Showing posts with label Makanan Sunnah Pilihan. Show all posts
Showing posts with label Makanan Sunnah Pilihan. Show all posts

Saturday, 6 September 2014

MINYAK ZAITUN DAN KULIT BAYI

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google


Assalamualaikum,

Alhamdulillah tahun ini saya bakal menerima kelahiran beberapa orang anak saudara, adik-adik dan kakak sedang dalam fasa kehamilan. Bertambah besar dan meriah la nanti. Kami saling berbincang dan berkongsi dari A-Z tentang penjagaan ibu, bayi dan persediaan untuk kehidupan baru selepas kelahiran bayi.

Antara yang kami kongsikan penggunaan minyak zaitun sebagai pengganti losyen bayi. Saya sendiri berpengalaman menggunakan losyen untuk anak pertama, tetapi untuk anak kedua dan ketiga lebih banyak menggunakan minyak zaitun. Saya perhatikan ada perbezaan penggunaan kedua-duanya itu. Sebenarnya banyak kebaikan minyak zaitun untuk kulit bayi, bukan setakat pengganti losyen, lebih banyak cara kita guna, lebih banyak manfaat yang akan dapat.

Kulit bayi sangat halus dan sensitif, amat memerlukan penjagaan yang rapi. Dengan sifatnya yang asli (tanpa bahan kimia) dan khasiatnya yang hebat, minyak zaitun mampu memberikan yang terbaik untuk kulit si manja dengan penggunaan yang optimum. 

Antara kelebihan minyak zaitun ialah:

* Sebagai minyak urut
Sangat bagus mengurut bayi sejak awal kelahirannya untuk merangsang tumbesarannya. Bayi akan terasa nyaman, tidak mudah kembung, aktif malah cepat membesar.

* Campuran mandian
Titiskan minyak zaitun dalam air mandian bayi, untuk melembabkan kulit bayi. Kadangkala kulit bayi akan menjadi kering kerana menggunakan sabun yang kurang sesuai, penggunaan minyak zaitun dalam mandiannya sedikit sebanyak dapat mengelakkan iritasi atau kekeringan.

Bayi yang baru dilahirkan tidak elok mandi dengan kerap, apa yang penting adalah menitikberatkan kebersihannya. Bagi 1-2 bulan pertama, boleh diselang selikan dengan hanya mengelap bayi menggunakan tuala lembab. Untuk membersihkan kawasan yang berlipat, boleh gunakan kapas lembab dan titiskan sedikit minyak zaitun, selain kotoran dapat disingkirkan kulit juga akan menjadi sihat dan cantik.

* Untuk penjagaan kulit kepala
Minyak zaitun digunakan untuk menyapu kepala bayi yang sudah dibotakkan untuk memberi kelembapan dan menyuburkan kulit kepala. Ia juga digunakan sebagai agen untuk melembabkan kerak di kepala agar mudah disingkirkan.

* Pelembab semulajadi
Minyak zaitun boleh digunakan sebagai pelembab kulit bayi menggantikan losyen. Kulit tidak mudah naik ruam dan lebih lembab terutama bahagian-bahagian yang berlipat. Minyak tersebut membentuk lapisan pada kulit, yang mengekalkan kelembaban kulit sekaligus melindungi dari iritasi.

Selain digunakan untuk luaran, bayi juga mendapat khasiat luaran dan dalaman jika ibunya mengambil minyak zaitun setiap hari. Dia mendapat khasiat tersebut menerusi susu ibunya. Jika ada yang belum pernah mengamalkannya, mulakanlah sekarang, sejak bayi masih kecil. Tidak akan rugi mengamalkannya bahkan lebih sihat dan bertambah berkat.

Dari Abu Hurairah, Nabi S.A.W. bersabda, “Makanlah MINYAK ZAITUN dan berminyaklah dengannya, kerana ada PENAWAR untuk tujuh puluh (70) penyakit dan salah satu daripadanya adalah kusta”.



Tuesday, 26 August 2014

NIKMAT YANG DISYUKURI

Teks: Norhafizah Abd Hadi
Gambar: Norhafizah Abd Hadi



Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah pagi ini hujan turun mencurah-curah, membasahi alam yang sekian lama gersang. Terasa sejuk hingga ke tulang, terasa ingin menarik selimut tetapi sudah terbit fajar tanda hari menjelang siang. 

