Saturday, 31 January 2015

KELAS ASAS BLOG ONLINE

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google





Teks : Noradilah Ahmad Shokori

Selain nota yang disediakan oleh guru untuk semua pelajar, saya juga kerap mengintai-intai blog rakan-rakan sekelas. Saya kagum dengan pengisian di blog mereka. Saya memerhati dan juga belajar. Sedikit sebanyak saya jadikan panduan.
Sebelum masuk ke kelas, setiap pelajar perlu menjawab beberapa soalan sebagai proses analisa dalam menentukan hala tuju blog tersebut. Oleh itu, pelajar hanya perlu fokus terhadap apa yang telah ditetapkan.

Kita tidak dibiarkan terkapai-kapai seorang diri apabila kita telah mula menulis. Selain guru, teman-teman yang lain juga saling membantu. Bukankah bergerak secara jemaah itu lebih mudah dan indah?
Percaya atau tidak blog juga boleh menjadi sumber pendapatan. Nampak tidak glamor kerana duduknya hanya di rumah. Tidak ada gelar dan pangkat.

Blog ini ibarat pokok. Tiba masanya kita akan menuai hasilnya. Kebaikan yang ditanam, maka kebaikan juga akan dituai. Untungnya bukan hanya di dunia bahkan sampai ke alam sana.
Tetapi apabila kita sudah bertekad, tidak ada apa yang mampu menggugat. Apalah yang ada pada nama. Cukuplah bila kita bahagia dengan apa yang kita punya.
Cabaran ada di mana-mana. Ada yang akan memandang sebelah mata akan usaha kita. Ada yang akan mengandaikan bahawa kita sedang membuang masa melakukan perkara sia-sia.
Senyumlah kerana ia tidak akan merubah apa-apa. Teruskan berusaha dalam senyap dan biarkan kejayaan yang bercakap.

(sumber : http://noradilah-ahmadshokori.blogspot.com)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal.
Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 980 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. 

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com       


 

Friday, 30 January 2015

KUMPULAN SOKONGAN ABDR

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Koleksi ABDR



Siapa yang boleh sertai ABDR?
* Suri rumah sepenuh masa yang ingin menjana pendapatan dari rumah.
* Suri rumah yang bekerja dengan majikan dan ingin menjana pendapatan sampingan dari rumah atau sememangnya sudah menjalankan perniagaan kecilan secara sampingan.
* Peserta bukan sahaja fokus kepada suri rumah, malah sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan dari rumah boleh menyertai ABDR.
Kelebihan menyertai ABDR
* Setelah tamat melakukan kesemua tugasan, protege boleh mula menggunakan blog dan fanpage niaga di facebook sebagai platform untuk menjana pendapatan dari rumah.
* Jaringan networking antara rakan akademi yang bergabung dalam ABDR juga kebanyakannya terdiri daripada kalangan surirumah dan suri bekerjaya.
* Boleh berkenalan dan bertukar pandangan, pengalaman dan kemahiran antara rakan akademi.
* ABDR sebagai kumpulan sokongan untuk suri yang bekerja dari rumah mendapatkan semangat, motivasi dan sebagainya.
* Pertukaran antara blog rakan akademi juga dapat membantu menarik traffik ke blog.
* Protege ABDR yang telah berjaya menyiapkan tugasan secara automatik akan menjadi Rakan Niaga ABDR dengan menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR secara online.
* Sekiranya protege ABDR tidak ada lagi produk, protege juga adalah layak untuk menjual produk dan perkhidmatan digital ABDR seperti ebook digital, kelas online dan tapak pengiklanan maya di soho directory.
* Penulisan protege ABDR yang baik berpeluang untuk mendapat perhatian majalah atau suratkhabar tempatan dan juga boleh menghasilkan ebook atau buku penulisan sendiri.
* macam-macam lagi kelebihan ABDR, yang pasti ianya mampu membantu protege menjana pendapatan di rumah.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com       

Thursday, 29 January 2015

KELAS AKAUN UNTUK USAHAWAN

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google
 



Bab 5 - Pricing and Costing
Kalau nak tahu harga jual, kena tahu harga costing dulu. Dah tahu harga costing baru boleh tahu harga jual.

