongsian menarik dari penulis disusun dalam beberapa bab, iaitu:

Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online
Bab 1: Urusniaga Online
Bab 2: Mengembirakan Pelanggan
Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan
Bab 4: Menawan Hati Pelanggan
Bab 5: Menghargai Pelanggan
Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan
Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional
Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati
Bab 9: Tingkatkan Bilangan Pelanggan Setia
Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira




Miliki ebook ini dengan harga promosi RM30, harga selepas ini RM50.
Tawaran tinggal untuk 38 orang sahaja lagi, promosi bulan ini beli 1 ebook, boleh pilih satu lagi ebook bonus. Selepas ini harga untuk ebook ini adalah RM50. Terima kasih pada yang sudah memiliki ebook ini. Edisi kemaskini lebih padat akan diberikan juga pada 15.11.2014. Insya-Allah.

Untuk pertanyaan dan pembelian, boleh hubungi saya melalui:

Facebook: https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9

SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com  




Wednesday, 22 October 2014

UTAMAKAN TEKNIK JUALAN YANG BERKHEMAH

Teks: Norhafizah Abd Hadi
Gambar: Arkib ABDR

Assalamualaikum, 

Masak apa suri sekalian hari ini? Seronok melihat juadah para suri, nampak istimewa dan hebat. Mana tidaknya, tangan yang menyediakan penuh rahmah dan mawaddah, saya yang melihat juga turut kecur liur. Terhutang budi rasanya kerana saya juga dapat idea nak masak apa kala melihat entri-entri masakan suri sekalian.

Teringat saya sewaktu makan tengahari semalam, suami membuka kembali kisah beli sayur di pasar minggu baru-baru ini. Si penjual melaung sekuat-kuatnya, "RM1! RM1!". Kebetulan kami sedang berada di situ, kami terus memilih beberapa jenis sayur. Saya suka mendengar harganya bukan kerana harganya semata-mata, tetapi kuantitinya yang tidak banyak seperti biasa, sesuai bagi keluarga kecil kami yang makan sayur hidangan kecil. 

Namun lain pula yang terjadi ketika membayar belian, harga RM1 itu hanya iklan semata-mata. Ada beberapa jenis sayur yang bukan berharga RM1 diletak bersama sayur berharga RM1. Geramnya kami bukan kepalang, namun hanya menggelengkan kepala. Mujur kami tidak beli banyak di situ, hanya 2 ikat, bayar saja lah. Dalam hati, sungguh membara!

Saya faham dunia pemasaran dan cara penjual itu memikat pelanggan, namun harus ada etikanya. Penjual haruslah memberi sebagaimana tawaran yang dijanjikan. Bermain dengan strategi pun tetapi bukanlah cara yang menyakiti hati pelanggan. Penjual begini saya rasa harus membaca dan memiliki Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online. Saya sendiri sudah membacanya. Ebook ini bukan sahaja sesuai bagi yang baru berjinak-jinak dengan perniagaan online, malah bagi yang sudah bergelar tokey yang ingin menambah baik mutu khidmat pelanggannya.

Bagi yang ingin menambah rujukan dan bahan bacaan, boleh dapatkan ebook ini sekarang. Dapatkan harga promosi yang masih berlangsung, hanya RM30 (asal RM50), anda akan dapat bonus satu ebook pilihan dengan pembelian ebook ini. Tawaran ini akan berakhir pada bila-bila masa sahaja.

 
Untuk pertanyaan dan pembelian, boleh hubungi saya melalui:

Facebook: https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com 

Tuesday, 21 October 2014

SERLAHKAN NAMA SEBENAR

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google

Suatu hari sepupu saya dimasukkan ke sebuah hospital di mana adik saya bekerja. Keadaan beliau agak teruk kerana masalah buah pinggangnya. Pihak keluarganya mencari adik saya dan begitu juga adik ipar saya mencari sepupu untuk dilawati. Namun berlaku masalah di mana masing-masing ada nama panggilan yang berbeza dengan nama sebenar. Mereka saling mencari menggunakan nama panggilan dengan tanpa mengetahui nama sebenar. Keadaan bertambah rumit kerana adik saya yang bertugas sebagai doktor tidak dapat dihubungi kerana sedang merawat pesakit. Alhamdulillah akhirnya mereka bertemu secara kebetulan setelah puas mencari.

Kenapa perlu nama sebenar? Bukan sahaja penting dalam situasi kecemasan begitu, malah dalam kelas blog juga ditekankan betapa pentingnya menggunakan nama sebenar. Nama itu umpama kita bawa kad pengenalan ke mana-mana. Sesiapa sahaja akan mengenali kita menerusi nama tersebut. Ya, itulah aura penjenamaan atau 'branding'. Dalam masa yang sama juga kita membina kepercayaan dan kredibiliti dalam apa jua bidang yang sedang kita lakukan.

Berbeza jika menggunakan nama samaran atau nama yang pelik-pelik kerana kurang meyakinkan dan nama tersebut kurang dikenali dan kurang menyakinkan. Jika kita cuba taip 'Masayu Ahmad' di enjin carian, apa yang akan keluar? Tentunya 1001 maklumat tentang panduan bekerja di rumah bukan. Ya, Puan Masayu Ahmad yang juga pengasas Akademi Bekerja Di Rumah telah membina kredibiliti atas namanya sendiri. Itu baru satu contoh, kita boleh perhatikan nama-nama besar yang lain, banyak yang menggunakan nama sebenar berbanding nama samaran.




