Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google
Pagi ini aktiviti harian berjalan seperti biasa, namun agak lambat kerana empunya diri agak keletihan pulang lewat malam tadi dari Slim River, Perak. Mengantuk dan letih bersatu.
Namun perasaan itu hilang serta merta tatkala menerima khabar pakcik sudah pergi selama-lamanya di katil Hospital Slim River. Lantas kami bersiap untuk menziarahi jenazahnya di Hulu Selangor. Sepanjang perjalanan kami ajari anak-anak berdoa untuk jenazah. Kami berdoa bersama-sama.
Alhamdulillah segala urusan Allah mudahkan, jenazah pakcik selamat disemadikan, semoga rohnya tergolong bersama para Solihin. Menjelang petang kami meminta izin untuk pulang, tidak dapat berlama di situ kerana ada temujanji di malam hari bersama pelajar-pelajar.
Hati mencongak-congak usia diri ini, amalan masih belum banyak. Namun ajal terasa semakin mendekat. Ya Allah, bantulah kami dalam mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan memperbaiki ibadah kami kepada-Mu, amin.
No comments:
Post a Comment