Dan harga costing pula mesti mengambil kira semua aspek air, api, internet, petrol, admin dan sebagainya, baru kemudian kita buat pricing atau harga jualan.
Dan disini juga, perlu tahu apa langkah-langkah terbaik bagi memngurangkan KOS dan menambah KEUNTUNGAN

Bab 6 - Belanjawan / Bajet
"Bajet adalah satu pelan perbelanjaan, iaitu cara untuk mengimbangi wang yang anda miliki dengan wang yang anda belanjakan."
"Pelan Kewangan anda adalah berdasarkan kepada pendapatan dan perbelanjaan."
"Pendapatan pula adalah wang yang masuk dalam poket anda dan perbelanjaan adalah perkara yang memerlukan anda mengeluarkan wang."


Belajar lebih lanjut dalam kelas urus akaun bisnes online (anjuran Akademi Bekerja Di Rumah)
Hari: Jumaat
3 jam setiap satu sesi
Masa: 9.30pg hingga 12.30tgh
Hanya 5 peserta satu sesi

Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order

Yuran RM150 - Modul 1 & 2

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com       

Saturday, 24 January 2015

RUTIN SABTU SURI

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi


Alhamdulillah senarai menu untuk seminggu sudah siap. Menjelang tengahari nanti kami akan keluar mencari bahan dapur dan keperluan rumah. Sementara menanti suami pulang dari melatih pasukan takraw sekolahnya, saya menguruskan rumah dan anak-anak dahulu. Hari ini anak-anak agak liat bangun kecuali si kecil Hariz bangun tanpa dikejut. Mulut saya agak kepoh pagi ini meminta anak-anak memberi kerjasama untuk bersiap memandangkan perlu selesaikan banyak perkara sepanjang hari.  

Seperti biasa, rumah mertua menjadi tempat persinggahan. Makan, solat dan berehat sementara menanti jam 4, kelas mewarna anak sulung. Pelanggan agak ramai hari ini di kedai makan mertua, suasana agak sibuk. Suami sibuk membantu agar operasi kedai lebih lancar. Pelanggan terus datang silih berganti, alhamdulillah alhamdulillah.

Saya tidak melibatkan diri di kedai makan mertua, sebaliknya mengemaskini dan melayan pelanggan-pelanggan di butik online saya Butik Al-Izzah. Talian internet tidak berapa baik hari ini, kerja saya agak terganggu. Badan sudah minta rehat, saya lelapkan mata seketika sebelum dikejut suami jam 3 lebih untuk bersiap menguruskan urusan lain pula.

Malam ini rasa lebih tidak bermaya, seluruh kudrat rasa lemah, namun saya gagahkan juga menyiapkan persiapan untuk sessi penting esok. Insya Allah esok bakal berlangsung sessi fotografi tudung kanak-kanak keluaran saya dan dua beradik yang lain. Alhamdulillah tudung-tudung sudah siap dan bakal menjengah pasaran tidak lama lagi. Nantikan ya!








Tuesday, 20 January 2015

TIPS ASAS BLOG

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Koleksi Akademi Bekerja Di Rumah
 
 
 

Tips asas blog, meninggalkan nama kita pada jejak google dan memudahkan carian pelanggan.
Pelanggan suka beli melalui usahawan online yang dikenali, ini sangat penting bagi suri yang sangat baru dan baru membina tapak untuk jualan online.

Analisa asas sebelum memulakan create blog, mula dengan penjenamaan email
Tips jejak google
1. Nama kita sebagai penjenamaan
2. Email juga penjenamaan
3. Blog

Tiga perkara di atas sangat penting membina tapak kita dalam carian google
sekarang letak nama masing-masing, sudah timbul atau belum

Jangan letak nama pelik-pelik, nama kitalah yang perlu kita jenamakan dan pasak dalam carian google
Perkara pertama sebelum create blog, daftar dahulu email berdasarkan nama sendiri mengikut ic.

Boleh daftar mana-mana kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas telekung solat borong dan runcit
7. Kelas asas wordpress
8. Kelas mula bisnes makanan sunnah
9. Kelas mula bisnes produk makanan
10. Kelas akaun online/offline
11. Tempahan blog bisnes 5 hari siap
12. Beriklan dengan kami di pautan lebih 900 blog
13. Pendaftaran pengurus online/rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah.

