Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Tuesday, 9 February 2016

TRACKING NUMBER - NILAI KEPERCAYAAN

Teks: Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google

Assalamualaikum,

Pagi-pagi lagi kakak saya sudah mengomel, barangnya yang dipesan melalui 'online' tidak sampai lagi. Ini sudah kali kedua si penjual mengepos barangnya kerana penghantaran kali pertama tidak sampai ke tangan. 

Saya ada bertanya tentang nombor rujukan (tracking number) barang tersebut, malangnya tiada pula. Ah, tak mungkin begini, detik hati saya. Sebagai tanda urusniaga yang telus, penjual tersebut sepatutnya memberitahu nombor rujukan tersebut sebagai tanda barang tersebut sudah dihantar. Pembeli juga boleh mengesan sendiri barang tersebut di mana ia berada. 

Nilai kepercayaan dalam urusniaga amat bernilai, terutamanya perniagaan online. Sekali pelanggan percaya dan berpuashati dengan satu-satu penjual, insya Allah akan ada pembelian seterusnya. Bahkan lebih menarik lagi, pelanggan tersebut akan menjual cerita yang baik-baik tentang barang yang dibelinya serta etika yang ditunjukkan oleh penjual sepanjang berurusniaga. Penjual yang mementingkan nilai kepercayaan pelanggan ini secara tidak langsung berjaya mengikat hati pelanggan untuk terus membeli dengannya. 

Cara penjual kedai fizikal dan penjual online mengikat pelanggan dengan cara yang berbeza, namun masing-masing dengan matlamat untuk membina keyakinan pelanggan demi kelangsungan perniagaannya. Jika kita sebagai pelanggan dalam kisah kakak saya di atas, tentu serik kan untuk membeli dengan penjual tersebut. 

Nombor rujukan (tracking number) mungkin perkara yang kecil, tetapi kesannya besar. Jom ubah untuk perubahan yang lebih baik.


Monday, 9 November 2015

BELAJAR DARI YANG LEBIH MUDA

Teks: Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google



Assalamualaikum,

Sejak akhir-akhir ini boleh dikatakan setiap petang hujan. Oleh itu saya biasanya akan menjemur pakaian awal agar sempat kering sebelum hujan. Jika sebelum ini, jam 2 petang pun masih boleh menjemur pakaian kerana cuaca cerah hingga ke petang.

Tatkala hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya, saya mengajar anak-anak untuk berdoa. Antara waktu mustajab, kata ustaz saya dahulu. Petang ini hujan lagi, saya ralit sendiri dan tidak berdoa. Tiba-tiba si bujang kecil mengajak saya berdoa. Oh ibunya terlalai pula. Alhamdulillah anak mengingatkan.

Terkadang kita terleka dan lalai, saat itu kita dahagakan teguran dan peringatan dari orang lain. Waima yang menegur itu lebih muda usianya, tidak harus dipandang sebelah mata. Hujan itu sendiri satu peringatan, walau turunnya hanya titisan gerimis, panjatkan rasa syukur kita kepadaNya. Jangankan kerana banjir besar, panahan petir yang bisa meragut nyawa barulah kita merasa hebatnya kuasa Allah.

Oh anak, membesarlah dikau sebagai anak yang soleh, menjadi imam untuk adik beradikmu, tonggak ibu dan ayahmu.
 

Friday, 23 October 2015

NIKMATNYA HIDUP DENGAN MEMBERI

Teks: Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google



Assalamualaikum,

Hari ini sekolah dibuka seperti biasa setelah 4 hari ditutup ekoran jerebu yang agak teruk. Sangat membimbangkan keadaan jerebu yang belum reda ini, kami sekeluarga banyak berkurung di dalam rumah sahaja untuk mengelakkan masalah kesihatan. Alhamdulillah setakat ini kami berada dalam keadaan sihat, risau juga kerana jerebu amat tidak bagus dan membahayakan kesihatan.

Anak-anak gembira ke sekolah, agak bosan juga mereka terperap di dalam rumah sepanjang jerebu melanda. Mereka juga tidak bebas keluar bermain basikal pada waktu petang seperti kebiasaannya. Jika diizinkan olehNya, peperiksaan anakanda Hannan akan bersambung pada minggu hadapan kerana tertangguh dek cuti jerebu. Semoga jerebu semakin pulih di seluruh tempat. Amin.

Saya mengintai-intai stok susu perah di peti sejuk. Alhamdulillah banyak, maka saya tambahkan lagi stok untuk diberi kepada adik. Ya, niat saya dari awal kehamilan ingin memberi susu badan kepada yang memerlukan. Kebetulan adik saya tidak cukup stok susu untuk anak yang ditinggal semasa bekerja, saya dengan gembira ingin memenuhi keperluannya. Alhamdulillah stok susu yang ada masih cukup untuk si kecil Nawroah, saya menyimpan stok untuk diberi di waktu-waktu tertentu menggunakan botol susu. Contohnya ketika saya solat, mandi, menguruskan sesuatu urusan atau sedang melakukan tugas, suami akan memberi Nawroah susu badan menggunakan botol. Pada waktu yang lain, saya sendiri akan memberinya susu perah mengikut keperluan dan situasi di rumah. Alhamdulillah Nawroah minum dengan baik tanpa meragam, biasanya bayi akan menolak susu perah jika ibu ada di rumah. Syukur Allah mudahkan.

