Saturday, 12 October 2013

COCONUT SHAKE KEMBALI!

                             




Assalamualaikum semua, 

Pagi Sabtu yang lalu ada kelainan pada keluarga saya, apa tidaknya setiap hujung minggu selama sebulan kami sibuk dengan pelbagai urusan berkaitan perkahwinan dua orang adik saya. Memang berganda sedikit penatnya kerana sebelum ini biasanya seorang sahaja akan melangsungkan perkahwinan. Apa pun, alhamdulillah syukur segalanya berjalan dengan baik.

Hari ini encik suami kembali bersilat di gerainya. Pelanggan yang datang bertanya silih berganti kini boleh menikmatinya kembali kerana lama juga suami ‘bercuti’. Gerai mingguan yang baru beberapa bulan dibuka ini adalah ‘port’ kecil di restoran milik ibu mertua saya. Boleh dikatakan gerai suami saya adalah pelengkap restoran tersebut kerana gerainya menyajikan sajian ringan seperti coconut shake, air kelapa muda dan keropok lekor.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah membuka jalan rezeki kepada kami. Hari demi hari pelanggan kian mendekati destinasi makan milik keluarga ini. Kini restoran mertua dan gerai cilik suami lebih dikenali orang dekat dan jauh menerusi page https://www.facebook.com/RestoranDindingGelasBesarTgKarang



 Photo: "HARI YG SIBUK"

Alhamdulillah rezeki hari ni, mungkin ramai yg keluar pergi berhari raya, pelanggan yg x putus2 dari pagi tadi, jadi terpaksa tutup awal skit hari ni, jam 4 kami dah tutup, harap yg mana xdapat sampai ke restoran ni dapat datang di lain waktu & cuba menu2 istimewa kami.

Terima kasih semua..

Esok insya Allah gerai suami akan beroperasi seperti biasa. Jika rakan-rakan pembaca belum ke sini, pastikan anda singgah dan rasa ya!

Hingga bertemu lagi di entry seterusnya, wassalam.




No comments:

Post a Comment

DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014