Bagi kalian yang sudah sedia untuk bermula, boleh daftar sekarang. Kami bersedia membantu.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com       

Monday, 19 January 2015

BERTINDAK BERSAMA AKADEMI BEKERJA DI RUMAH

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Koleksi Akademi Bekerja Di Rumah

Kita ada pilihan sama ada nak jadi biasa-biasa atau pun luar biasa.
Semuanya hanya melalui satu TINDAKAN yang kita perlu lakukan
Orang yang hebat dan berjaya berani bertindak walaupun mereka tahu peluang untuk berjaya belum berapa nak nampak. Tapi yang penting tindakan yang mereka ambil mereka apa mereka dapat untuk hari ini.

Kita nak berniaga tak perlu ada produk sendiri. Mula dengan jual dulu produk orang lain. Kata kunci yang mudah ialah mula dengan bisnes dropship.
Di akademi bekerja di rumah, kami kongsi konsep mula bisnes dengan produk dropship abdr iaitu produk makanan sunnah, produk makanan, telekung solat dan produk islamik, dan mula belajar hasilkan blog sebagai kedai online.

Mudah sahaja, daftar, belajar buat kedai online dan mula berjualan.

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
-produk sendiri
-dropship makanan sunnah
-dropship produk makanan
-dropship telekung solat
-dropship produk islamik
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Kelas penulisan ebook
Kenapa kelas ini diadakan? Inilah sumbangan kami terhadap wanita dan suri rumah baik yang bekerja di luar mahupun di rumah saja. Kami sedia membantu anda untuk menyampaikan ilmu di blog atau berniaga online melalui blog dengan teknik yang betul. Blog adalah medium percuma dan akan menjadi luar biasa hebat apabila bergabung dengan teknik content writing yang tepat.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com       

Thursday, 15 January 2015

BELAJAR HASILKAN BLOG BERPENGARUH

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Koleksi Akademi Bekerja Di Rumah
 
 
 

Khas untuk mereka yang memiliki blog, sedikit tip dan cara membina blog berpengaruh yang disukai pembaca.

10 ciri blog berpengaruh

1. Boleh mesra pembaca, tidak ada gajet atau bling-bling yang over
Blog mesra pembaca adalah blog yang tidak ada gangguan. Blog yang penuh informasi, sangat memberi pengaruh yang besar kepada pembaca datang dan datang lagi. Jangan sesekali memasukkan elemen-elemen dengan menyatakan bahawa blog cantik adalah blog yang suka dibaca. Itu tidak benar.

Blog yang tidak terlalu cantik, tetapi pengisian yang bagus itulah yang suka dibaca. Jangan sesekali menodai blog sendiri, seperti meletakkan gajet yang tidak sesuai seperti muzik, grafik, bling-bling yang melambatkan proses ‘loading’ dan menganggu pembaca.

2. Sentiasa ada entri baru dan segar
Selalu memasukkan entri baru, segar dan bermotivasi. Ia menjadikan blog aktif dan ia dikunjungi pembaca tegar. Beri info dan fakta baru. Pada masa yang sama ia menjadikan satu rutin aktif ulangan pembaca.

3. Entri penyelesai masalah
Antara satu perkara yang menjadi tumpuan blog tertentu adalah berupaya menyelesaikan masalah pembaca. Contohnya dalam masakan, pembaca setia yang selalu datang, akan mencari jenis resipi yang dimahukan. Manakala tips-tips mudah di dapur menjadikan blog tersebut sebagai pembantu masalah di hujung jari. Begitu juga blog teknikal, bisnes dan sebagainya, blog tersebut berpotensi menjual kepakaran melalui informasi yang disampaikan.

4. Penulisan santai dan bersahaja namun punya banyak kisah pengajaran
Kisah kita kadangkala kita malu untuk berkongsi, namun bagi kes-kes tertentu pengalaman benar adalah kisah teladan realistic. Mungkin ada orang mengalami masalah yang sama, apabila membaca satu-satu kisah, ia dapat mengubah pandangan dan memberi pengajaran dalam satu sisi yang lain. Maka tulis dan kongsi pengalaman benar, mungkin membantu pembaca untuk mencapai kelegaan dan menyelesaikan masalah dari sudut berbeza.