Sebelum ini sewaktu menetap di Sabah, saya juga menyimpan stok susu tetapi banyak terbuang kerana tidak tahu mahu diberi kepada siapa. Jika baru diperah, saya akan berikan kepada si kakak, tetapi jika sudah tersimpan di dalam peti sejuk, rasanya dan baunya sudah berubah, mereka sudah tidak mahu. Sungguh hamis dan meloyakan! Sedih juga bila dikenang, mahalnya setiap titisan emas itu. Alhamdulillah sejak berpindah ke sini, saya berikan kepada adik. 

Sejak mendapat anak keempat, saya belajar sesuatu yang baru dan cuba amalkan. Jika sebelum ini saya memberi anak susu badan secara langsung sahaja, kini saya memberinya dua cara, iaitu secara langsung dan menggunakan botol. Apabila menggunakan botol, masa menyusu dapat dipendekkan dan saya tahu dengan jelas anak kenyang. Seterusnya saya dapat melayan anak-anak yang lain dan melakukan kerja-kerja rumah. Ini kerana, jika menyusu secara langsung, tempoh masa agak panjang dan anak seperti mahu melekat sahaja. Lantaran itu, anak-anak yang lain juga tidak terurus. Tetapi, untuk mengumpul stok juga, saya perlu pandai mencari masa dan perlu pandai mencuri masa. Sungguh, masa sangat mencemburui saya. 

Alhamdulillah setakat ini penyusuan berjalan dengan baik. Makan dan minum juga amat saya titikberatkan kerana tidak mahu kekurangan khasiat dan kurang air dalam badan. Saya masih belajar menyesuaikan diri dengan keadaan baru, ibu beranak 4. Memang kalut dan haru-biru, tetapi semakin hari semakin baik. Saya dan suami sama-sama bergandingan dalam segala urusan. Tanpa suami, akan bertambah harulah keadaan dan sudah pasti penyusuan juga tidak akan berjaya. 

Saya berdoa dan berharap agar Allah terus melimpahkan rahmatNya kepada saya dengan rezeki susu ini. Nikmatnya hidup dengan memberi kerana susu itu juga adalah suatu pemberian dariNya, mudah-mudahan dapat menjadi sedekah jariah bilamana susu yang diminum itu kelak menjadi darah daging. Acapkali singgah di telinga nasihat ilmuwan, suburkan sifat memberi dan memberi dengan apa yang kita mampu. Ya, setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk memberi, jom memberi dan bersedekah! 


                *************************************************************************

Kami dari jemaah ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi kalian suri yang mahu belajar asas penulisan dan bina kedai online.

Belajar asas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.
-Belajar asas berjualan melalui program dropship.
-Belajar menjual produk fizikal.
-Belajar menjual produk digital.
-Juga belajar bagaimana memulakan usaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.

Akademi Bekerja di rumah (ABDR) ialah
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online
> kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendapatan hanya di rumah
> kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan
> kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm
> platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.
> Belajar macam mana nak jana pendapatan dengan untung bersih rm10-100 melalui produk ABDR, sebagai pengurus online akademi bekerja di rumah.


Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com  

Thursday, 22 October 2015

SIAPA CEPAT, DIA DAPAT

Teks: Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Koleksi peribadi






Assalamualaikum,

Tika ini suami dan anak-anak sudah pun lena enak dibuai mimpi, keletihan baru pulang dari menziarahi nenda suami di Hospital Sungai Buloh. Lantas saya menggunakan kesempatan ini melihat-lihat stok jualan untuk pelanggan yang ingin membuat tempahan. Alhamdulillah, bisnes kecil ini sedikit demi sedikit bergerak ke hadapan. Dengan pendapatan dari itu dapatlah saya menyimpan dan menampung perbelanjaan keluarga. 

Sejak akhir-akhir ini pelanggan saya agak sedih dan kecewa kerana tidak dapat memiliki koleksi yang mereka hajati. Alhamdulillah koleksi Tshirt Muslimah Budget Price mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Beberapa jam selepas diiklankan, stok terus laju keluar. Ramai yang berminat dan tertunggu-tunggu setiap kali keluarannya, malah ramai juga yang kecewa tidak sempat membeli. 

Pernah seorang pelanggan yang kecewa memberi komen bahawa saya menjual baju dengan stok yang sedikit. Sebenarnya tidak begitu, stok memang banyak, tetapi pelanggan juga ramai. Jika seorang sudah borong berhelai-helai, masakan tidak cepat habis. Koleksi tshirt muslimah ini lebih kurang banyaknya dengan stok-stok tudung yang saya jual. Ada tudung yang cepat habis, ada juga yang memakan masa untuk 'licin'. 

Bagi kalian yang ingin membeli tshirt muslimah ini dan koleksi muslimah yang lain, bolehlah tempah dengan segera, agar tidak turut kecewa. Jemput ke blog Butik Al-Izzah dan page Butik Al-Izzah. Jom cuci mata!

Friday, 3 July 2015

RINDU BERBLOG

Teks : Norhafizah Binti Abd Hadi
Gambar : KOLEKSI BUTIK AL-IZZAH




Assalamualaikum,

Lama sungguh tidak mencoret sesuatu di sini, entah alasan yang mana patut saya guna. Alasan saja, kan. Pergilah jauh-jauh alasan itu, nanti makin banyak koleksi alasan saya, he he.

Alhamdulillah sudah berlalu 15 hari dalam Ramadhan, sekejap saja masa berjalan. Semoga kita terus kuat untuk beribadah. Puasa kali ini agak berat sedikit, sedang membawa khalifah dalam perut, sudah melewati trimester ke3. Alhamdulillah setakat ini masih diberi kekuatan berpuasa dan lain-lain.