Saya segera ke dapur untuk menyediakan air panas untuk anak-anak mandi sebelum ke sekolah. Dahulunya saya tidak menitik beratkan hal tersebut, tetapi satu ketika anak sulung batuk panjang dan agak teruk, sudah bermacam ubat saya cuba tidak juga sembuh. Akhirnya satu persatu eksperimen saya jalankan, saya dapat kesimpulan anak saya tidak tahan sejuk. Jika tidur malam juga saya akan mengawal suhu penghawa dingin atau kelajuan kipas angin. Saya pastikan anak berselimut dan sejak itu saya akan sediakan air suam untuk mandi jika cuaca sejuk.

Baru-baru ini saya mencuba produk Qaseh keluaran Ana Edar untuk seisi keluarga saya. Anak-anak saya akan makan Qaseh Junior setiap hari dan alhamdulillah mereka tidak kerap selsema terutama anak sulung saya. InsyaAllah saya akan teruskan pengambilan Qaseh untuk kami semua, mudah-mudahan khasiat makanan sunnah yang terkandung di dalamnya menjadikan kami lebih sihat. Lebih sihat lebih nikmat hidup ini.


***********************************************************************

INGIN BERGELAR WAHM?

Pertimbangkan 10 perkara penting ini sebelum mengambil keputusan untuk berhenti bekerja :

1. Kenalpasti samada kewangan sudah stabil atau tidak
2. Kenal pasti juga punca kewangan untuk pendapatan aktif dan pasif
3. Merancang kewangan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang
4. Tentukan jenis bidang atau industri yang mahu diceburi
5. Berunding dan mendapat persetujuan pasangan sebleum membuat keputusan.
6. Yakinkan diri sendiri, sebelum dapat menerima pandangan keluarga, sahabat dan masyarat.
7. Yakin dan berani membuat keputusan kerana cabaran selepas bergelar WAHM SOHO adalah lebih mencabar.
8. Tahu apa matlamat dua tahun, tiga tahun dan 10 tahun
9. Bersedia fizikal dan mental
10. Bersedia apaila usaha menambah pendapatan di rumah gagal anda ada perancangan lain.

Bagi yang sedang merancang untuk bergelar WAHM, bisnes online adalah salah satu cara untuk memulakan bisnes. Untuk yang masih tiada produk, boleh bersama kami di Akademi Bekerja Di Rumah, sebagai rakan niaga /pengurus online akademi. Atau sertai dropship abdr untuk bermula

Bagaimana cara, boleh hubungi saya untuk pendaftaran.

Facebook :  https://www.facebook.com/norhafizah.abdhadi.9
SMS/WA : 019-3991809

Thursday, 10 October 2013

KURMA DAN OTAK JANIN

Teks : Norhafizah Binti Abd Hadi
Gambar : Google





Assalamualaikum semua,

Tahun lalu, saya dan suami bakal menimang cahayamata ketiga. Alhamdulillah barang keperluan tak perlu banyak dibeli, memandangkan barang anak sulung dan kedua masih boleh diguna semula. 

“Puan minum susu apa?”, ujar amoi yang comel. Terhenti lamunan saya ketika membelek-belek barang di rak sebuah pasaraya. Saya menjawab ringkas. Katanya lagi, “Susu puan minum tu tak ada khasiat untuk perkembangan otak bayi puan. Puan nak cuba produk kami?”. Saya kelucuan dengan kata-katanya, biasalah taktik penjual ujar saya dalam hati.

Saya tidak salahkan penjual tersebut, itu cara dia untuk promosi. Ada cara lain saya amalkan untuk mendapatkan khasiat tersebut. Malah manfaatnya berganda bukan untuk otak bayi sahaja bahkan untuk saya juga. Sememangnya kurma tidak dapat disangkal lagi kebaikannya, bahkan Nabi Muhammad saw ada bersabda, "Berilah makan buah kurma  kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya." 

Alhamdulillah saya masih amalkan hingga sekarang ketika masih dalam tempoh menyusukan anak. Masih teringat kata-kata amoi itu tahun lalu, alangkah indahnya jika saya sempat ceritakan amalan saya itu kepadanya, bahkan dikira dakwah juga kan, tapi keadaan tidak mengizinkan ketika itu. 

Begitulah kadangkala kita kejarkan sesuatu yang kita rasa hebat, tetapi makanan sunnah kita tidak sedar kehebatannya. Jika tidak kerana khasiatnya, sekiranya kita amalkan kerana mengikut sunnah Nabi Muhammad saw, Insya Allah ada pahalanya.

قل إن كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله
"Katakanlah,jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku, maka kamu akan dicintai Allah”

Mari amalkan bersama, hidupkan makanan sunnah.

Koreksi diri, hiasi peribadi, hingga bertemu lagi di entry seterusnya, wassalam.
DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014