5. Blog yang menjadikan pembaca ketagih datang dan datang lagi
Bagi penulis blog tegar, berupaya menjadikan pembaca datang dan datang lagi. Ini tidak dicapai dalam satu hari. Penulis blog yang konsisten berupaya menjadikan blognya sebagai satu ketagihan kepada pembaca.

6. Blog yang menjadi rujukan khusus
Blog khusus yang menjadi rujukan. Blog sebegini penuh informasi dan mencapai tahap menyentuh setiap aspek kategori dalam fokus blog yang ditulis.

7. Blog yang berinformasi, bebas memberi pandangan penuh etika
Blog berinformasi, jujur dalam penyampaian membuatkan pembaca ternanti-nanti. Ia bukan penulisan syok sendiri, tetapi sangat telus dalam penyampaian.

8. Blog yang menjaga tatabahasa asas, penulisan Bahasa Melayu formal, walaupun santai asas ini dijaga.
Sangat berbeza blog yang kurang dikunjungi dengan blog yang suka dikunjungi. Jagalah penulisan, gunalah Bahasa Melayu formal, walaupun santai elemen ini masih menjadi dan satu tarikan kepada pembaca.

9. Blog yang boleh dipindahkan menjadi wang
Blog penyelesai masalah dan informasi sangat berpotensi untuk dijadikan wang. Ia boleh dijual sebagai ebook, atau blog tersebut sebagai agen pemasaran online terhebat. Entri boleh diselit dengan promosi produk. Gaya bersahaja semasa penyampaian, menjadikan pembaca tetap akan mudah terpengaruh untuk membeli. Jika sudah sampai ke tahap ini, tukar pembaca kepada pembeli pula.

10. Blog yang berjaya menukar pelanggan daripada pembaca kepada pelanggan
Inilah yang digemari pemilik blog yang aktif. Bagi yang mempunyai pembaca tegar, dengan sendirinya akan mudah menjadi pelanggan. Pelanggan itu pula bertukar sebagai pelanggan setia. Binalah hubungan baik dengan pembaca jangan dibiarkan blog sepi tanpa entri dan bawakan sesuatu yang segar setiap hari

(sumber : Ebook belajar asas blog).
Banyak lagi tip yang boleh diperolehi dalam ebook belajar asas blog dan kelas online blog di ABDR.
Sertai kami di ABDR, belajar bagaimana untuk menggunakan blog sebagai salah satu medium efektif untuk pemasaran.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com       

IDEA HOME-BASED BISNES

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Koleksi Akademi Bekerja Di Rumah
 
 
 
Ini selalu menjadi kekeliruan usahawan online, terutama suri rumah. Ini sesuai bagi yang baru mula.

1. Apabila ada bakal pelanggan mahu barang itu dihantar ke tempat sekian-sekian. Sangat perlu suri memasukkan kos, termasuk kos penghantaran. Jangan sekadar barang seciput untungnya RM2, tetapi mahu COD juga. Ia tidak berbaloi.

2. Apabila mengusahakan bisnes 'dropship'. Bakal pelanggan akan tanya.
Dimana kedai puan?
Jawab sahaja, kedai ini operasi secara online sahaja.

3. Rekod. Keterujaan menjual juga menyebabkan ada usahawan suri yang membenarkan hutang. Ingat ini, tidak ada pembayaran, maknanya tidak ada barang. Barang akan dikeluarkan dari stok, apabila sudah berlaku transaksi, dan sudah ada bukti pembayaran. Ada banyak kes, pelanggan yang kata sudah bayar tetapi tidak ada bukti transaksi.
Mungkin hanya kes-kes tertentu sahaja, contoh pelanggan setia yang kita sudah tahu kejujurannya. Tetapi rekod dan bukti pembayaran itu sangat penting.

