Teks : Norhafizah Binti Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Binti Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Binti Abd Hadi
Assalamualaikum
semua,
Suatu
petang Jumaat yang sangat indah, hari yang penuh barakah, Alhamdulillah
kebahagiaan dan keceriaan milik kami sekeluarga. Hari itu kami habiskan masa
bersama di rumah sahaja. Lewat petang sebelum suami bertolak ke kelas
pengajiannya di masjid Shah Alam, kami dikejutkan dengan aksi dua orang puteri
kami. Rambut anak kedua, Nuha sudah terpotong pendek! Hasil kreativiti kakak
lah tu. Nasi sudah menjadi bubur, rambut sudah terpotong pun takkan boleh
disambung kembali. Apa pun nasihat, pengajaran dan peringatan sajelah untuk dua
orang puteri cilik itu. Dalam hati memang menahan sabar. He he.
Sejurus
itu, langsung saya bawa diri ke bilik, geram belum hilang lagi. Saya buka tablet
dan tiba-tiba ternampak emel dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).
Ya! Emel yang saya nantikan, keputusan ujian kelayakan untuk penterjemah.
Alhamdulillah saya diterima menjadi penterjemah sambilan ITBM, tidak perlu ke
pejabat, hanya bekerja di rumah. Syukur ya Allah.
Perasaan
geram dan marah tadi hilang serta merta. Kini hati bersulam ceria. Syukur doa
insan-insan mulia dimakbulkan. Rasanya apa sangatlah usaha saya, tanpa utusan
doa-doa mereka tak mungkin saya berjaya dalam ujian tersebut.
Hari
itu saya mendapat satu pengajaran, hati yang sedang panas dan bergelora mampu
sejuk serta merta bila kita alihkan fokus. Khabar gembira itu telah membawa
pergi rasa amarah saya. Alhamdulillah. Tidak guna kita layan perasaan itu
kerana syaitan amat suka bahkan mencucuk-cucuk lagi agar keadaan menjadi lebih
buruk. Nauzubillah.
Koreksi
diri, hiasi peribadi, hingga bertemu lagi di entry seterusnya, wassalam.
No comments:
Post a Comment