Hari ini agak ceria kerana stok instant shawl sudah masuk jualan. Sangat dinanti-nantikan koleksi ini kerana ianya labuh, menggunakan material yang tebal dah tidak jarang. Ramai peminat tudung labuh mencari seumpamanya. Istimewanya juga dijahit bersama awning lembut yang mudah dibentuk, jadi pemakai tidak perlu lagi mencari inner untuk membentuk awning. Memang sesuai namanya instant.

Buat anda di luar sana, jualan istimewa di BUTIK AL-IZZAH masih berlangsung. Setiap pembelian 3 helai ke atas, anda layak mendapat harga borong. Biasanya kena beli 10 helai baru dapat harga borong, jenuh kan. Jadi, jangan lepaskan peluang ini! Yang terbaiknya, borong boleh campur pelbagai saiz, pelbagai koleksi yang anda inginkan, apa tunggu lagi, jom ke kedai online saya!




SELAMAT MEMBELI BELAH

Wednesday, 8 April 2015

TAK JADI BELI

Teks : Norhafizah Abd Hadi  

Semalam saya mengemaskini senarai tempahan para pembeli. Tiba-tiba ternampak seorang pelanggan belum buat pembayaran sedangkan tempoh tempahan sudah hampir tamat. Lantas saya menghantar pesanan untuk mengesahkan tempahannya. Dari sana dia menjawab tidak jadi beli. 

Saya tidak kisah jika orang tidak jadi membeli barang, tetapi sekurang-kurangnya maklumkan sahaja perkara sebenar. Saya pun tidak marah. Ini bukanlah kali pertama kejadian seumpamanya, jika pelanggan tidak maklumkan, hakikatnya itu membuatkan saya agak geram. Dia telah menyusahkan beberapa pihak sebenarnya. Tetapi itulah antara risiko bisnes online, saya harus hadapinya.

Masalah sikap segelintir pembeli kadangkala agak menguji. Bermula dari proses tempahan, banyak pertanyaan dan permintaan yang luar dugaan yang saya hadapi. Masa juga banyak terluang untuk melayan kecerewetan mereka. Seterusnya masalah pembayaran, masalah penghantaran oleh syarikat kurier, masalah ketidaksabaran pembeli dan masalah kecerewetan pembeli dengan barang yang mereka beli. 

Perkara ini bukanlah baru bagi peniaga online, tetapi bagi mereka yang berjinak-jinak dalam bisnes online, ada panduan yang boleh mereka rujuk sebagai panduan. Kami di Akademi Bekerja Di Rumah sedang mengadakan promosi April ini. Dapatkan dengan harga istimewa dalam masa terhad ini.

Untuk pertanyaan dan pembelian ebook, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com       


Tuesday, 7 April 2015

DIRIKU WAHM

Teks : Norhafizah Abd Hadi  
Pagi ini dapat masuk SOHO awal kerana subuh tadi suami sudah memulakan masak untuk makan tengahari dan malam. Saya hanya tinggal masak nasi dan uruskan urusan yang ringkas sahaja. Sungguh saya amat sibuk waktu ini, sedang menyiapkan tugasan terjemahan yang hampir ke penghujung tarikh untuk dihantar. 

Memulakan aktiviti pagi dengan mengajar Hariz bunyi huruf dan suku kata pendek menggunakan Set Bacalah Anakku. Sebelum ini memang tidak pernah saya gunakan set bacaan tersebut untuk Hannan dan Nuhaa, ini adalah langkah percubaan untuk mengajar Hariz membaca lebih awal. Merangsangnya lebih awal, niat saya. Alhamdulillah dia berminat. 

Ada juga yang tersalah anggap niat saya ini, mereka menganggap saya mahu anak cepat pandai, mahu anak membaca awal dan lain-lain lagi. Biarlah anggapan apa pun, saya tetap teruskan kerana kakak-kakak Hariz juga saya dan suami memberi rangsangan awal lanjutan dari rangsangan sejak dari dalam rahim. Islam juga ada menggalakkan agar merangsang anak sejak dari dalam perut, mungkin mereka sudah terlupa. Walaupun hanya dengan bacaan Al-quran, kata-kata yang baik, usapan serta kaedah lain, ini dapat memberi kesan yang baik buat si anak dalam kandungan serta emosi si ibu. Jadi, apabila si anak lahir, langkah merangsang harus diteruskan untuk membantu perkembangan yang baik.

Aktiviti untuk Hariz bertukar dari semasa ke semasa sepanjang saya bekerja. Bermula dengan belajar membaca, mewarna, menulis, menyusun blok dan bermain permainan lain. Tidak mudah mengendalikan urusan kerja, rumah dan anak sekaligus namun saya sentiasa belajar dan memperbaiki keadaan untuk menjadi Work At Home Mother (WAHM) yang sukses. Bekerja di rumah, bekerja di luar rumah ada cabaran masing-masing, tidak ada yang lebih dan terkurang.

Ok, jam sudah menunjukkan 11.30 tengahari, masa untuk menjemput Nuhaa pulang dari sekolah. Kita berjumpa lagi di entri seterusnya.

Tuesday, 31 March 2015

ALLAH SUMBER KEKUATAN - ZIKIR AMALAN PARA SURI

Teks : Norhafizah Abd Hadi 

Hari ini masih dapat melakukan aktiviti seperti biasa, dapat mengurus tugas dan rumahtangga, syukur Ya Allah atas pinjaman nikmat ini. Kami sekeluarga juga sudah beransur pulih dari masalah kesihatan, cuma Nuhaa sahaja yang masih batuk. 