BACA DALAM Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.
EBOOK INI BONUS PENDAFTARAN KE KELAS ONLINE BLOG ABDR


Untuk pembelian ebook dan pendaftaran kelas, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com      

ANAK SOLEH DAMBAAN KITA

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google
 



Sejak tersebarnya youtube Kaisa, hafizah cilik dari Indonesia, saya semakin giat mencari lagi bacaan-bacaannya dari surah lain. Sangat terinspirasi. Tatkala mendengar bacaan anak kecil itu air mata bergenang.  Lancarnya ayat-ayat suci meluncur laju di bibir mungilnya, penuh gaya menterjemahkan maksud melalui gerakan tubuh badannya. Masya Allah, kagum sungguh dengan kanak-kanak tersebut malah mengagumi ibunya yang mendidiknya menghafaz al-quran.

Anak-anak saya sering menonton video bacaan Kaisa, alhamdulillah mereka dapat menghafaz beserta gayanya sekali. Besarnya pengaruh Kaisa dalam kalangan kanak-kanak. Memang anak-anak teruja melihat videonya, mudah sahaja mereka meniru bacaan Kaisah. Kebanyakan tips yang saya kutip, para pakar mencadangkan agar anak-anak didedahkan dengan hafazan Al-Quran sedari kecil kerana otak mereka sangat pantas menyerap ketika umur tersebut. Apabila ayat Al-Quran sudah di dada mereka, insyaAllah kefahaman akan datang kemudian.

Namun dalam usaha mendidik anak menghafaz, saya dan suami cuba tekankan bacaan bertajwid kepada anak-anak. Ini kerana, anak-anak akan menghafaz sebiji seperti apa yang didengarnya contohnya  bacaan Kaisa. Kami akan betulkan bacaan yang kurang tepat di samping memperdengarkan rakaman yang saya ambil dari bacaan imam pilihan. Secara tidak langsung membantu membaiki bacaan anak-anak dari semasa ke semasa.

Pantasnya anak-anak membesar, rasanya tidak sempat saya dan suami memberi segala ilmu yang kami kutip untuk mereka. Dengan keterbatasan waktu dan faktor lain, kami curahkan apa yang kami mampu mengikut kelapangan masing-masing. Mudah-mudahan anak-anak membesar dengan acuan iman dan taqwa, tidak kisah apa jua cita-citanya asalkan dalam redhaNya.

Wednesday, 14 January 2015

KELAS ASAS BLOG DAN PENULISAN


Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Koleksi Akademi Bekerja Di Rumah
 



Di antara RAHSIA anak cepat menguasai kemahiran membaca adalah kemampuannya untuk mengGABUNG BUNYI dengan PANTAS.
Bukan dengan mengeja-ngeja atau menghafal beratus pola suku kata.
( http://buff.ly/1z2s3Cw)
Di dalam jangka masa anak sedang belajar membaca, guru dan ibu bapa seharusnya sentiasa mencari PELUANG melatih anak untuk menggabung bunyi.
AKTIVITI CADANGAN:
1. Aktiviti Gabung Bunyi Lisan ( Oral Blending )
Guru (G) menyebut bunyi-bunyi, pelajar(P) menggabung bunyi menjadi suku kata atau perkataan.
Contoh:
Bahasa Melayu
G: /b ... a/, P: / ba /
G: /s ... a/, P: / sa /
G: /i... b ... u/, P: / ibu /

Baca lanjut di sini, http://buff.ly/1z2s3CB

Berkenalan dengan penulis Puan Nik Eliani Nik Nawi

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih kurang 900 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh hubungi kami apabila sudah bersedia.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com      

DUNIA BUSANA MUSLIMAH DAHULU DAN SEKARANG

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Koleksi peribadi

Suatu ketika dahulu agak sukar saya dapatkan tudung instant bersaiz labuh dan menepati citarasa. Lebih-lebih lagi ketika saya menetap di Sabah. Memang waktu itu rasanya kebanyakan kawan-kawan sudah mempunyai koleksi tudung instant mereka, saya masih setia dengan tudung bulat atau tudung 4 segi. Antara sebab saya tidak terbuka hati untuk memakai tudung instant ketika itu adalah kerana semuanya dari material lycra, boleh dikira dari material lain, dan agak susah untuk dapatkannya.

