Tuesday, 7 April 2015

DIRIKU WAHM

Teks : Norhafizah Abd Hadi  
Pagi ini dapat masuk SOHO awal kerana subuh tadi suami sudah memulakan masak untuk makan tengahari dan malam. Saya hanya tinggal masak nasi dan uruskan urusan yang ringkas sahaja. Sungguh saya amat sibuk waktu ini, sedang menyiapkan tugasan terjemahan yang hampir ke penghujung tarikh untuk dihantar. 

Memulakan aktiviti pagi dengan mengajar Hariz bunyi huruf dan suku kata pendek menggunakan Set Bacalah Anakku. Sebelum ini memang tidak pernah saya gunakan set bacaan tersebut untuk Hannan dan Nuhaa, ini adalah langkah percubaan untuk mengajar Hariz membaca lebih awal. Merangsangnya lebih awal, niat saya. Alhamdulillah dia berminat. 

Ada juga yang tersalah anggap niat saya ini, mereka menganggap saya mahu anak cepat pandai, mahu anak membaca awal dan lain-lain lagi. Biarlah anggapan apa pun, saya tetap teruskan kerana kakak-kakak Hariz juga saya dan suami memberi rangsangan awal lanjutan dari rangsangan sejak dari dalam rahim. Islam juga ada menggalakkan agar merangsang anak sejak dari dalam perut, mungkin mereka sudah terlupa. Walaupun hanya dengan bacaan Al-quran, kata-kata yang baik, usapan serta kaedah lain, ini dapat memberi kesan yang baik buat si anak dalam kandungan serta emosi si ibu. Jadi, apabila si anak lahir, langkah merangsang harus diteruskan untuk membantu perkembangan yang baik.

Aktiviti untuk Hariz bertukar dari semasa ke semasa sepanjang saya bekerja. Bermula dengan belajar membaca, mewarna, menulis, menyusun blok dan bermain permainan lain. Tidak mudah mengendalikan urusan kerja, rumah dan anak sekaligus namun saya sentiasa belajar dan memperbaiki keadaan untuk menjadi Work At Home Mother (WAHM) yang sukses. Bekerja di rumah, bekerja di luar rumah ada cabaran masing-masing, tidak ada yang lebih dan terkurang.

Ok, jam sudah menunjukkan 11.30 tengahari, masa untuk menjemput Nuhaa pulang dari sekolah. Kita berjumpa lagi di entri seterusnya.

No comments:

Post a Comment

DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014