Apa gunanya teknik penjenamaan atau 'branding' ini? Ayuh kita belajar dalam Kelas Asas Blog bersama Akademi Bekerja Di Rumah. Bukan hanya belajar blog semata-semata, kami di akademi saling membantu menaikkan trafik kerana jaringan semakin bertambah setiap hari.

Bergabung bersama lebih 860 alumni akademi.

Kategori suri yang ingin belajar, berdasarkan apa yang ditanya.
1. Mahu meluaskan produk di pasaran online. Suri ini perlu belajar menjual di fan page dan juga di blog. Siapkan borang tempahan produk, dan gabungkan blog dan fanpage sebagai satu saluran kedai online. Bina asas ini, untuk belajar proses jual beli, dan tapak asas itu boleh dinaik taraf kepada website shopping cart apabila sudah maju.

2. Mahu belajar teknik pemasaran melalui tulisan dan mempunyai blog berpengaruh. Semua orang sudah pandai menulis, tetapi tidak tahu teknik yang betul untuk membina blog yang berinformasi. Suri kategori ini perlu belajar asas blog dan penulisan untuk membina blog berpengaruh.

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :

1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog, fan page dan mula bisnes.
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship telekung solat
- dropship produk makanan
- dropship produk islami
3. Kelas asas blog dan penulisan kreatif.
4. Kelas beriklan mudah.my.
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
6. Kelas penulisan ebook pertama
7. Pendaftaran pengurus online
8. Kelas asas wordpress


Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook: https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com 



Thursday, 16 October 2014

ULASAN E-BOOK RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN, USAHAWAN ONLINE

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Arkib ABDR



 Alhamdulillah, 

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan buat Puan Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja Di Rumah atas kelahiran e-book Rahsia Khidmat Pelanggan Online. Bertuah rasanya dapat memiliki dan membaca naskhah e-book ini dan saya anggap tepat pada masanya. 
Sejak kebelakangan ini saya banyak mendapatkan barang melalui pembelian online. Bukan sahaja mudah dan santai, malah menjimatkan. Saya juga akan mengulangi pembelian jika kualiti produk pada tahap yang bagus dan khidmat yang diberi sangat memuaskan. Kini saya turut berniaga secara online, saya juga mahu pelanggan berpuashati dengan khidmat dan jualan saya.
Satu persatu topik penting dikupas oleh penulis dalam e-book ini. Terkandung panduan yang bermanfaat bagi usahawan online yang baru bermula malah sesuai bagi usahawan tegar untuk menambah baik khidmat pelanggan. Rahsia-rahsia yang terkandung dalam e-book ini membantu kelangsungan bisnes online yang baik dan memberi kebaikan kepada dua pihak iaitu usahawan dan pelanggan dalam mewujudkan sistem perniagaan online yang sihat. Bagi yang belum memilikinya, saya sarankan untuk dapatkan sekarang juga. Satu pelaburan yang sangat berbaloi.

BUSANA SOPAN DAN ANGGUN

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi
 
Assalamualaikum semua, 
 
Masih ingat lagi baju kurung moden Raisya yang Butik Al-Izzah keluarkan baru-baru ini? Alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan. Kini bakal tiba, Wafa dengan rekaan yang tidak kurang menariknya. Yang penting patuh syariah. Sesuai untuk semua keadaan sama ada urusan rasmi, majlis kenduri kendara, ke tempat kerja dan sebagainya. 
 
Didatangkan dua rekaan iaitu A-cut dan fistail. Pastinya berbaloi dengan wang anda. 
 
Nantikan akan datang di Butik Al-Izzah!


Tuesday, 14 October 2014

SAYA JUAL INSTANT SHAWL - PART 2

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi
 
Entri ini saya muatkan pula instant shawl Rania bercorak, jemput cuci mata.
 
Instant shawl ini diperbuat daripada kain chiffon georgette dan ditambah dengan awning dari kain cotton. Harganya hanya RM65 sehelai tidak termasuk pos. Sempena jualan istimewa yang sedang berlangsung, anda boleh membelinya dengan harga borong iaitu minimum 5 helai. Sangat istimewa kerana biasanya untuk mendapatkan harga borong, pembeli harus membeli minimum 10 helai. Harga borong bagi tudung ini ialah RM56. Tawaran ini sah sehingga 18 Oktober 2014


















 

HARGA : RM65 (tidak termasuk pos)
HARGA BORONG : RM56
SMS/WA 0193991809
PM Butik Al-Izzah

SAYA JUAL INSTANT SHAWL

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi

Assalamualaikum,

Salam ceria hari Selasa buat semua. Alhamdulillah Tudung Twist Delisha mendapat sambutan yang menggalakkan, hari ini butik online saya BUTIK AL-IZZAH mengeluarkan tudung baru, instant shawl Rania. Ada bercorak dan juga kosong tidak bercorak (plain). Instant shawl ini diperbuat daripada kain chiffon georgette dan ditambah dengan awning dari kain cotton.

Harga instant shawl ini RM65 tidak termasuk pos. Sempena jualan istimewa yang sedang berlangsung, anda boleh membelinya dengan harga borong iaitu minimum 5 helai. Sangat istimewa kerana biasanya untuk mendapatkan harga borong, pembeli harus membeli minimum 10 helai. Harga borong bagi tudung ini ialah RM56. Tawaran ini sah sehingga 18 Oktober 2014.



























HARGA : RM65 (tidak termasuk pos)
HARGA BORONG : RM56
SMS/WA 0193991809
PM Butik Al-Izzah

DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014