Saya teruskan kayuhan tugas terjemahan yang ada di tangan. Tugas kali ini berkisar tentang peribadi Nabi Muhammad SAW, saya dapati banyak hadis, ayat Al-quran, syair serta rujukan lain untuk menyokong hujah-hujah dalam kitab yang harus diterjemahkan. Kerja seumpama ini membuatkan saya banyak membuat rujukan dan banyak membaca dari banyak sumber. Alhamdulillah, saya memang suka bidang terjemahan kerana setiap tugasan yang diterima adalah berbeza dan sentiasa memberi ilmu baru kepada saya. Nak harapkan saya membaca sendiri atau merujuk itu ini tanpa panduan mungkin tidak seberapa.

Antara yang menarik dalam tugasan kali ini satu hadis ketika Fatimah puteri Rasulullah SAW meminta pembantu dari ayahnya untuk membantunya menguruskan rumahtangga. Fatimah sangat penat melakukan kerja seorang diri malahan tangannya luka-luka kerana memproses gandum untuk seisi keluarga. Namun Baginda SAW tidak memenuhi hasrat puterinya malah diajarkan satu amalan yang lebih memberi kebaikan kepada Fatimah di dunia dan akhirat. Kata Baginda kepada Fatimah dan Ali “Maukah kutunjukkan kalian kepada sesuatu yang lebih baik dari apa yang kalian minta?” tanya beliau. “Jika kalian berbaring di atas tempat tidur, maka ucapkanlah takbir (Allahu akbar) 34 kali, tahmid (alhamdulillah) 33 kali, dan tasbih (subhanallah) 33 kali. Itulah yang lebih baik bagi kalian daripada pembantu yang kalian minta.”  (HR. Bukhari dan Muslim).

Kupasan dari hadis ini melahirkan beberapa pandangan dari beberapa sarjana Islam, antara pandangan tersebut ialah: 
Menurut al-Hafizh Badruddien al-‘Aini, alasannya ialah wirid berkaitan dengan akhirat, sedangkan pembantu berkaitan dengan dunia. Dan tentunya, akhirat lebih kekal dan lebih afdhal dari dunia. Atau, boleh jadi maksudnya ialah bahawa dengan merutinkan bacaan wirid tadi, keduanya akan mendapat kekuatan lebih besar untuk melakukan berbagai pekerjaan, melebihi kekuatan seorang pembantu.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah juga berpendapat sama seperti di atas. Menurut beliau, siapa yang rajin membaca wirid tadi di waktu malam, niscaya tidak akan kelelahan. Alasannya kerana Fatimah mengeluh kepenatan kepada Rasulullah, lalu Rasulullah mengarahkannya agar membaca wirid tadi.

Akan tetapi, menurut al-Hafizh Ibnu Hajar, penafsirannya tidak harus seperti itu. Hadis ini tidak bermaksud bahawa rasa lelah pasti hilang bila seseorang mengamalkannya. Namun boleh jadi maksudnya ialah bila seseorang sering mengamalkannya, maka ia tidak akan terkena mudharat walaupun banyak bekerja. Pekerjaan itu juga takkan terasa berat walaupun ia merasa lelah kerana mengerjakannya.

Bila membaca beberapa sumber membicarakan hadis ini, saya rasa diri ini juga seperti Saidatina Fatimah, sangat memerlukan pembantu. Sering rasa tidak cukup tangan dan masa menguruskan rumahtangga dan kerja dari rumah sebagai WAHM. Sungguh, hadis ini membuka pintu hati saya untuk lebih konsisten mengamalkan zikir tersebut setiap hari. Ayuh para ibu, suri sekalian jom kita amalkan. Sesungguhnya kekuatan itu akan datang dari Allah insyaAllah.



Friday, 27 March 2015

MENCAPAI SASARAN

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Arkib Akademi Bekerja Di Rumah
Alhamdulillah pagi ini berjaya masak untuk makan tengahari dan malam mengikut waktu yang saya sasarkan. Jam 8 pagi sudah siap! Yeay!
Saya masih belum sihat sepenuhnya, tetapi sudah lebih baik berbanding sebelumnya. Bermula petang semalam badan Hariz hangat semacam, cepat-cepat saya berinya ubat demam dan sepanjang malam bergilir dengan suami memantau keadaannya. Memang panas. Alhamdulillah pagi ini sudah tidak hangat lagi. Syukur. Nuhaa pula tidak bersekolah hari ini, batuknya menjadi-jadi subuh tadi, keadaan bertambah teruk bila dia muntah. Kami cutikan dia hari ini. Minggu ini memang minggu ujian buat kami, semua tidak sihat, hanya suami seorang sahaja lah sihat sepenuhnya.
Hidup ini penuh warna-warni, adakala begitu adakala begini. Cantiknya peraturan Allah. Semuanya terkandung hikmah yang besar, tinggal kita sahajalah yang perlu mengambil iktibar dan pengajaran.
Saya berdoa semoga segalanya kembali normal dan urusan kerja terjemahan saya berjalan lancar. Selepas ini saya perlu kayuh laju-laju!
*************************************************************************
TAWARAN BAKAL BERAKHIR HUJUNG BULAN INI




Ebook 44 Resipi sihat Berpantang

Tinta Pengarang
Bahagian 1: Menu Nasi
1. Nasi Herba
2. Nasi Goreng Lada Hitam
3. Nasi Ulaman Herba Ikan Bakar
4. Bubur Nasi Ulam
Bahagian 2: Ikan
5. Ikan Bilis Herba Istimewa
6. Ikan Bilis Lada Hitam
7. Ikan Gelama Bakar
8. Ikan Kembung Bakar
9. Ikan Parang Masak Pindang

Bahagian 3: Daging
16. Daging Lada Hitam
17. Singgang Daging

Bahagian 4: Ayam
18. Ayam Organik Bakar
19. Ayam Organik Bakar Halia Muda
20. Ayam Organik Lada Hitam
21. Ayam Organik Masak Tomato
22. Sup Ayam Kampung

Semuanya terhimpun dalam 1 Ebook 44 resipi berpantang.
Bonus ebook Panduan lengkap 44 hari berpantang.

