Sunday, 4 January 2015

SALURKAN INFO, BUKAN SEKADAR JUAL

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google




 
Hari ini saya disapa seseorang di aplikasi WhatsApp bertanya tentang tudung, riaknya seperti mahu membeli. Malangnya semua kod yang diberi sudah habis. Ada sedikit kecewa pada nada jawapannya. Mungkin bukan rezekinya untuk kali ini.

Semakin hari semakin mesra perbualan antara kami. Menurut beliau, ini pertama kali beliau ingin membuat pembelian secara online, sebelum ini jika sukar mencari tudung yang diminati beliau akan menempah dengan tukang jahit sahaja. Agak mahal juga kosnya kerana beliau memakai tudung bersaiz xl. Dalam hati saya ada sedikit berdebar mendengar pengakuan pelanggan ini baru berjinak-jinak dengan pembelian online. Dengan kemesraan yang terjalin antara kami, saya mengambil peluang menerangkan serba sedikit kebaikan dan kekurangan pembelian online kepadanya. Alhamdulillah beliau menyambut baik penjelasan saya. 

Mengikut pengalaman terdahulu, saya menghadapi masalah berhadapan dengan pelanggan yang baru berjinak-jinak membeli-belah secara online. Bukan salah membeli secara online, tetapi sikap sesetengah pembeli yang tidak realistik semasa membeli-belah. Mereka tidak sedar terdapat risiko yang harus diterima di sebalik cara pembelian yang memudahkan dan menjimatkan itu. Membeli-belah secara online bukanlah pilihan terbaik buat si cerewet, pasti ada sahaja yang tidak kena apabila barang sudah sampai di tangannya. 

Sebagai peniaga online, saya belajar banyak perkara setiap hari. Pengalaman juga adalah pelajaran yang bermakna dan sangat mahal.

No comments:

Post a Comment

DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014