Teks : Norhafizah Binti Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Binti Abd Hadi
Assalamualaikum
semua,
Minggu
ini anak sulung saya menduduki peperiksaan akhir tahun bagi sekolah tadikanya.
Normalnya ibu bapa lah yang kecut perut melebihi anaknya. Saya dan suami bergilir-gilir
menemani anak mengulangkaji pelajaran. Sesungguhnya apa yang anak saya lalui
itu tidak pernah saya lakukan semasa tadika dahulu. Rasanya tengok buku masa di
sekolah sahaja, pulang rumah terus masuk alam lain.
Antara
pesanan gurunya agar tekankan pada kiraan wang syiling. Terkejut juga kami
rupanya tadika dah ada silibus wang syiling, sangka kami itu silibus sekolah
rendah. Biasanya di rumah, kami berikan dia latih tubi tambah dan tolak sahaja,
maka selepas ini bertambahlah silibus ulangkaji bersamanya.
Saya
fikir dan kenang semula, dahulu tidak pernah saya diajar mengira wang syiling
oleh ibu dan ayah. Tiba-tiba sahaja pandai sendiri he he. Oh! Teringat saya
suatu masa dahulu saya dan adik beradik yang lain kerap disuruh ke kedai
terdekat untuk membeli keperluan harian dan kadangkala pergi membeli keperluan
sendiri. Secara tidak langsung, kiraan wang syiling itu dipelajari dari rutin
tersebut.
Ya,
itu suatu masa dahulu, sekarang jarang sekali ibu bapa melepaskan anak kecil
keluar rumah apatah lagi bersendirian, malah saya juga termasuk dalam golongan
tersebut. Dunia sekarang sudah tidak selamat. Nyawa juga semakin terancam. Anak-anak
masa kini juga tidak dapat mengecapi zaman kanak-kanak ibu bapa mereka, jika
ada pun pasti di bawah pengawasan dan pemerhatian. Bunyinya seperti
terkongkong, tetapi sebenarnya lebih kepada menitikberatkan keselamatan dan
kebersamaan. Keadaan membuatkan kita lebih berhati-hati.
Ya Allah,
selamatkan lah kami dan generasi kami dari segala bencana dan musibah. Berilah kami
kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat. Amin.
Koreksi
diri, hiasi peribadi, hingga bertemu lagi di entry seterusnya, wassalam.
No comments:
Post a Comment