Dengan harga promosi RM 30 untuk 2 ebook.
Harga selepas ini adalah RM60. Belian sekarang RM30 sahaja untuk 2.
Tawaran ini sah sehingga 30 Mac 2015.

Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com       

Thursday, 26 March 2015

REZEKI BERBLOG

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google

Bangun pagi hari ini masih terasa sakit kepala seperti semalam. Masih belum sihat diri ini, tetapi demi tanggungjawab tetap saya gagahkan juga. Hendak harap pada siapa lagi, sabar-sabarkan sahaja lah.

Hari ini bercadang ingin masak asam pedas ikan pari dengan kacang bendi. Sudah beberapa hari mertua memberi hasil tanamannya itu, belum ada kesempatan untuk masak. Waktu ini saya tidak ada selera sangat pada makanan, memasak hanya untuk suami dan anak-anak sahaja. Rasanya lebih kenyang jika berehat dan baring sahaja. Ya Allah, berilah kekuatan.



Alhamdulillah sepanjang saya tidak sihat ini order banyak masuk dan kebanyakannya melihat iklan di blog. Syukur lah rezeki berblog. Pemasaran percuma yang kadangkala orang tidak perasan. Bagi sesiapa yang ingin menjana pendapatan dengan berblog, anda dijemput untuk menyertai keluarga besar kami di Akademi Bekerja Di Rumah. 

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH.

Boleh daftar mana-mana kelas online ABDR berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas telekung solat borong dan runcit
7. Kelas asas wordpress
8. Kelas mula bisnes makanan sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Kelas akaun online/offline
11. Tempahan blog bisnes 5 hari siap
12. Beriklan dengan kami di pautan melebihi 1000 blog
13. Pendaftaran pengurus online/rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah.

Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com       

Wednesday, 25 March 2015

ALHAMDULILLAH

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google



Hari ini masuk hari kedua saya ubah kebiasaan waktu memasak, selepas sarapan saya terus memasak untuk juadah tengahari merangkap makan malam. Saya sasarkan hari ini siap masak pada jam 8 pagi, namun sedikit tersasar beberapa minit. Esok harus latih lagi agar mesti siap memasak jam 8.

Hariz bangun awal juga hari ini, semalam dan kelmarin ada kesan bocor di pakaian dan tilam, alahai hari ini ada juga tetapi alhamdulillah hanya di seluarnya sahaja. Hari ini agak terkawal sedikit berbanding semalam dan kelmarin kerana Nuhaa sudah kembali bersekolah, sudah sihat alhamdulillah. Tugasan terjemahan saya semalam dan kelmarin agak merosot kerana anak-anak tidak sihat malah saya juga ala-ala demam.

Alhamdulillah kala ini sudah boleh tenang duduk mengadap kerja dan melayan Hariz. Fokus untuk beberapa detik ini kerana harus menjemput Nuhaa pula jam 11.30 tengahari.

Jumpa lagi di entri seterusnya.

*************************************************************

Bahagian 2 : soal jawab, pelbagai persoalan tentang keterujaan suri yang mahu berhenti, apa langkah yang perlu diambil, perlu berhenti dulu atau mula bisnes dulu, apa tindakan yang sewajarnya diambil.
Baca lanjut dalam EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN.

Tinta Pengarang
Bahagian 1:
Bab 1: Saya mahu jadi WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3:Impian seorang isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja-Rahayu Rashid


Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)


Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahan Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad, Usahawan dan Guru Online.


Masih harga promosi, hanya rm20 senaskah.

Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com       

Tuesday, 17 February 2015

RUTIN KADANG KALA BERUBAH

Teks : Norhafizah Abd Hadi

Alhamdulillah pagi ini tenang-tenang aja, tidak seperti selalu. Mana tidaknya, suami dan anak sulung sudah mula cuti sempena hari raya cina. Anak kedua sahaja yang ke sekolah, esok dia akan mula cuti. Hari ini saya juga tidak sekalut hari biasa, ada suami di rumah boleh sama-sama saling membantu. Jadual pagi hingga tengahari saya padat, kadangkala terkejar-kejar dibuatnya. Namun alah bisa tegal biasa. 

Minggu ini saya tidak sempat menyediakan menu pilihan untuk seminggu seperti kebiasaannya, kerana hujung minggu yang lalu kami ke majlis kerabat terdekat dan pulang ke rumah orang tua. Tidak sempat juga untuk membeli lauk pauk dan barang keperluan. Maka menu minggu ini apa yang terlintas di fikiran sahaja lah. Bahannya pula suami akan cari di kedai terdekat. Mujur ada kedai berdekatan dan suami pula bercuti awal. 

Alhamdulillah meskipun banyak perkara perlu bantuan suami waktu ini lantaran kesihatan terganggu, bisnes online dan rutin sebagai pengurus online Akademi Bekerja Di Rumah berjalan seperti biasa. Namun adakala saya akur dengan keadaan, rutin harian di SOHO sedikit perlahan. Jika ada kesempatan, saya kembali pecut di trek.


