Gambar : Google
Assalamualaikum
semua,
Tahun
lalu, saya dan suami bakal menimang cahayamata ketiga. Alhamdulillah barang keperluan
tak perlu banyak dibeli, memandangkan barang anak sulung dan kedua masih boleh
diguna semula.
“Puan
minum susu apa?”, ujar amoi yang comel. Terhenti lamunan saya ketika membelek-belek
barang di rak sebuah pasaraya. Saya menjawab ringkas. Katanya lagi, “Susu puan
minum tu tak ada khasiat untuk perkembangan otak bayi puan. Puan nak cuba
produk kami?”. Saya kelucuan dengan kata-katanya, biasalah taktik penjual ujar
saya dalam hati.
Saya
tidak salahkan penjual tersebut, itu cara dia untuk promosi. Ada cara lain saya
amalkan untuk mendapatkan khasiat tersebut. Malah manfaatnya berganda bukan
untuk otak bayi sahaja bahkan untuk saya juga. Sememangnya kurma tidak dapat
disangkal lagi kebaikannya, bahkan Nabi Muhammad saw ada bersabda, "Berilah
makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya
wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu
menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas
pemikirannya."
Alhamdulillah saya masih amalkan
hingga sekarang ketika masih dalam tempoh menyusukan anak. Masih teringat kata-kata
amoi itu tahun lalu, alangkah indahnya jika saya sempat ceritakan amalan saya
itu kepadanya, bahkan dikira dakwah juga kan, tapi keadaan tidak mengizinkan
ketika itu.
Begitulah kadangkala kita
kejarkan sesuatu yang kita rasa hebat, tetapi makanan sunnah kita tidak sedar
kehebatannya. Jika tidak kerana khasiatnya, sekiranya kita amalkan kerana
mengikut sunnah Nabi Muhammad saw, Insya Allah ada pahalanya.
قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله
"Katakanlah,jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku, maka
kamu akan dicintai Allah”
Mari amalkan bersama, hidupkan makanan sunnah.
Koreksi
diri, hiasi peribadi, hingga bertemu lagi di entry seterusnya, wassalam.
No comments:
Post a Comment