Wednesday 8 April 2015

TAK JADI BELI

Teks : Norhafizah Abd Hadi  

Semalam saya mengemaskini senarai tempahan para pembeli. Tiba-tiba ternampak seorang pelanggan belum buat pembayaran sedangkan tempoh tempahan sudah hampir tamat. Lantas saya menghantar pesanan untuk mengesahkan tempahannya. Dari sana dia menjawab tidak jadi beli. 

Saya tidak kisah jika orang tidak jadi membeli barang, tetapi sekurang-kurangnya maklumkan sahaja perkara sebenar. Saya pun tidak marah. Ini bukanlah kali pertama kejadian seumpamanya, jika pelanggan tidak maklumkan, hakikatnya itu membuatkan saya agak geram. Dia telah menyusahkan beberapa pihak sebenarnya. Tetapi itulah antara risiko bisnes online, saya harus hadapinya.

Masalah sikap segelintir pembeli kadangkala agak menguji. Bermula dari proses tempahan, banyak pertanyaan dan permintaan yang luar dugaan yang saya hadapi. Masa juga banyak terluang untuk melayan kecerewetan mereka. Seterusnya masalah pembayaran, masalah penghantaran oleh syarikat kurier, masalah ketidaksabaran pembeli dan masalah kecerewetan pembeli dengan barang yang mereka beli. 

Perkara ini bukanlah baru bagi peniaga online, tetapi bagi mereka yang berjinak-jinak dalam bisnes online, ada panduan yang boleh mereka rujuk sebagai panduan. Kami di Akademi Bekerja Di Rumah sedang mengadakan promosi April ini. Dapatkan dengan harga istimewa dalam masa terhad ini.

Untuk pertanyaan dan pembelian ebook, boleh hubungi saya melalui:

Facebook:
Norhafizah Abd Hadi
SMS/WhatsApp: 019-3991809
Email: pn.norhafizahabdhadi@gmail.com       


Tuesday 7 April 2015

DIRIKU WAHM

Teks : Norhafizah Abd Hadi  
Pagi ini dapat masuk SOHO awal kerana subuh tadi suami sudah memulakan masak untuk makan tengahari dan malam. Saya hanya tinggal masak nasi dan uruskan urusan yang ringkas sahaja. Sungguh saya amat sibuk waktu ini, sedang menyiapkan tugasan terjemahan yang hampir ke penghujung tarikh untuk dihantar. 

Memulakan aktiviti pagi dengan mengajar Hariz bunyi huruf dan suku kata pendek menggunakan Set Bacalah Anakku. Sebelum ini memang tidak pernah saya gunakan set bacaan tersebut untuk Hannan dan Nuhaa, ini adalah langkah percubaan untuk mengajar Hariz membaca lebih awal. Merangsangnya lebih awal, niat saya. Alhamdulillah dia berminat. 

Ada juga yang tersalah anggap niat saya ini, mereka menganggap saya mahu anak cepat pandai, mahu anak membaca awal dan lain-lain lagi. Biarlah anggapan apa pun, saya tetap teruskan kerana kakak-kakak Hariz juga saya dan suami memberi rangsangan awal lanjutan dari rangsangan sejak dari dalam rahim. Islam juga ada menggalakkan agar merangsang anak sejak dari dalam perut, mungkin mereka sudah terlupa. Walaupun hanya dengan bacaan Al-quran, kata-kata yang baik, usapan serta kaedah lain, ini dapat memberi kesan yang baik buat si anak dalam kandungan serta emosi si ibu. Jadi, apabila si anak lahir, langkah merangsang harus diteruskan untuk membantu perkembangan yang baik.

Aktiviti untuk Hariz bertukar dari semasa ke semasa sepanjang saya bekerja. Bermula dengan belajar membaca, mewarna, menulis, menyusun blok dan bermain permainan lain. Tidak mudah mengendalikan urusan kerja, rumah dan anak sekaligus namun saya sentiasa belajar dan memperbaiki keadaan untuk menjadi Work At Home Mother (WAHM) yang sukses. Bekerja di rumah, bekerja di luar rumah ada cabaran masing-masing, tidak ada yang lebih dan terkurang.

Ok, jam sudah menunjukkan 11.30 tengahari, masa untuk menjemput Nuhaa pulang dari sekolah. Kita berjumpa lagi di entri seterusnya.
DESIGN BY:UMIESUEstudio/2014