--------------------------------------------------------


Alhamdulillah, selamat datang pelajar Februari 2015 ke Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pendaftaran kelas-kelas ABDR berikut dibuka setiap hari:-


1. Kelas Asas blog dan penulisan} - online & offline
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes} - online & offline
-produk sendiri
-makanan sunnah
-telekung solat borong dan runcit http://gedungtelekungsolat.blogspot.com/
-produk islamik
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
4. Kelas belajar iklan mudah.my
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho
- Grup Coaching
- Kelas Online
- Bengkel Asas Akaun
6. Kelas penulisan ebook pertama - online dan offline
8. Pendaftaran pengurus online - online dan offline
9. Kelas asas wordpress


Servis yang kami ada:
1. Tempahan blog bisnes - 5-7 hari siap
2. Beriklan di SOHO Directory juga bersama pautan kami lebih dari 1000 blog


Untuk pertanyaan dan pendaftaran, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com       

Monday, 16 February 2015

44 RESEPI PANTANG YANG SEDAP & MENYIHATKAN

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Koleksi ABDR
ULASAN PEMBACA EBOOK 44 RESIPI PANTANG

Memang menarik dan menu makanan dan minuman yang disediakan sangat berkhasiat. Walaupun sudah berpantang 3 kali tetapi menu berpantang saya terhad kepada ikan sahaja dan minum air kopi. Kadang-kadang hilang selera untuk makan. Paling menarik saranan sumber serat boleh dijadikan amalan bagi meningkatkan pengeluaran susu termasuk juga pelbagai menu minuman yang disarankan. Insyaallah resepi pantang ini akan diamalkan jika berpantang kelak. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.

Bahagian 7: Minuman Kesihatan/ Penambah Susu Ibu
37. Jus Lobak Merah
38. Jus Epal dan Strawbery
39. Jus campuran lobak dan tembikai susu
40. Jus epal dan limau nipis.
41. Jus campuran lobak dan tomato.
42. Jus Celery
43. Jus tomato segar.
44. Shake orange

Bahagian 8: Sarapan/Menu Petang
Bahagian 9: Tips Sihat Ibu Berpantang

1 Ebook 44 resipi berpantang.
Bonus ebook Panduan lengkap 44 hari berpantang.
Dengan harga promosi RM 30 untuk 2 ebook
Harga selepas ini adalah RM60. Belian sekarang RM30 sahaja untuk 2.
Tawaran ini sah sehingga 30 Mac 2015.

Untuk pertanyaan dan pembelian ebook, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com       

Thursday, 12 February 2015

ORANG YANG BAIK DIBALAS KEBAIKAN

Teks : Norhafizah Abd Hadi

Baru-baru ini saya menghubungi salah seorang pelanggan untuk bertanyakan status barang yang dipesan. Alhamdulillah sudah sampai. Lewat petang, beliau bertanya tentang tudung yang dipesan, rupanya saya tersilap hantar. Saya meminta maaf dan berjanji akan menghantar tudung yang dimaksudkan. Sebenarnya sewaktu beliau memesan tudung, beliau bertukar-tukar kod hingga saya terkeliru, akhirnya saya tersilap hantar. Mulianya hati pelanggan ini kerana beliau turut meminta maaf dan tidak marah-marah dengan melulu. Saya terus menguruskan penghantaran tudungnya tanpa bayaran dan sebagai hadiah sahaja. 

Keesokan harinya, beliau sekali lagi menghubungi saya kerana ada 2 pasang baju dipos bersama tudungnya. Beliau baru perasan kerana bungkusan tersebut dipos ke rumah ibunya seperti yang diminta. Bersungguh-sungguh beliau mahu menghantar semula 2 pasang baju tersebut kepada saya kerana beliau tidak membelinya. Agak jarang berlaku kes begini, mungkin terlalu banyak barang sebelum cuti Thaipusam yang lalu, staf tersilap bungkus. Insya Allah pihak pengurusan akan lebih berhati-hati selepas ini. 

Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah sikap pelanggan yang amat terpuji. Alhamdulillah dengan sikap jujurnya, hak orang lain dapat dikembalikan. Orang yang baik Allah balas jua dengan kebaikan, dengan rasa besar hati, saya dan team bisnes memberinya hadiah istimewa kerana terhutang budi pada kebaikannya. Semoga Allah membalas dengan sebesar-besar ganjaran.


~ JEMPUT KE PAGE BUTIK AL-IZZAH
~ JEMPUT KE BLOG BUTIK AL-IZZAH

Saturday, 7 February 2015

BIAR SEDIKIT TETAPI KONSISTEN

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google




Beberapa minggu yang lalu ketika saya duduk santai bersama si kecil Hariz, saya mengalunkan surah An-nas, secara spontan anak saya menyambungnya sehingga habis. Allahu Akbar, terkejutnya saya. Pantas saya teringat kisah-kisah para ibu yang berkongsi pengalaman mengajar anak menghafaz sedari usia kecil. Memang benar apa yang mereka kongsikan. Berdasarkan pengalaman mereka lah saya cuba praktikkan kepada Hariz yang berusia 2 tahun.

Saya pernah menyesali waktu yang telah berlalu kepada 2 anak yang awal, saya hanya memulakan usaha untuk mengajar mereka menghafaz ayat quran ketika umur 4 tahun. Mengajar Iqra', mengajar ABC sudah dimulakan agak awal, tetapi menghafaz ayat-ayat quran terlambat sedikit. Tatkala anak-anak rakan sudah mampu menghafaz surah-surah panjang saya bertambah terkilan. Tetapi pesanan dari teman, kita belum terlambat!