Masa terus berlalu, semakin banyak pilihan tudung instant labuh di depan mata, tetapi ketika itu harganya menjadi taruhan. Saya harus berkira-kira untuk membeli. Ketika itu saya masih belum pandai bezakan kelebihan dan kekurangan kualiti setiap material, faktor perbezaan harga dan sebagainya. Memandangkan saya harus berbelanja mengikut selera poket, saya memilih untuk membeli pada harga yang mampu milik sahaja. Tetapi warna yang ada semua kelam dan suram. Sangat tidak puas hati. 

Semakin hari tudung instant labuh semakin mendapat tempat di hati pembekal, ramai yang mengeluarkan tudung labuh dengan pelbagai rekaan dan fesyen. Secara tidak langsung membeli lebih pilihan kepada pecinta tudung labuh. Ketika ini saya mula belajar jenis-jenis material setiap tudung, jenis jahitan, faktor yang mempengaruhi harga tudung dan sebagainya. Tidak semestinya yang mahal itu sangat berkualiti dan begitulah sebaliknya. Namun perlu berhati-hati dan pandai memilih pada kedua-dua jurang harga tersebut kerana harga bukanlah segalanya. Banyak aspek lain yang harus diambil kira ketika memilih untuk membeli.

Setelah setahun jagung mengorak langkah dalam bisnes tudung, banyak perkara baru yang saya belajar setiap hari. Dari tudung saya tambah lagi produk lain seperti baju muslimah mesra menyusu, blouse, shawl, instant shawl, set baju kurung moden mesra menyusu dan busana muslimah yang lain. Berniaga sambil membantu muslimah yang lain mendapatkan pakaian pilihan mereka. 

Jemput ke Butik Al-Izzah, page rasmi saya, boleh juga layari blog Butik Al-Izzah untuk dapatkan tudung serta busana muslimah yang lain. Dalam tempoh sebulan, saya sentiasa menambah produk baru untuk memberi lebih banyak pilihan buat insan-insan di luar sana. Kepuasan pembeli memang menjadi keutamaan saya. Bagi yang belum berkunjung, ayuh dapatkan harga lebih rendah dan istimewa sempena sale yang sedang berlangsung. Julung kali diadakan seumpamanya. Jom borong!







Monday, 12 January 2015

BELAJAR AKAUN

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar :Koleksi ABDR



Pendaftaran bagi Kelas asas akaun kini dibuka.
Boleh pilih kelas dan tarikh berikut:

1. Grup Coaching.
a) Tarikh: 17 Januari 2015, Sabtu
Masa: 9.30pg - 2.00pm
Sijil dan Refreshment Disediakan
Kelas dalam kumpulan kecil (max 4-6 pax)
Lokasi: Bandar Tun Hussein, Cheras
(Boleh datang melalui Mines, Serdang atau Lebuhraya Cheras-Kajang)


2. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 19 Januari 2015, Isnin
Masa: 9.30pg - 12.30tgh

3. Grup Coaching
Tarikh: 29 Januari 2015, Khamis.
Kelas dalam kumpulan kecil (6-10 pax)
Masa: 9.00am-4.00pm
Lokasi: Putrajaya.

4. Bengkel Asas Akaun
Tarikh: 7 Februari 2015, Sabtu
Masa: 9.15am-5.15pm
Kelas dalam kumpulan Besar (20-35 pax)
Lokasi: Shah Alam.


Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com     

TERUJA JUALAN MURAH

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Koleksi peribadi
 


 
Hari Jumaat yang lalu, 'tokey' ada membuat pengumuman yang sangat menggembirakan bagi saya dan ejen dropship yang lain. Sebelum ini beliau ada memberitahu akan mengadakan jualan namun ingin membuat kejutan istimewa untuk semua. Pastinya berita yang saya dapat itu amat menggembirakan.

Biasanya untuk pembelian borong, pembeli harus membeli minimum 10 helai. Namun jika jualan murah berlangsung pihak pembekal akan menawarkan minimum 5 helai untuk pembelian borong. Tetapi untuk kali ini, 'tokey' sangat bermurah hati menawarkan minimum 3 helai pula. Wah, sangat mengujakan. Borong pula boleh campur pelbagai koleksi tudung, blouse cotton, set baju WAFA, skirt, jubah dan banyak lagi. 

