Sekian lama saya tidak mengemaskini blog, sudah kelihatan sawang di mana-mana. He he. Rindu untuk berceloteh dengan sahabat-sahabat di luar sana. Hari ini ada peluang untuk menulis, saya gunakan sebaiknya.
Terkenang saya kehidupan semasa kanak-kanak dulu, sangat indah. Bermain di kebun, panjat pokok, bermain lumpur di sawah, mandi di taliair, memancing dan segala aktiviti yang menyeronokkan. Aktiviti dalam rumah amat kurang kerana lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah.
Masa berlalu dan saya kini sudah berkahwin serta mempunyai 3 orang anak. Masa yang berlalu itu juga mengubah kehidupan kita semua. Keriangan saya di zaman kanak-kanak tak mungkin diulang oleh anak-anak saya. Dunia sudah tidak selamat, sangat mengancam.
Tidak mungkin saya biarkan anak bermain di luar rumah tanpa pengawasan saya atau suami, mereka juga saya tidak benarkan bebas keluar rumah. Kasihan anak-anak zaman sekarang, agak terkongkong berbanding saya semasa kecil dahulu. Tetapi tiada pilihan, saya terpaksa demi keselamatan mereka. Keadaan tersebut membuatkan saya dan suami sering keluar untuk membawa anak-anak melihat 'dunia luar', tidaklah terperap di rumah sahaja.
Baru-baru ini kami pulang ke kampung, saya mengajak suami dan anak-anak berkelah di bawah pokok. Makan-makan sambil hirup angin petang. Anak-anak sangat teruja kerana aktiviti tersebut tidak pernah mereka lakukan sebelum ini. Selepas makan-makan, mereka bermain di tanah dan memanjat pokok. Aktiviti tersebut sangat bagus untuk perkembangan anak-anak, saya juga gembira berbanding jika anak-anak bermain gajet. Saya berdoa semoga suatu hari nanti kami dapat membina sebuah rumah beserta kawasan untuk anak-anak bermain. Mohon kalian juga mendoakan ya!
No comments:
Post a Comment