Penghujung tahun 2014 saya sering membaca Surah An-nas ketika bersama Hariz. Meskipun saya berada di rumah sepanjang masa, tetapi saya juga bekerja, masa agak terhad untuk sentiasa mengajarnya, apatahlagi masa yang ada harus mengajar 2 orang kakaknya. Jadi waktu memakaikan pampers dan pakaian, waktu sebelum tidur dan jika ada waktu terluang saya gunakan untuk membaca surah tersebut. Memandangkan Hariz sudah hafaz Surah Al-Fatihah, jadi saya cuba dahulu dengan An-nas. Memang tiada sebarang reaksi darinya dan dia langsung tidak berminat dengan apa yang saya baca. Tetapi saya tetap melakukan rutin itu setiap hari. Akhirnya, beberapa minggu lalu saya merasai hasilnya, alhamdulillah. Kini saya bertukar ke surah baru dan Hariz yang berumur 2 tahun lebih sudah boleh menyambung ayat-ayat yang saya baca.

Otak kanak-kanak umpama span, sangat cepat menyerap dan semakin awal dirangsang semakin bagus untuk perkembangannya. Ketika usia kecil jugalah mudah kita mendidiknya kerana dia belum pandai membantah dan menolak, jika kena teknik dan cara yang sesuai proses belajar dan menghafaz akan berjalan dengan baik.

Antara tips yang saya gunakan mengajar Hariz menghafaz ialah:

1- Membaca dan terus membaca bila ada masa berdua dengannya
2- Biar sedikit tetapi konsisten
3- Memasang surah-surah pilihan di rumah
4- Merakam bacaannya dan menunjukkan video bacaan agar dia lebih seronok
5- Mengajak suami turut serta dalam usaha ini
6- Mengajak kakak-kakak Hariz membaca bersama, jadi aktiviti adik-beradik yang menarik (sebelum ini Hariz sudah boleh membaca Surah At-Takwir bersama kakak-kakaknya, penangan video Kaisa Ulya dari Indonesia)

Semoga usaha kecil ini sentiasa mendapat redha dan keberkatan dari Allah.

Thursday, 5 February 2015

BUDI BAHASA PELANGGAN

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google



Jam sudah menunjukkan hampir 11 malam. Waktu untuk merehatkan seluruh anggota. Tetapi anakanda Hariz masih segar belum ada tanda mahu tidur. Sementara larat, saya melayaninya dengan aktiviti mewarna di atas katil. Hariz suka mewarna, bagus untuk merangsang otot-otot tangannya.

Terdengar mesej di telefon, ada pelanggan mahu membuat pesanan. Sambil melayan Hariz, saya melayan mesej pelanggan tersebut. Ada sesuatu yang menarik pada pelanggan seorang ini, beliau meminta maaf kerana menghantar mesej lewat malam. Jarang-jarang yang ada mengucapkan demikian kerana biasanya sangkaan sebilangan orang bisnes online 24 jam jadi boleh bertanya dan order pada bila-bila masa.

Oleh kerana sudah letih dan lewat malam, saya juga memohon maaf darinya untuk berehat dahulu. Segala pesanan dan pertanyaan akan disambung keesokan hari. Alhamdulillah pelanggan yang memahami, sangat faham kerana dia juga seorang isteri dan ibu. Syukur dia tidak meroyan seperti sesetengah pelanggan online yang biasa saya dengar.

Dunia bisnes online walaupun seperti beroperasi 24 jam, namun saya tetapkan juga masa untuk keluarga, masa untuk diri sendiri dan hal-hal lain. Pembahagian masa dan pengurusan masa adalah penting. Nampak seperti kedai online beroperasi 24 jam tetapi hakikatnya tidak begitu. Kita tetap manusia dan bukan robot. Tetapi kita boleh mengurusnya dengan perancangan yang baik dan teratur.

Saturday, 24 January 2015

RUTIN SABTU SURI

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Norhafizah Abd Hadi


Alhamdulillah senarai menu untuk seminggu sudah siap. Menjelang tengahari nanti kami akan keluar mencari bahan dapur dan keperluan rumah. Sementara menanti suami pulang dari melatih pasukan takraw sekolahnya, saya menguruskan rumah dan anak-anak dahulu. Hari ini anak-anak agak liat bangun kecuali si kecil Hariz bangun tanpa dikejut. Mulut saya agak kepoh pagi ini meminta anak-anak memberi kerjasama untuk bersiap memandangkan perlu selesaikan banyak perkara sepanjang hari.  

Seperti biasa, rumah mertua menjadi tempat persinggahan. Makan, solat dan berehat sementara menanti jam 4, kelas mewarna anak sulung. Pelanggan agak ramai hari ini di kedai makan mertua, suasana agak sibuk. Suami sibuk membantu agar operasi kedai lebih lancar. Pelanggan terus datang silih berganti, alhamdulillah alhamdulillah.

Saya tidak melibatkan diri di kedai makan mertua, sebaliknya mengemaskini dan melayan pelanggan-pelanggan di butik online saya Butik Al-Izzah. Talian internet tidak berapa baik hari ini, kerja saya agak terganggu. Badan sudah minta rehat, saya lelapkan mata seketika sebelum dikejut suami jam 3 lebih untuk bersiap menguruskan urusan lain pula.

Malam ini rasa lebih tidak bermaya, seluruh kudrat rasa lemah, namun saya gagahkan juga menyiapkan persiapan untuk sessi penting esok. Insya Allah esok bakal berlangsung sessi fotografi tudung kanak-kanak keluaran saya dan dua beradik yang lain. Alhamdulillah tudung-tudung sudah siap dan bakal menjengah pasaran tidak lama lagi. Nantikan ya!