Tempoh jualan ini agak panjang, bermula 9 Januari hingga 15 Februari 2015. Saya akan menjadi salah seorang pembeli juga semasa tempoh ini, he he. Boleh pakat dengan sesiapa untuk dapatkan kuantiti minimum tersebut. Jadi sama-sama dapat berjimat. 

Bagi anda yang sedang mencari busana muslimah dengan harga rendah, jemput ke butik online saya Butik Al-Izzah untuk memborong. Tawaran ini jarang-jarang ada, jangan lepaskan peluang. Jom borong! Terima kasih atas kesudian anda.

Saturday, 10 January 2015

PILIH DAN RANCANG YANG TERBAIK

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google
 
 

 

Alhamdulillah mentari bersinar megah, ceria memberi warna baru bagi seisi alam. Semalam seharian hujan, sejuk hingga ke tulang. Cantiknya aturan Allah, diberinya kita nikmat berterusan tanpa diminta. Lalainya manusia hingga tanpa sedar terlupa mensyukuri pemberian yang Maha Agung. Astaghfirullah.

Hari ini seperti biasa, anak sulung ada kelas mewarna jam 4 petang. Kebetulan banyak urusan yang harus diselesaikan, kami keluar awal. Makan, solat zuhur dan rehat di rumah mertua sahaja sementara menanti jam 4 petang. 

Kenderaan tidak banyak dan orang juga tidak ramai sepanjang kami membuat urusan. Alhamdulillah stok masakan untuk seminggu sudah selesai cari. Agak mudah membeli berdasarkan menu yang sudah saya senaraikan sebelum ini. Membeli atas perancangan yang ada. Walaupun saya hanya bekerja di rumah, namun tidak bermakna tidak perlu perancangan, malah itu sangat perlu.

Kami memilih hari ini kerana menjangkakan esok trafik lebih sesak dan orang mungkin ramai membuat pelbagai urusan. Keadaan yang tenang begini lebih memudahkan dan menyenangkan hati kami. Urusan selesai, hati pun girang.

Begitulah kita dengan pilihan yang ada, selain memilih kita juga merancang yang terbaik. Pilih dan susurilah haluan yang terbaik buat kita. Namun jika tersasar ingatlah Allah sentiasa memberi peluang dan ruang untuk membaiki segala kekurangan yang ada. Allah selalu ada.

Thursday, 8 January 2015

TINTA IBU DAN SURI DI RUMAH

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google
 



Hari ini bersendirian di rumah, pandang sana pandang sini, sepi. Biasanya meriah dan hingar bingar dengan keletah anak-anak. Suami dan anak-anak ke Gombak membawa ibu dan bapa mertua menziarahi saudara terdekat yang tidak sihat. 
 
Alhamdulillah beberapa tugas dapat diselesaikan tanpa gangguan. Memang cepat siap. Biasanya satu tugas pun boleh mengambil masa beberapa hari, hari ini Allah beri ruang dan peluang. Harus dimanfaatkan betul-betul. Bagi saya, sunyi itu semangat.
 
Kesihatan saya agak terganggu sejak kebelakangan ini, usai melakukan kerja-kerja saya berehat melepaskan lelah. Sambil berehat, tangan mencapai pen dan kertas ingin mencatat sesuatu. Perlahan-lahan saya senaraikan menu harian untuk minggu pertama persekolahan nanti, mudah ketika membeli barang dapur kelak, mudah juga urusan dapur minggu hadapan bila sudah dirancang. Alhamdulillah selesai juga, sebenarnya sudah berhari-hari asyik tertangguh untuk siapkan senarai menu tersebut. 

Setiap hari anak-anak melahirkan rasa teruja untuk memulakan sessi persekolahan yang baru. Ya, diri ini juga teruja bila persiapan sudah banyak yang selesai, saya harap semuanya berjalan dengan baik. Saya dan suami turut melakar jadual baru bagi tahun 2015, jadual kerja masing-masing dan akan menjadi jadual keluarga. Apabila masing-masing maklum akan jadual pasangan, akan terciptalah jadual harian seisi keluarga, aliran tugas suami isteri dalam rumahtangga dan anak-anak juga akan faham setiap tugas dan kewajipan masing-masing. 

