Saturday 10 January 2015

PILIH DAN RANCANG YANG TERBAIK

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google
 
 

 

Alhamdulillah mentari bersinar megah, ceria memberi warna baru bagi seisi alam. Semalam seharian hujan, sejuk hingga ke tulang. Cantiknya aturan Allah, diberinya kita nikmat berterusan tanpa diminta. Lalainya manusia hingga tanpa sedar terlupa mensyukuri pemberian yang Maha Agung. Astaghfirullah.

Hari ini seperti biasa, anak sulung ada kelas mewarna jam 4 petang. Kebetulan banyak urusan yang harus diselesaikan, kami keluar awal. Makan, solat zuhur dan rehat di rumah mertua sahaja sementara menanti jam 4 petang. 

Kenderaan tidak banyak dan orang juga tidak ramai sepanjang kami membuat urusan. Alhamdulillah stok masakan untuk seminggu sudah selesai cari. Agak mudah membeli berdasarkan menu yang sudah saya senaraikan sebelum ini. Membeli atas perancangan yang ada. Walaupun saya hanya bekerja di rumah, namun tidak bermakna tidak perlu perancangan, malah itu sangat perlu.

Kami memilih hari ini kerana menjangkakan esok trafik lebih sesak dan orang mungkin ramai membuat pelbagai urusan. Keadaan yang tenang begini lebih memudahkan dan menyenangkan hati kami. Urusan selesai, hati pun girang.

Begitulah kita dengan pilihan yang ada, selain memilih kita juga merancang yang terbaik. Pilih dan susurilah haluan yang terbaik buat kita. Namun jika tersasar ingatlah Allah sentiasa memberi peluang dan ruang untuk membaiki segala kekurangan yang ada. Allah selalu ada.

No comments:

Post a Comment

DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014