Thursday, 15 January 2015

ANAK SOLEH DAMBAAN KITA

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google
 



Sejak tersebarnya youtube Kaisa, hafizah cilik dari Indonesia, saya semakin giat mencari lagi bacaan-bacaannya dari surah lain. Sangat terinspirasi. Tatkala mendengar bacaan anak kecil itu air mata bergenang.  Lancarnya ayat-ayat suci meluncur laju di bibir mungilnya, penuh gaya menterjemahkan maksud melalui gerakan tubuh badannya. Masya Allah, kagum sungguh dengan kanak-kanak tersebut malah mengagumi ibunya yang mendidiknya menghafaz al-quran.

Anak-anak saya sering menonton video bacaan Kaisa, alhamdulillah mereka dapat menghafaz beserta gayanya sekali. Besarnya pengaruh Kaisa dalam kalangan kanak-kanak. Memang anak-anak teruja melihat videonya, mudah sahaja mereka meniru bacaan Kaisah. Kebanyakan tips yang saya kutip, para pakar mencadangkan agar anak-anak didedahkan dengan hafazan Al-Quran sedari kecil kerana otak mereka sangat pantas menyerap ketika umur tersebut. Apabila ayat Al-Quran sudah di dada mereka, insyaAllah kefahaman akan datang kemudian.

Namun dalam usaha mendidik anak menghafaz, saya dan suami cuba tekankan bacaan bertajwid kepada anak-anak. Ini kerana, anak-anak akan menghafaz sebiji seperti apa yang didengarnya contohnya  bacaan Kaisa. Kami akan betulkan bacaan yang kurang tepat di samping memperdengarkan rakaman yang saya ambil dari bacaan imam pilihan. Secara tidak langsung membantu membaiki bacaan anak-anak dari semasa ke semasa.

Pantasnya anak-anak membesar, rasanya tidak sempat saya dan suami memberi segala ilmu yang kami kutip untuk mereka. Dengan keterbatasan waktu dan faktor lain, kami curahkan apa yang kami mampu mengikut kelapangan masing-masing. Mudah-mudahan anak-anak membesar dengan acuan iman dan taqwa, tidak kisah apa jua cita-citanya asalkan dalam redhaNya.

Monday, 12 January 2015

TERUJA JUALAN MURAH

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Koleksi peribadi
 


 
Hari Jumaat yang lalu, 'tokey' ada membuat pengumuman yang sangat menggembirakan bagi saya dan ejen dropship yang lain. Sebelum ini beliau ada memberitahu akan mengadakan jualan namun ingin membuat kejutan istimewa untuk semua. Pastinya berita yang saya dapat itu amat menggembirakan.

Biasanya untuk pembelian borong, pembeli harus membeli minimum 10 helai. Namun jika jualan murah berlangsung pihak pembekal akan menawarkan minimum 5 helai untuk pembelian borong. Tetapi untuk kali ini, 'tokey' sangat bermurah hati menawarkan minimum 3 helai pula. Wah, sangat mengujakan. Borong pula boleh campur pelbagai koleksi tudung, blouse cotton, set baju WAFA, skirt, jubah dan banyak lagi. 

Tempoh jualan ini agak panjang, bermula 9 Januari hingga 15 Februari 2015. Saya akan menjadi salah seorang pembeli juga semasa tempoh ini, he he. Boleh pakat dengan sesiapa untuk dapatkan kuantiti minimum tersebut. Jadi sama-sama dapat berjimat. 

Bagi anda yang sedang mencari busana muslimah dengan harga rendah, jemput ke butik online saya Butik Al-Izzah untuk memborong. Tawaran ini jarang-jarang ada, jangan lepaskan peluang. Jom borong! Terima kasih atas kesudian anda.

Saturday, 10 January 2015

PILIH DAN RANCANG YANG TERBAIK

Teks : Norhafizah Abd Hadi
Gambar : Google
 
 

 

Alhamdulillah mentari bersinar megah, ceria memberi warna baru bagi seisi alam. Semalam seharian hujan, sejuk hingga ke tulang. Cantiknya aturan Allah, diberinya kita nikmat berterusan tanpa diminta. Lalainya manusia hingga tanpa sedar terlupa mensyukuri pemberian yang Maha Agung. Astaghfirullah.

Hari ini seperti biasa, anak sulung ada kelas mewarna jam 4 petang. Kebetulan banyak urusan yang harus diselesaikan, kami keluar awal. Makan, solat zuhur dan rehat di rumah mertua sahaja sementara menanti jam 4 petang. 

Kenderaan tidak banyak dan orang juga tidak ramai sepanjang kami membuat urusan. Alhamdulillah stok masakan untuk seminggu sudah selesai cari. Agak mudah membeli berdasarkan menu yang sudah saya senaraikan sebelum ini. Membeli atas perancangan yang ada. Walaupun saya hanya bekerja di rumah, namun tidak bermakna tidak perlu perancangan, malah itu sangat perlu.

Kami memilih hari ini kerana menjangkakan esok trafik lebih sesak dan orang mungkin ramai membuat pelbagai urusan. Keadaan yang tenang begini lebih memudahkan dan menyenangkan hati kami. Urusan selesai, hati pun girang.

Begitulah kita dengan pilihan yang ada, selain memilih kita juga merancang yang terbaik. Pilih dan susurilah haluan yang terbaik buat kita. Namun jika tersasar ingatlah Allah sentiasa memberi peluang dan ruang untuk membaiki segala kekurangan yang ada. Allah selalu ada.
DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014