Setiap kita punya 24jam, tetapi kenapa ada orang yang mampu buat lebih? Tentulah pengurusan masanya dan kecekapannya mengurus kerja dengan efisyen. Sifu saya, Puan Masayu Ahmad sering berkata, hanya orang sibuk sahaja yang ada masa. Benar, kan!
 
Tekad dan jalan terus. 
 
Tinggalkan malas, bertangguh dan banyak alasan.
 
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya orang yang berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal ialah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam, manakala orang yang terpedaya ialah orang yang hari ini sama dengan hari semalam". (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Seperti sabda Rasullullah SAW: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Seperti sabda Rasullullah SAW: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Seperti sabda Rasullullah SAW: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
 
Seperti sabda Rasullullah SAW: “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
 



Monday, 5 January 2015

BELAJAR BLOG DAN BISNES ONLINE, SHAH ALAM


Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Arkib ABDR
 

 


Buat warga Shah Alam dan sekitarnya, 



Kelas offline asas blog akan kembali dibuka bermula minggu ketiga bulan Januari 2015.

Hanya hari Selasa, Khamis dan Jumaat pagi sahaja.




Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com     

BELAJAR BLOG DAN BISNES ONLINE

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Arkib ABDR



Pendaftaran dibuka untuk kelas offline blog di Johor Bahru sepanjang bulan Januari 2015

Pilih tarikh ikut hari : Jumaat @ Sabtu
Tempat : Mcd @KFC sebelah dataran JB. McD @ KFC tiram
Masa : 2.00-5.00ptg
Yuran : RM 300

~Kelas berlangsung selama 3 jam untuk setiap sesi.

~Terhad hanya untuk 3 peserta sahaja satu sesi.

~Apa yang pelajar akan dapat melalui kelas online blog offline ini :

* Dropship produk makanan sunnah (airzam, jus kurma, jus epal, madu) dan produk makanan (nasi arab, keropok keping)
* Bonus 4 ebook ABDR (Ebook belajar asas blog, ebook super wahm super mom, ebook mula bisnes butik dan ebook 101 idea home based bisnes)
* Dapat belajar hasilkan blog bisnes, dan boleh mula berjualan
* Alumni akademi bekerja di rumah
* Dapat masuk group support kelas secara online
* Handout akan diberikan
* Dapat jadi pengurus online akademi, berpeluang perkenalkan produk ABDR dan nikmati komisen dari rm50-100 untung bersih
* Personal coaching online berterusan walaupun telah selesai kelas di luar 3 jam



Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com      



Sunday, 4 January 2015

SALURKAN INFO, BUKAN SEKADAR JUAL

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google




 
Hari ini saya disapa seseorang di aplikasi WhatsApp bertanya tentang tudung, riaknya seperti mahu membeli. Malangnya semua kod yang diberi sudah habis. Ada sedikit kecewa pada nada jawapannya. Mungkin bukan rezekinya untuk kali ini.

Semakin hari semakin mesra perbualan antara kami. Menurut beliau, ini pertama kali beliau ingin membuat pembelian secara online, sebelum ini jika sukar mencari tudung yang diminati beliau akan menempah dengan tukang jahit sahaja. Agak mahal juga kosnya kerana beliau memakai tudung bersaiz xl. Dalam hati saya ada sedikit berdebar mendengar pengakuan pelanggan ini baru berjinak-jinak dengan pembelian online. Dengan kemesraan yang terjalin antara kami, saya mengambil peluang menerangkan serba sedikit kebaikan dan kekurangan pembelian online kepadanya. Alhamdulillah beliau menyambut baik penjelasan saya. 

Mengikut pengalaman terdahulu, saya menghadapi masalah berhadapan dengan pelanggan yang baru berjinak-jinak membeli-belah secara online. Bukan salah membeli secara online, tetapi sikap sesetengah pembeli yang tidak realistik semasa membeli-belah. Mereka tidak sedar terdapat risiko yang harus diterima di sebalik cara pembelian yang memudahkan dan menjimatkan itu. Membeli-belah secara online bukanlah pilihan terbaik buat si cerewet, pasti ada sahaja yang tidak kena apabila barang sudah sampai di tangannya. 

Sebagai peniaga online, saya belajar banyak perkara setiap hari. Pengalaman juga adalah pelajaran yang bermakna dan sangat mahal.
DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014