Teks: Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google
Gambar : Google
Assalamualaikum,
Hari ini sekolah dibuka seperti biasa setelah 4 hari ditutup ekoran jerebu yang agak teruk. Sangat membimbangkan keadaan jerebu yang belum reda ini, kami sekeluarga banyak berkurung di dalam rumah sahaja untuk mengelakkan masalah kesihatan. Alhamdulillah setakat ini kami berada dalam keadaan sihat, risau juga kerana jerebu amat tidak bagus dan membahayakan kesihatan.
Anak-anak gembira ke sekolah, agak bosan juga mereka terperap di dalam rumah sepanjang jerebu melanda. Mereka juga tidak bebas keluar bermain basikal pada waktu petang seperti kebiasaannya. Jika diizinkan olehNya, peperiksaan anakanda Hannan akan bersambung pada minggu hadapan kerana tertangguh dek cuti jerebu. Semoga jerebu semakin pulih di seluruh tempat. Amin.
Saya mengintai-intai stok susu perah di peti sejuk. Alhamdulillah banyak, maka saya tambahkan lagi stok untuk diberi kepada adik. Ya, niat saya dari awal kehamilan ingin memberi susu badan kepada yang memerlukan. Kebetulan adik saya tidak cukup stok susu untuk anak yang ditinggal semasa bekerja, saya dengan gembira ingin memenuhi keperluannya. Alhamdulillah stok susu yang ada masih cukup untuk si kecil Nawroah, saya menyimpan stok untuk diberi di waktu-waktu tertentu menggunakan botol susu. Contohnya ketika saya solat, mandi, menguruskan sesuatu urusan atau sedang melakukan tugas, suami akan memberi Nawroah susu badan menggunakan botol. Pada waktu yang lain, saya sendiri akan memberinya susu perah mengikut keperluan dan situasi di rumah. Alhamdulillah Nawroah minum dengan baik tanpa meragam, biasanya bayi akan menolak susu perah jika ibu ada di rumah. Syukur Allah mudahkan.
Sebelum ini sewaktu menetap di Sabah, saya juga menyimpan stok susu tetapi banyak terbuang kerana tidak tahu mahu diberi kepada siapa. Jika baru diperah, saya akan berikan kepada si kakak, tetapi jika sudah tersimpan di dalam peti sejuk, rasanya dan baunya sudah berubah, mereka sudah tidak mahu. Sungguh hamis dan meloyakan! Sedih juga bila dikenang, mahalnya setiap titisan emas itu. Alhamdulillah sejak berpindah ke sini, saya berikan kepada adik.
Sejak mendapat anak keempat, saya belajar sesuatu yang baru dan cuba amalkan. Jika sebelum ini saya memberi anak susu badan secara langsung sahaja, kini saya memberinya dua cara, iaitu secara langsung dan menggunakan botol. Apabila menggunakan botol, masa menyusu dapat dipendekkan dan saya tahu dengan jelas anak kenyang. Seterusnya saya dapat melayan anak-anak yang lain dan melakukan kerja-kerja rumah. Ini kerana, jika menyusu secara langsung, tempoh masa agak panjang dan anak seperti mahu melekat sahaja. Lantaran itu, anak-anak yang lain juga tidak terurus. Tetapi, untuk mengumpul stok juga, saya perlu pandai mencari masa dan perlu pandai mencuri masa. Sungguh, masa sangat mencemburui saya.
Alhamdulillah setakat ini penyusuan berjalan dengan baik. Makan dan minum juga amat saya titikberatkan kerana tidak mahu kekurangan khasiat dan kurang air dalam badan. Saya masih belajar menyesuaikan diri dengan keadaan baru, ibu beranak 4. Memang kalut dan haru-biru, tetapi semakin hari semakin baik. Saya dan suami sama-sama bergandingan dalam segala urusan. Tanpa suami, akan bertambah harulah keadaan dan sudah pasti penyusuan juga tidak akan berjaya.
Saya berdoa dan berharap agar Allah terus melimpahkan rahmatNya kepada saya dengan rezeki susu ini. Nikmatnya hidup dengan memberi kerana susu itu juga adalah suatu pemberian dariNya, mudah-mudahan dapat menjadi sedekah jariah bilamana susu yang diminum itu kelak menjadi darah daging. Acapkali singgah di telinga nasihat ilmuwan, suburkan sifat memberi dan memberi dengan apa yang kita mampu. Ya, setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk memberi, jom memberi dan bersedekah!
*************************************************************************
Kami dari jemaah ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi kalian suri yang mahu belajar asas penulisan dan bina kedai online.
Belajar asas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.
-Belajar asas berjualan melalui program dropship.
-Belajar menjual produk fizikal.
-Belajar menjual produk digital.
-Juga belajar bagaimana memulakan usaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.
Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.
> Belajar macam mana nak jana pendapatan dengan untung bersih rm10-100 melalui produk ABDR, sebagai pengurus online akademi bekerja di rumah.
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.
> Belajar macam mana nak jana pendapatan dengan untung bersih rm10-100 melalui produk ABDR, sebagai pengurus online akademi bekerja di rumah.
Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:
Facebook: Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com
Facebook: Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com
No comments:
Post a Comment